Assalamualaikum wbt semua. Peperiksaan UPSR pun semakin dekat kan. Jadi saya nak share sikit cara kita as an adult untuk support adik/anak/sedara kita yang bakal mengambil peperiksaan (tak kira lah upsr/pt3/spm). Bukan lah nak kata ni tips yang paling baik, tapi saya harap perkongsian ni dapat beri manfaat untuk semua. In sha Allah.
Saya kini menuntut di IPTA. Seperti pelajar IPTA lain, saya pun sedang bercuti semester sekarang. Sebelum cuti lagi, anak saudara saya, Anees dah pesan minta saya ajar dia sebab dia cuak UPSR dah dekat. Saya okay je sebab memang saya minat mengajar pun.
Tak lama pun saya duduk rumah abang untuk bantu Anees. Seminggu sahaja. Seminggu mungkin nampak sekejap tapi jika kena caranya, mesti boleh optimize kan masa yang ada sebaik mungkin.
Sebelum ke KL (rumah Anees), saya tanya dulu subjek apa dia lemah. Peperiksaan percubaan baru ini, dia tak dapat A bagi subjek maths dan english. Jadi saya terus ke kedai buku dan mula explore buku buku yang elok untuk calon UPSR.
Macam mana buku elok?
Bergantung kepada berapa dekat tempoh dengan peperiksaan, subjek dan kemampuan pelajar tu sendiri. Kalau dah dekat sangat dengan peperiksaan, elok lah beli buku yang berformat lengkap seperti kertas peperiksaan sebenar. Dengan itu, pelajar pun akan mahir dan cekap bila peperiksaan menjelang nanti.
Ikut juga kemampuannya, tanya dia dan semak kertas peperiksaan yang dia dah jawab. Di mana kelemahan dia. Contoh, untuk subjek BM, pelajar lemah tatabahasa. Elok la belikan buku yang ada banyak soalan latih tubi tatabahasa. Baru lah boleh improve prestasi pelajar.
Dan tengok juga subject. Contoh kalau subjek yang memerlukan bacaan dan hafalan (Sains, Sejarah, Geografi), saya personally suka untuk drill soalan soalan topikal. Supaya pelajar boleh fasih dengan setiap jenis soalan bagi topik topik tertentu.
Juga, belilah buku yang ditulis oleh penggubal/pemeriksa kertas peperiksaan. Banyak pilihan boleh dapat di kedai buku zaman sekarang. Kalau UPSR, saya belikan buku klon soalan peperiksaan yang ditulis oleh penggubal dari negeri Terengganu. Sebab seingat saya, memang ramai guru cemerlang dari belah pantai timur.
Untuk Anees, dia kurang cekap dalam subjek maths dan english penulisan. Jadi saya gunakan masa seminggu untuk bantu semaksima mungkin.
Cara saya, dalam seminggu ni, saya aturkan jadual hariannya supaya ada masa yang cukup untuk belajar sebaik mungkin. Bangun awal solat subuh dan baca yassin. Pergi ke sekolah. Petang rehat, hiburkan diri, makan malam. Lepas maghrib baca satu page al Quran (Penting! Baru lah minda lebih tajam untuk fokus). Kemudian siapkan homework sementara tunggu isyak. Lepas isyak terus luang masa untuk belajar dengan saya. Belajar lebih kurang tiga jam. Pukul 12 malam wajib tidur (tidur 6 jam cukup dah exam candidate sekalian in Sha Allah).
Seminggu ni, disiplinkan dia betul betul. Alhamdulillah, sekarang saya dah pulang ke kampung pun dia masih amalkan rutin seperti yang saya dah latih dalam seminggu.
Berbalik kepada cara saya mengajar. Saya tak mahu jadi guru. Sebaliknya saya jadi her study buddy. Sejujurnya berdasarkan pengalaman sendiri, untuk skor peperiksaan di peringkat sekolah ni tak susah. Cuma perlukan latihan yang banyak supaya cekap. Terutamanya untuk subjek seperti Maths/Add Maths yang mana bentuk soalannya sama saja. Cuma nombor dan operasi je ditukar tukar.
Setiap hari, saya pastikan Anees siapkan sekurang-kurangnya satu set soalan Maths dalam masa sejam. Untuk tiga hari pertama, saya benarkan Anees terus tanya soalan yang dia sukar nak jawab kepada saya. Saya terangkan sehingga dia faham.
Untuk hari-hari seterusnya, Anees hanya boleh buat sendiri dalam masa sejam kemudian kami semak kesalahannya bersama-sama. Alhamdulillah, menjelang hari ketiga pun Anees dah tak tanya saya sepanjang sejam tu.
Untuk subjek Maths khususnya, kita tak boleh bertegas suruh pelajar buat sendiri dari mula. Sebab kadang kadang mereka bukan tak reti buat langsung, cuma tersangkut di sesetengah step sahaja. Kalau kita tegah mereka tanya, lambat la proses belajar mereka.
Alhamdulillah, dalam masa seminggu, Anees habis menjawab 12 set soalan Maths. Dan saya boleh tarik nafas lega sebab nampak improvement bila saya semak kertasnya. Simple, Maths memang perlukan latihan!
Untuk English penulisan, saya kenalpasti apa yang dia lemah. Anees selalu confuse part grammar, jadi sehari saya spend untuk ajar dia grammar supaya dia tidak keliru. Saya juga pesan agar menggunakan ayat yang pendek tetapi tepat. Jangan buat ayat panjang tapi banyak salah.
Penulisannya juga kurang menarik. Jadi saya dedahkan dengan idioms, simile dan contoh ayat complex yang universal (dia boleh guna untuk semua jenis karangan).
Akhir sekali, sebenarnya usaha kita sebagai adults tu namanya ikhtiar. Jangan lupa ingatkan calon calon ni untuk bertawakkal. Juga beri mereka semangat dan perhatian. Kadang kadang all they need is attention. Sebab saya percaya kalau bab ulangkaji tu, guru di sekolah memang buat yang terbaik dah untuk pelajar. Tuisyen siang malam, latih tubi, soalan past year..macam macam dah. Cuma as family, kita kena concern dengan mereka, baru mereka makin bermotivasi dan tak rasa alone.
Kalau ada masa lebih, boleh bantu one on one macam saya. Kalau tiada kesempatan, make time untuk call dan tanya khabar. Kalau nampak peningkatan, puji. Reward dengan tolong masakkan makanan kegemaran pun lebih dari cukup tau.
Beritahu juga yang peperiksaan bukanlah nak mengukur bijak pandai atau masa depan anak anak ni. Kalaupun exam tak perform, tak semestinya gelap masa depan. Sebab lain orang lain potensi. Ramai kawan saya yang di sekolah kurang berjaya tapi di universiti mampu dapat anugerah dekan..sebab di universiti coursenya betul betul mengikut minat dan kecenderungan diri berbanding sekolah yang mengutamakan aliran sains.
Apakan daya di Malaysia penilaiannya exam oriented, maka anak anak kena pulun buat latihan, kadang kadang seolah olah menghafal step pula berbanding memahami dengan hati. Apapun…tak salahkan untuk usaha sebaik mungkin tak kira di mana kita berada.
Alamak panjang pula post ni.
Maka, good luck untuk semua calon UPSR, PT3 dan SPM di luar sana!!!
– Syafiqa
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit