Adab Pinjam Kereta

Assalamualaikum untuk semua pembaca yg saya hormati. tulisan saya ini bukan lah bermaksud untuk mengutuk mana mana pihak tetapi sekadar luahan sahaja. Nama saya Kuntum. saya merupakan seorang pelajar di sebuah universiti di kuala lumpur. sepanjang belajar, saya hanya mula membawa kereta setelah bermula sesi internship saya. sebelum ini, saya hanya menaiki public transport. dalam cerita ni saya bahasakan diri sebagai aku agar mudah untuk difahami.

apa yg aku nak tekan kan kat sini adalah, please, jangan ambil kesempatan di atas kebaikan org lain. kalau member kau kasi tumpang kau pergi mana mana, kau hulur la sikit RM 5 or RM 10. org tua kata amik manis, or amik hati kawan. walaupun tak banyak mana, sekurangnya sejuk la hati member kau tu and lain kali tak rasa berat hati nak tumpang kan kau. ni tidak, punyalah kau senyap je. lepastu siap request nak singgah situ sini. eh fikir tak masa dia? tenaga dia drive kan kau ke sana ke mari? minyak kereta dia? dah lah minyak mahal skrg. student pulak tu.. student mana banyak duit pun. ni semua dia nak kena tanggung. walaupun student yg bawak kereta tu di label as ” student kaya” tapi duit tu untuk dia menampung kehidupan dia sendiri bukan kehidupan kau okayyy. kalau kau naik teksi berapa kau kena bayar untuk satu perjalanan je kau keluar ke pekan and balik semula ke kolej dah dikira perjalanan lain. So, setakat RM 1O ringgit tu apalah sgt jika nak dibandingkan pengorbanan kawan kau tu kan.

yang kedua, kalau dah naik kereta org tu, jaga lah kebersihan. jangan la kau merokok dalam kereta dia. busuk wehh. minta izin kalau nak makan dalam kereta org. kalau dah dapat keizinan tu makan la elok elok. jangan sampai bersepah. jangan sampai berterabur. jangan sampai tumpah. nnt habis bersemut / berlipas kereta org tu adik oiiii. kalau tertumpah tu amik tisu and lap la. jgn kau fikir malas kau tu and buat buat tak nampak / buat buat tak tahu ada makanan tumpah dan sebagainya.

Lagi satu please la jangan tutup pintu kuat kuat. mcm nak tercabut pintu tu dik oiii. kau nak pergi mana tutup pintu kuat kuat. cuba bersopan santun sikit. kalau bukak pintu pun sama. Jangan lah sampai terkena pintu kereta org lain pulak. kan bercalar kereta org dah jadi satu kerja nak kena bayar ganti rugi pulak.

Yang ni paling aku nak highlight kan, bab pinjam kereta. Ewahhh, aku perati je kawan kawan aku ni. Masa aku tak bawak kereta, tanya khabar pun tidak. Bila bawak kereta mula la nak berkepit, mula nak pinjam kereta dan sebagainya. Nampak sgt ada udang di sebalik mee. Ajak aku keluar pun semata mata nak guna kereta aku je. bukan sebab nak keluar dengan aku pun sebenarnya. Sedih betul hati ni. Rasa tak ikhlas org nak kawan dengan aku. Rasa dipergunakan. Tapi, kalau member kau kasi kau pinjam kereta dia, maksudnya dia percayakan kau la. Jangan pulak kau bawak kereta dia sampai patah cermin sisi. langgar divider ke. Haa lagi satu jangan biar tangki minyak kosong. Hang isi lah balik bila dah guna. Lepastu hang bagi la dia duit RM 5 / RM 10 / RM 20 as hadiah sb member kasi pinjam kereta. Cuba kau pikir, kalau member kau tak kasi pinjam, kau kena sewa kereta org luar tau. sewa kereta berapa zaman sekarang. So korang jangan la berkira sangat okay. Takpun, korang belanja la dia Mee goreng or Nasi goreng ke sebungkus kalau tak mampu nak hulur duit. Serius aku cakap, kawan korg tu mesti rasa senang hati bila korang buat mcm tu. Cuba jgn berkira and saling memahami okayy??

So apa yg aku ckp tu, based on my own experience. Kawan korg mesti segan kalau tetiba nak mintak duit minyak dr korang kan. tapi korang kena la pandai and cuba fikir pasal org lain jugak sebab sama sama student kot. jangan ikut sedap korang je sampai org lain rasa beban dkt hati dorg and rasa tak rela apabila dilakukan sebegitu. Bukan la aku nak cakap aku ni mata duitan semua benda nak kena hulur. Ada je yang jenis tak nak pun mintak duit minyak dari org ni semua, tapi bagi aku la, penting untuk kita amik hati org and berbudi bahasa. Banyak je cara lain untuk kita appreciate kawan kita tu. Apa apa yg aku salah , aku minta maaf dr hujung rambut sampai hujung kaki.

– Kuntum Musfira Bt Zainal Adhwa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit