Sampai Bila Melayu Begini?

Assalamualaikum wbt warga iiumc. Terima kasih jika admin sudi siarkan confession ini. Pertama sekali marilah kita membuka minda kita seluasnya. Mungkin isu yang akan saya sentuh ni agak sensitif, terpulang kepada pembaca. Tajuk tu bunyinya macam nak provok kan? Saya bukanlah nak maksudkan confession saya ni hanya berkisarkan masalah hidup orang melayu saja, tapi sebagai bangsa melayu, saya nak target orang kita dalam confession saya ni sebagai satu teguran buat bangsa.

Kebelakangan ni saya baca banyak sangat post pasal depression, kesusahan hidup keluarga, masalah hubungan dengan keluarga, etc. Saya juga pernah mengalami depression. Kawan2 saya, warga iiumc pun ramai yang pernah mengalami depression, atau kesusahan hidup dalam keluarga khususnya. Alhamdulillah semakin terbuka minda masyarakat perihal depression. Tak semua yang mengalami kesusahan hidup (terutamanya yang berpunca dari kemiskinan keluarga) akan mengalami depression.

Saya tabik respek mereka yang pandai manage diri, keluarga, study, kerja, kawan2, sampai dapat keluarkan diri dari kemiskinan & bantu ibubapa, adik-beradik etc etc. Serius, bukannya senang nak menabur bakti macam tu. Untuk tanam confidence dalam diri, motivation, passion, drive, maintain momentum, untuk terus berusaha mencapai goals, bukannya benda yang senang. Untuk mereka yang tak berapa kuat dan tak ada capacity macam tu, kadang2 benda macam ni boleh bawak depression teruk.

Saya tak salahkan mereka. Saya rasa tak ada orang yang betul2 boleh dipersalahkan. Sebab saya rasa benda ni puncanya boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Tapi yang pentingnya sekarang kita memang tak perlu pun cari salah sesiapa untuk menuding jari, tapi kita mesti cari puncanya supaya efek negatif ini dapat dikurangkan. Memang tak boleh pulihkan terus dalam jangka masa yang singkat, tapi at least boleh kurangkan walaupun memakan masa yang lama. Point utama saya ialah, peranan ibubapa. Ya, peranan ibu bapa.

Saya bukannya nak salah ibubapa anda dalam hal ni. Diorang pun lalui kesusahan hidup yang lebih kurang sama dengan kita tapi selalunya lebih payah lagi. Sesetengah ibubapa ambil keputusan untuk tak beri kemewahan berlebihan pada anak2 sebab nak ajar diorang perit susah kehidupan, mereka nak kita rasa apa yang mereka rasa walaupun cuma sedikit supaya kita lebih paham orang lain yang senasib, supaya kita tak besar kepala, tak pentingkan diri sendiri, supaya kita dapat bantu orang lain, etc etc ; which is saya rasa adalah benda yang sangat2 bagus, tapi adakalanya benda ni dah jadi melampau-lampau sampai sangat membebankan anak2 dengan hutang keliling pinggang, expectation berlebihan dan tanggungjawab yang sepatutnya dipikul ibubapa (khususnya bapa).

Memang ibubapa tak boleh nak jangka impak yang boleh terjadi pada anak2, sebab tu lah perancangan Allah ni Maha Hebat. Ada hikmah disetiap apa yang kita lalui. Apa2 jalan yang kita lalui pun, tetap ada pengajaran yang kita boleh ambil. Tapi untuk kekal dalam gaya hidup dan pemikiran kita yang membawa kesan buruk berpanjangan? Kita mesti berani berubah. Masalah ni serata dunia orang alami tapi lebih2 lagi orang Asia dimana kita diajar hormat pada ibubapa ni segala-galanya. Tak boleh lawan cakap, terima saje. Kadang2 kita fikir “tak mungkin ibubapa aku buat silap, mereka lebih tahu apa yang terbaik untuk aku”. Kadang2 kita tahu ibubapa kita ada silap, tapi kita tak berani nak bersuara, kita ikut je. Tapi bila dunia dah semakin moden, Alhamdulillah ramai je ibubapa yang semakin terbuka. Kalau dulu ceramah asyik cakap pasal tanggungjawab anak2, sekarang dah ada yang berani untuk ceramah pasal tanggungjawab ibubapa macam Prof Dr Muhaya, yang saya admire lah. Tapi saya rasa kita perlukan ‘boost’ lagi.

Bebanan pada anak2 yang saya maksudkan tu khususnya yuran pembelajaran (dengan berhutang ptptn), expectation pada anak untuk balas jasa ibubapa dengan contohnya membelikan rumah/kereta baru, duit pergi umrah/haji/travel. Beberapa bulan yang lepas saya ada baca confession web lain pasal anak sulung perempuan sorang ni fresh graduate rasa sangat terbeban dengan tanggungjawabnya nak menyara keluarga, mak ayah yang dah berumur di rumah usang, yuran belajar adik2, dan pada masa yang sama hasrat nak kahwin muda. Memang mak ayah tak paksa, tapi sebagai anak sulung memang kena fikirkan tanggungjawab ni. Takkan nak biar family sendiri terumbang-ambing sebab nak kahwin. Kalau dah kahwin pula tak boleh nak beri komitmen pada mak ayah & adik beradik 100%. Jadi dia keliru. Kenapa dia mesti lalui semua tu yang bukan tanggungjawab dia pun sebenarnya?

Saya juga ada baca confession pasal si fulan depression teruk sebab tanggungjawab nak sara keluarganya yang miskin mak sakit, gajinya tak banyak mana pun nak menampung lagi2 sejak berpindah rumah banyak pula masalah datang. Sebagai orang Islam, of course kita akan dapat nasihat ini semua ujian/takdir/ada hikmah, kena banyak bersabar/berdoa, percaya rezeki Allah akan bagi selepas nikah, etc. Which is betul, tapi perancangan tu penting jugak. Apa2 pun dalam hidup ni semua perlu plan kan? Kita kena berusaha untuk dapatkan rezeki tu. Rezeki tak datang bergolek. Saya bukan nak encourage readers memberontak/komplen dekat mak ayah sendiri, apa yang dah berlalu tu biarkan berlalu, kita move on, jika masih tak selesai, kita usaha lagi. Dia mak ayah kita, kita kena hormat. Appreciate diorang yang bersusah payah. Pointnya di sini saya dan anda2 pun akan jadi ibubapa suatu hari. Tergamak ke kita nak letak beban ni pada anak? Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat generasi ke generasi? Memang niat kita baik nak bagi diorang faham kesusahan hidup, tapi kita kena tahu limitnya.

Personally saya rasa tak salah pun anak2 nak balas jasa ibu bapa bawa mereka pergi mekah/travel, belikan rumah/kereta/barang2 baru etc etc, semua tu tanggungjawab anak kalau mereka mampu. Tapi sejak remaja lagi sesetengah ibubapa dah letak beban menanggung hutang ptptn pada anak, yang mana sepatutnya ibubapa lah perlu menabung untuk yuran belajar tu, at least yuran ipta untuk level diploma cukuplah. Yang selebihnya tu kalau mampu lagi bagus. Tapi instead, bukan nak cakap apa, sesetengah orang melayu kita lebih suka spend duit pada perkara yang tak berapa penting. Ramai yang tak jadikan tabung kolej tu tabung utama (selain tabung haji). Contoh orang cina, kecil2 lagi dah sediakan tabung kolej untuk anak2. Kita kena buat perubahan ni untuk generasi kita yang akan datang. We need to break this cycle.

Bayangkan. Bila anak ada hutang belajar, cari kerja satu hal, bila dah dapat kerja, berapa tahun spend untuk cover hutang plus beri duit belanja mak ayah? Belum rumah/kereta/motor sendiri lagi, kalau ada adik beradik lain senang sikit, kalau tiada? Belanja kahwin lagi? Kahwin lewat. Last2 lepas je nikah, kita sesak balik. Hidup kita lepas ni mengharap anak2 yang kita besarkan dengan apa yang kita ada. Bila dah berumur mestilah kita nak rehat kan? Cycle yang sama berulang pada anak2 dan seterusnya.

Lagi satu, kena fikir jugak pasal possiblity anak kita ada mental disorder. Baru2 ni hot jugak cerita pasal mental disorders, ramai sangat orang kita yang tak paham lagi mental disorders ni macam mana dan jenis2nya. Kita tak boleh expect anak2 kita lahir sihat2 belaka. Saya sendiri ada ahli keluarga yang mentally ill. Ingat senang nak contain orang macam ni? Dengan mak ayah yang dah berumur dan sakit, adik-beradik semua sibuk dengan hal masing2.

Ni bukannya ujian untuk family yang ada anak mentally ill je. Ramai yang menyalahkan keluarga tak pandai control anak mental (which is memang betul), tapi ni pengajaran untuk semua orang. Kita yang bakal menjadi ibubapa kena ada persediaan benda2 macam tu. Bukannya mudah nak kahwin dan mengharapkan Allah bantu kita sedangkan kita tak bantu pun diri kita sendiri.

Kita biar diri kita jatuh sakit bila makin berumur, kita tak bersenam, kita smoking, kita telan segala macam, kita tunjuk gaya hidup yang tak sihat pd anak cucu, kita cuma berharap anak jaga kita sokmo masa tua nanti. Sampai bila nak macam ni? Bukan nak kata everyone should mind their own business. Sebagai anak kita tolong mana yang kita mampu sebab memang tanggungjawab. But to put extra burden on others to excuse poor life choices and poor lifestyle? Think about that and impact it will give to younger generations. Just to clarify, bukan semua macam tu. Alhamdullilah ramai je yang bagus2 tapi sadly ramai yang masih begini.

Macam mana kita nak break cycle ni? Sejujurnya saya pun tak tahu sangat dan tak nak cakap lebih2 macam saya sorang je yang hidup susah dan yang paling bagus. Saya masih budak baru belajar. Kita orang melayu perlukan sesama sendiri. Bukan orang melayu je yang paling teruk dalam dunia ni. Kita selalu sangat menghentam bangsa sendiri. Tapi kita tak tahu, orang luar sana pun sama je sebenarnya, tengok perbualan diorang di social media pun dah cukup. Hasad dengki diorang semua ada, cuma kita tak nampak sebab kita tak pandang ke luar tengok macam mana life bangsa lain.

Kadang2 rezeki Allah bagi ada adik beradik yang berbisnes dapat untung lumayan boleh bermewah dah satu family ke anak cucu. Kadang2 ada orang lain bermurah hati bantu sikit2, bagi sedekah sikit2. Kalau tak bantu dari segi duit pun, mungkin bantu tolong buat kerja rumah,ringankan beban dia dalam apa cara sekalipun. Pokok pangkalnya bergantung pada usaha kita sendiri kalau kita nak majukan umat, kita tak nak kekal di tokok lama. Initiate something big. Sampai bila kita nak biarkan cycle ni menjadi sebahagian dari kita orang melayu? Kalau tak, macam mana ekonomi/politik kita satu hari nanti? Takkan diambil alih orang lain? Kalau saya ada silap di mana2, mohon betulkan, tidak perlu beremosi. I am more than happy to learn something out of constructive criticisms, thoughts and ideas.

Sekian terima kasih.

– Anonymous Sister

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit