Pengalaman Kerja Sebagai Purchasing Officer

Assalamualaikum..Hi nama aku Mat (nama samaran), dan berasal dari utara,umur 26 tahun, saja nak share pengalaman hidup yang tak seberapa nie. Haha, belajar Kesetiausahaan, kerjanya lain pulak.

Zaman sekarang ni fresh graduate mengalami cabaran untuk mendapatkan pekerjaan dan aku juga tidak terkecuali. Aku grad degree dari IPTA pada pertengahan tahun 2016.

Jadi, bila dah grad bermula misi mencari kerja. Merata aku cari kerja, hantar resume, jobstreet, dan pelbagai lagi namun semua menghampakan. Tipulah kalau tak kecewa, batchmate aku pulak semua gempak2. Memang berHUHUlah.

Masa pun berjalan,dan aku tak mahu buang masa,cari kerja part time kat mall dan tempat2 lain tapi masih tak dapat jugak. Ada kawan aku ni pengusaha kantin sekolah, jadi aku pun sertai dia sebagai pekerja am kat kantin sekolah.

Walaupun gaji hari dan sederhana, penat dan berpeluh tapi hasil titik peluh dan kerja keras cari rezeki halal ni masih mampu lagi sumbang kepada keluarga.

Kawan dengan budak2 sekolah ni seronok jugak,terhibur dengan telatah budak2. Ada segelintir cikgu2 sekolah yang bertanya pada aku apa tahap pelajaran aku, aku beritahulah degree. Nampaklah sedikit perubahan sinis wajah mereka tu,

“Eh awak kan degree..” Tapi aku balas, cakap zaman sekarang nak cari kerja susah yang penting aku ada usaha namun ada juga yang bagi kata-kata semangat.

Jadi, perkara ni berlalu begitu sahaja. Sampai lah, penghujung tahun 2016, aku pergi apply kerja di sebuah Hotel yang agak besar dan banyak biliknya.

Bermulalah perjalanan alam pekerjaan aku. Haa nak cerita sikit, diiklankan jawatan pada ketika itu ialah “Purchasing” dan juga “Storemen”. Aku pun mintaklah jawatan “Purchasing” dan ketika dalam IV, Manager yang menemu bual aku tu menerangkan skop tugas dengan berjela2.

Aku pun ok kan je dan willing to learn. Yang aku pelik fail sijil aku tak langsung tak disentuh. Dan aku hanya mintak RM1500 sebagai permulaan gaji aku. Tapi hanya dapat RM1200 atas alasan tiada pengalaman dan juga makanan disediakan.

Oleh kerana betul2 perlukan pekerjaan aku pun terima je lah. Walaupun dalam hati, tak setimpal dengan degree aku ni. Tapi yang penting ada kerja dan cari pengalaman.

Nak share mengenai hotel ni (nama rahsia), ada 400 bilik, milik seorang Hartawan yang nilai hartanya “Top 10” orang terkaya dalam negeri di utara ni.

Perniagaannya ada banyak hotel, hartanah, perkilangan dan macam2 lagi lah serta di luar negara. Satu yang kurang pasal hartawan ni ialah sifatnya yang bakhil dan terlalu cerewet.

Sebulan aku bekerja di situ, bukan bertugas sebagai Purchasing untuk hotel tu sahaja, tetapi hotel tersebut sebagai HQ dan 2 lagi hotel anak2nya.

Okay nak terangkan skop2 kerja “Purchasing” nie, tugas aku beli barang. Barang meliputi barang basah,barang stor, barang hardware, servis, langganan dan macam2 lagi.

Dan juga buat perbandingan harga barang, setiap bulan memang amat memeningkan dengan peningkatan harga barang dan ingin mencari barang baik dengan harga basah.

Di sini aku belajar skill komunikasi yang tinggi, negotiation price skill, putar alam skill (ni dengan supplier je, haha, jgn fikir negatif), kawalan stok dan cost, mengenali barang basah dan jenis2 barang hardware.

Dapat juga kenal dengan puluhan supplier, berderet ucapan raya tahun ni drpd diorg (rasa macam orang penting,haha). Walaupun aku seorang “Purchasing” ofis aku tak cukup orang. Pejabatnya ada 4 meja & komputer tetapi stafnya hanya 2 orang.

Memang agak mencabar dengan workload banyak dan aku juga turut main peranan sebagai penjaga stor. Balik pun selalu je 6-7 ptg dan kadang2 8-9 dan tanpa O.T tetapi kerana niat nak cari pengalaman aku telankan sahaja. Jadi sebagai tambahan, aku turut belajar skill nak jaga stor dan aset.

Penting juga untuk menguasai Mandarin, sebab supplier banyak yang berbahasa Mandarin. Ada satu peristiwa ni, aku telefon supplier ni, tanya harga adalah dalam RM20, bila partner aku tu telefon juga dan berMandarin gak, harga jadi RM18. So fikirkan ya.

Serius, memang rasa keletihan dan tak berbaloi, balik lambat pun bukan ada O.T tapi aku ikhlaskan hati demi niat nak menyara keluarga (psstt,anak lelaki tunggal dalam keluarga).

Memandangkan hanya ada 2 orang staff, aku dan partner (seorang berbangsa cina yang baik hati) memang sangat2 multitasking dan bekerja dalam keadaan pantas.

Kena maki atau marah memang selalu hadap kalau kerja sebagai “Purchasing” tapi tak terkesan pun,haha. Masuk telinga kanan,keluar telinga kiri.

Mana2 tempat kerja pun pasti ada masalah kan. Bayar gaji pekerja dengan rendah, workload banyak, kekurangan staf dan cutting cost sampai diri sendiri pun susah.

Mesti korang fikir hotel ni tak laku kan. Bisnes ada ja cuma “owner” hotel ni bakhil, renovate hotel ada, beli kereta mewah ada dan macam lagi. Wujud juga pengampu@penjilat boss, budaya taici (pelepas kerja kat orang lain), berpuak2, manager yang tak behave macam manager dan macam lagi,

Ada sesetengah department tak leh pergi sembahyang jumaat (6 bulan dah tak dapat pergi, memang rasa berdosa), 5 waktu no hal. Jadi turnover kat hotel ni sangat tinggi, yang banyak staynya makcik & pakcik yang tabah bekerja demi mencari menyara keluarga dan anak2 mereka.

Ok, nak cerita pula pasal owner, owner aku seorang perempuan yang umurnya dalam 60an dan sebagai Pengarah Operasi. Pengarah2 lain pula dalam kalangan kaum keluarganya.

Untungnya aku kerja sebagai “Purchasing” di sini, sesetengah approval untuk beli barang harus mendapatkan kelulusannya dan bukan daripada General Manager atau Finance Manager. Jadi, dapat pengalaman kerja direct daripada owner sendiri walaupun dia amat cerewet dan kedekut,haha.

Sekiranya, ada kenaikan harga barang, aku kena dapatkan 2-3 senarai perbandingan harga daripada supplier berbeza. Walaupun dah cari yang terbaik, kadang2 owner aku tak approve pun,kalau dia tak puas hati dia akan hubungi supplier sendiri.

Cara dia nego harga dengan supplier memang mantap, memang konfirm akan dapat lagi murah. Aku pernah tengok dia maki General Manager pemalas depan aku. Tapi dengan, aku ok la. Haha.

Pendek cerita, dalam bulan 4 tahun ni, partner aku tu pun berhenti kerja walaupun gaji dia 2k++ gitu kerana tak tahan dengan workload kerja dan juga selalu balik dalam 8-9mlm. Walaupun selalu balik lambat tapi still kena maki dengan Manager.

Opps, lupa nak bagitahu departmeny kami di bawah department Finance. Finance Manager kami ni agak garang dan ramai budak perempuan department ni berhenti kerja di sebabkan dia. Dahla tak cukup staf, pastu tak jaga staf. Hurmm. Tinggal lah aku seorang nak bertugas sebagai “Purchasing” & “Penjaga Stor.

Gaji aku dinaikkan kepada RM1300 tapi beban kerja berganda. Masa ni lah level kecekapan aku naik berganda2, sebab aku seorang je handle semua benda dan dibantu juga Assistant Finance Manager dalam urusan stor. Memang masalah kekurangan staf yang teruk tapi owner buat kering je.

Dalam bulan 5, 400 bilik hotel fully book dan memang beli barang berganda dan terima barang memang amat penat. Gaji aku naik kepada RM1500. Bulan 6 pulak, bufet Ramadan bermula, barang2 dapur yang jarang diorder juga dipesan. Bulan puasa ni pun ada ja aku balik pukul 7mlm. Yang penting nak berbuka dengan family.

Sepanjang tinggal seorang je, memang aku penat dan cepat melenting, sapa yang taici dan kalau salahkan aku tak bertempat, memang aku tembak balik termasuk kat General Manager, dengan boss aku tu. Jadi diorang terpaksa layan aku baik2 dan selalu belanja sebab nak ambil hati.

Kini, hampir genap 8 bulan aku bekerja di tempat tu dan staf baru juga telah diambil dan secara tak langsung dah jadi “key person”.

Jujurnya aku memang sangat penat dan rasa nak berhenti kerja je. Tapi, pengalaman tu yang mahal. Dapat direct terus dengan owner, kurang staff jadi terpaksa multi-tasking dan macam2 lagilah

Kepada yang belum dapat kerja lagi tu, jangan putus asa ya, jangan pilih kerja, jangan expect gaji tinggi sangat, kerja apa pun tak apa yang penting halal. Tambah kemahiran yang ada dan cari skill2 yang rare, ni akan buat korang semakin bernilai.

Aku ni bukan alim sangat tapi sedang berusaha menjadi anak, abang, pekerja, hamba yang lebih baik. Yaa,aku jarang Dhuha tapi buatlah ya, perbanyakkan istigfar dan selawat, bersedekah, solat 5 waktu dan jaga hubungan kita dengan ibu bapa (penting) dan juga Yang Maha Esa.

Ingat punca rezeki ni dari ALLAH S.W.T jadi bergantung haraplah pada DIA bukan pada manusia. Kalau DIA mahu bagi nikmatNYA kepada kita, sampai kiamat pun tak habis makan yaa..:)

Sekian, sedikit coretan yang tak seberapa ni. Doakan aku dapat pekerjaan yang lebih baik dan menjadi lebih baik. Terima kasih

– Encik A

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit