Local Grad vs Oversea Grad

Assalamualaikum. Dah lama aku pendam isu local graduate dengan overseas graduate ni. Firstly, aku local graduate, dan sekarang tengah kerja di salah satu company yang majoritinya overseas graduate. Dan hanya kami tak sampai 5 orang yang local graduate.

Cerita bermula apabila mula mula aku start masuk company aku ni, salah sorang colleague aku tanya “grad dari mana?” And bila aku sebut aku grad dari salah satu universiti awam di Malaysia ni, reaksi diorang “ohh local graduate” time tu aku takda la rasa fishy sangat. Sebab aku sendiri pun taktau diorang ni grad dari planet mana.

Dah lama kat situ, baru aku dapat tau yang diorang semua grad dari overseas. Aku macam kagum. Yelah, bukan semua ada peluang dalam belajar luar negara. Nak kata orang pandai, ramai yang pandai, cuma diorang terpilih antara yang terbaik. Dan ada certain part tu rasa kerdil jugak hahaha.

Lama lama, aku start perati, diorang ni suka judge orang dari aspek grad-dari-mana. Contoh, one day tu ada sorang ni buat slides untuk presentation tapi english dia ada grammar mistakes sikit. So diorang cakap “belajar Aussie kot kan?” Lebih kurang macamtu lah bunyi dia. Then diorang gelak ramai ramai. Macam mempertikaikan mistakes dia. Come on la, manusia kot mana ada tak buat silap.

Satu lagi kisah, bila sorang ni cakap “ala local grad kot, apa korang expect?” Aku tak pasti point asal yang diorang bincangkan, tapi since aku sangatlah sensitif dengan ayat local grad ni, so aku dapat lah tangkap part tu. Fuh menyiarap betul aku dengar.

Sejak hari tu, aku sangat sangatlah rasa down and takut sangat kalau aku buat silap. Entah apa la diorang cakap belakang aku. Aku ni dah la overprotective, kang diorang kutuk uni aku, mengamuk aku tak memasal. Tempat belajar aku 4 tahun oi.

Sebagai manusia, aku tau kita ni kadang kadang judgmental. Kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga. Sebab seorang local grad buat silap, terus diorang cakap “budak local memang SEMUA macamtu kan? Kita takda pun macamtu yada yada yada yada” Oh boleh la aku nak cakap, “budak overseas ni semua gi overseas SEMUA cultural shock, sebabtu pergi sana SEMUA rosak” hanya sebab seorang kenalan aku yang belajar luar negara rosak sebab kejutan budaya, so aku drag SEMUA budak overseas macamtu. Fair la kan?

Bagi aku, tak fair untuk kita judge orang hanya sebab seorang yang korang kenal. Dan takyah la nak compare overseas grad ke local grad ke apa kalau kerja pun kelaut kualiti tarak, mengelat kerja, tengok fon 24/7, lepastu claim diri overseas grad dengan penuh bangga riak takbur. Allah tak cakap pun Allah bagi rezeki lebih kat budak overseas dari budak local. Allah cakap Allah bagi rezeki kalau kau rajin dan ikhlas kerja / menuntut ilmu. Allah tengok usaha. Dan sekali lagi diingatkan, kalau korang rasa korang pandai sangat sebab dapat belajar luar negara, sebenarnya ramai lagi pandai kat luar sana, cuma rezeki berpihak kepada korang. Korang insan terpilih untuk belajar di luar kawasan kita di ceruk lain di atas bumi Allah yang terbentang luas ni. Untungnya korang. Betapa kami cemburu sebenarnya, tahu?

Terima kasih kerana membaca kisah seram ringkas saya!

– Tiya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit