Assalamualaikum. Hari ni aku nak share tentang bagaimana peliknya sikap anak sulung. Semua orang yang telah berkahwin, dan jika direzekikan untuk mempunyai zuriat, pastinya zuriat itu merupakan anak sulung,kan? Jadi aku harap dengan serba sedikit penulisan aku ni, mampu menjadi bekalan buat ibu bapa, mahupun bakal pasangan kepada anak sulung untuk berhadapan dengan insan-insan ini.
1. Anak sulung suka diberikan kepercayaan.
Dalam kehidupan, anak sulung ni ibarat pengalaman pertama buat mereka yang mendirikan rumah tangga. Jadi, banyak perkara yang hendak dilakukan atau dihadapi oleh anak sulung, turut menjadi satu kerisauan buat para ibu bapa. Sama ada dalam hal memandu kenderaan, atau masuk ke alam universiti, atau ke alam pekerjaan mahupun perkahwinan, kebanyakan ibu bapa sangat berhati-hati.
Naluri mereka sebagai anak sulung dalam keluarga telah membuatkan mereka yakin mereka mampu untuk menjadi ‘leader’. Hatta, kadangkala dalam pergaulan sekalipun, biarpun dalam kelompok yang lebih berusia, mereka mampu didominasi oleh karakter anak sulung tadi. Kebanyakan anak sulung YAKIN mereka boleh berdikari dan melakukan banyak perkara tanpa mengharapkan bantuan sesiapa. Mereka pasti suka jika diberikan ayat seperti, “Abang, boleh tolong bank in kan bla..bla..”, “Kakak, tolong mama sekian sekianโฆ”. Mereka akan cuba untuk buktikan merekalah yang terbaik.
Jadi, kadangkala apabila ibu bapa mahupun insan lain yang cuba untuk mengatur itu dan ini, dan jika perkara itu kelihatan tidak diberikan kepercayaan, mereka akan menjadi tertekan. Hahaha. Sebagai contoh, pengalaman pertama mereka memandu kenderaan. Ada sesetengah yang tidak suka dikritik sebelum melihat terlebih dahulu mereka memandu. Oleh itu, BERIKAN KEPERCAYAAN. Kurangkan sedikit perasaan ragu-ragu dan terlalu bimbang. Mereka boleh lakukannya! Percayalah.
2. Melihat kepentingan orang lain
Sebagai anak sulung, mereka ibarat menyambung HARAPAN ibu dan ayah yang perlu direalisasikan. Ibarat cerita dongeng yang sudah siap 80%, 20 % bakinya mereka merasakan merekalah yang perlu menyudahkannya. Biarpun kadangkala perkara itu terpaksa untuk menyebabkan beberapa harapan sendiri terkorban. Seringkali dalam hidup mereka, keputusan yang bakal dilakukan itu mengambil kira 360 darjah insan terpenting dalam hidup mereka. Jika insan terpenting ialah ahli keluarga dan ibu bapa, maka kepentingan untuk mengutamakan ibu bapa dan keluarga lah yang akan mendominasi keputusan anak sulung tadi.
Bukan apa, mereka cuma tidak mahu menyusahkan insan terpenting dalam hidup mereka. Menyusahkan ini dalam erti kata menyebabkan orang lain menjadi terbeban dengan keputusan yang bakal diambil. Banyak perkara yang dibuat perlu mengambil kira kebahagiaan insan terpenting sebelum diri sendiri. Biarpun terluka, namun kebahagiaan itu ialah apabila melihat insan terpenting dalam hidup mereka bahagia.
3. Sukar difahami
Rata-rata karakter anak sulung kelihatan seperti ceria dan suka menghiburkan orang lain. Namun, dia menyimpan sejuta satu rahsia yang hanya akan diceritakan hanya kepada insan-insan terpilih sahaja. Banyak kisah privasi sendiri yang dipendam; tidak diceritakan kepada sesiapapun hatta ibu dan bapa sendiri. Kadangkala nampak seperti kayu atau batu kerana tidak pandai untuk mempamerkan perasaan kasih sayang. Ada masa mereka akan menjadi keanak-anakan.
Apa yang paling penting, mereka tidak mahu dilihat lemah oleh ibu bapa, dan adik-beradik yang lain. Luaran nampak macho, tapi dalam hati ada taman. Mereka sebenarnya cuba untuk melakukan sesuatu yang boleh membahagiakan insan sekeliling, namun mungkin disebabkan ego mereka ini, mereka dilihat kurang romantis dalam perhubungan. Gituu.. So kepada yang ada abang atau kakak yang tak reti nak bermanja-manja, mereka bukan tak suka atau tak sayang. Tapi, control macho gitu. Haha. Hakikatnya, mereka sangat sayangkan korang. Cubalah sesiapa menyentuh sensitiviti berkenaan keluarga, memang berapilah. Dan, mereka sangat protective keluarga sendiri.
4. Menggalas bebanan ‘expectation’
Semakin membesar, anak-anak sulung sebenarnya sedang menggalas expectations daripada insan sekeliling terutama ibu dan bapa. Semasa proses membesar, mereka kerap diceritakan dengan kisah-kisah kesusahan ibu bapa, kisah-kisah kejayaan orang lain, mungkin juga kisah-kisah kejayaan ibu bapa sendiri. Perkara-perkara ini menjadi suatu motivasi untuk mereka berusaha meraih apa yang dihasratkan. Namun begitu, kadangkala kita sebagai insan terdekat kurang memberi sokongan.
Kadangkala apabila kita terlalu meletakkan expectation semata-mata, sedangkan tidak mampu digalas pun oleh anak sulung tadi, maka ia boleh menjadi penyebab kepada tekanan dalam diri. Mereka akan berfikir bahawa mereka telah mengecewakan perasaan orang lain seterusnya merasakan kekurangan dalam diri mereka. Sebaliknya, jika kita kurang untuk meletakkan expectation, namun banyakkan sokongan, mereka pasti akan berasa sedikit kebebasan dalam membuat sebarang pilihan dalam hidup. Ingatlah, bahawa KITA BUKAN TUHAN yang berhak mengaturkan itu dan ini. Sebaliknya, kita hanya mampu berusaha dan berdoa sahaja. Selebihnya, TAWAKKAL kepada TUHAN. Perkara inilah yang seringkali kita tersilap.
Umumnya, tak kisahlah jodoh anak anda orang mana, kerja apa pun, kalau itu takdirnya. Berlapang dadalah. Pasti akan bahagia. Buat muda mudi pula, jangan terlalu meletakkan expectation yang melampau terhadap bakal pasangan anda nanti. Iya, kepada yang masih lone ranger, jangan buat buat tak terasa. Sebagaimana kita mengharapkan orang lain menerima kita, kita juga perlu menerima apa jua kekurangan yang bakal pasangan kita ada. Sudah seusia kehidupan jika kita berusaha memberikan yang terbaik buat Allah, maka PASTI dia juga akan memberikan yang terbaik sesuai dengan diri hambaNya. Hah dan lari topik pulak.
Kesimpulannya, tak kiralah anak ke berapa sekalipun, pasti akan merasai perkara-perkara di atas. Namun, anak sulunglah yang paling mendominasinya. Pesanan aku, hitunglah seberapa banyak insan yang telah terkorban saat kita sedang meraih harapan. Berapa banyak yang sudah kita beri, tatkala kita meminta insan lain untuk berkorban kepada kita? Aku bercakap ni sekadar pemerhatian aku sahaja. Jadi, tak boleh buat rujukan thesis mahupun dalil yang kuat. Haha. Ok, thanks admin kalau sudi siarkan dan yang turut membaca.
– Wa Long
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit