Orang Yang Beristikharah Tak Akan Rugi.
Assalamualaikum. Cerita aku panjang, tapi aku nak kongsi pengalaman aku dalam mendapatkan petunjuk Allah soal jodoh, apa yg aku buat utk move on bila Allah tunjuk he’s not the one dan kemudian aku dipertemukan dgn seseorang yg lebih baik (suami aku sekarang).
Cerita ni lebih kurang 3 ke 4 tahun lepas. Jadi mungkin aku tak dapat ingat keseluruhan kejadian dgn tepat. Baru sekarang aku terfikir nak kongsikan.
Dulu aku ada someone special. Amir namanya (bkn nama sebenar). Bercinta dgn dia tolak tambah putus dan sambung balik, dalam 4 tahun. Termasuklah dgn fasa hijrah aku. Jadi masa tu aku ambil pendekatan utk jarakkan diri sikit drpd dia. Kurangkan contact dan kurangkan segala bentuk msg yg bersayang sayang.
At first dia mcm ada kesukaran sikit nak terima cara aku, sebab dah berbeza daripada sebelum ni. Tapi aku tegaskan diri je dan bagitau aku dah tak selesa dgn cara kita yg dulu. So lama kelamaan, beransur ansur dia dapat terima.
Bila dah kurang contact tu, alhamdulillah rasa tenang. Takde dah istilah tak senang hati mcm bercinta sakan sebelum ni. Kalau tak contact asyik nak cari je dia, asyik risau je kot kot ada perempuan lain kan. So, aku just leave it to Allah je utk jaga dia. Moga moga dgn usaha kecil nak pelihara diri sikit tu, hubungan lebih terjaga dan ada haluan yg lebih baik akan ditentukan buat kami.
Aku ada minta izin pada parents utk berkahwin, utk halalkan hubungan ni dgn cepat, but they did not permit. Dorang nak aku habiskan belajar dulu. Okay lah, aku akur walaupun aku sedih. Aku teruskan belajar.
One day sebelah malam, masa aku dekat hostel, dia text aku bertanya khabar. Aku reply back bertanya khabar juga. Rupanya dia nak bagi tahu aku yg dia dah tawar hati dgn aku. Sebabnya, aku kurang contact dia dan jugak sbb sebelum tu parents aku dah tak izinkan kami kahwin. Ditambah aku jarang jarang cari dia, makin tawar hatilah dia.
Aku terima, tapi aku sedih. Aku tahu dia dah tak nak dekat aku. Aku tak paksa dia apa apa, and I didn’t even fight for it. Sebab aku tahu, org yg dah tawar hati ni kau buatlah apa pun, kata lah apa pun, nothing will change. Hati dia bukan dalam kawalan aku. Maka terputus lah hubungan tu sekali lagi.
Tapi disebabkan hati aku masih mengharapkan dia, aku nak tunggu dia, jadi aku banyak doa pada Allah utk tetapkan hati aku pada dia. Aku sayang dia and I wish him to be my husband. Somehow, berapa banyak kali pun aku doakan benda yg sama, hati aku tetap berubah. I can’t seem to be having the same feeling for him. Hari ni aku rasa mcm nak dkt dia, esok esok aku mcm tak peduli. Aku rasa mcm nak terus move on. Dua perasaan ni silih berganti setiap hari. Aku mula rasa pelik.
Jadi tiba tiba satu hari ni, aku terdetik “dah sampai masa ke utk aku istikharah pasal dia?. Kenapa hati aku asyik berubah je?”. Tapi aku masih teragak agak nak buat solat sunat tu. So sebelum aku start istikharah, aku mintak petunjuk dulu drpd Allah. Aku doa supaya Allah bagi aku satu keadaan yg menunjukkan mmg betul dah sampai masa utk aku beristikharah. Tak lama, esoknya Allah bg aku petunjuk keadaan tu dan aku start istikharah.
Istikharah yg pertama masih belum memberi apa apa petunjuk. Selepas istikharah yg kedua, aku mula terima sesuatu. Aku yakin itu salah satu petunjuk yg Allah nak bagi.
Ada sorang perempuan add aku dkt Facebook. Aku tak kenal dia so aku pergi tgk mutual friend dia dulu dan aku nampak dia friend dgn kakak Amir. Nama budak tu Fatin (bkn nama sebenar). Aku approve dan dalam masa yg sama kepala aku ligat berfikir “Eh dia (Amir) dah jumpa pengganti ke? Cepatnya”. Hmm, takpe lah, aku malas nak layan. So aku biarkan je.
Malam tu, aku sambung buat istikharah utk kali ketiga. Aku nakkan lebih kepastian, masih belum cukup apa yg aku dapat utk hari tu. Siang tu, masa aku di hostel, Fatin pm aku di Fb Messenger. Aku dah mula nervous. Dia kata dia kwn Amir, takde apa apa hubungan special pun. Aku tak percaya, tapi aku tak tanya.
Dia tanya aku pasal Amir, mcm mana orgnya dan dah berapa lama aku dgn dia. Aku pun borak jelah dgn dia mcm biasa and jwb apa dia nak tahu. Aku tak ingat mcm mana Fatin tu boleh tahu I used to be Amir’s special someone and that she texted me on Facebook. Mungkin Fatin ada bertanya pada kakak Amir. Mungkin lah. I really don’t remember.
Dah lama borak lepas tu tetiba dia sendiri mengaku yg dia girlfriend Amir. I was right about her. Jadi bila dah borak mcm2, terbongkar lah semua yg rupanya sebelum aku putus dgn Amir lagi dia dah curang belakang aku. Perempuan tu pun diduakan jugak. Dan ada perempuan lain jugak selain kitorang berdua.
Fatin cerita pada aku yg Amir tak boleh go on dgn dia, sebab family Amir nakkan aku dgn Amir bersatu (at least that’s what I thought). Sempatlah aku rasa happy sekejap, tapi lepas tu aku dapat tahu rupanya ada sorang lagi perempuan. Aku terjumpa Fb account perempuan tu dan photo cover dia adalah bersama ibu Amir. Yg dimaksudkan utk bersatu dgn Amir tu is actually that 3rd girl.
I just can’t process this. Aku mcm dapat semua sekali dalam satu masa. Aku tak boleh nak rasa sedih, instead aku jadi bingung. I don’t know what to think. Sbbnya, dalam tahun yg sama, which is on February Amir mintak aku pujuk parents aku utk kahwin dgn dia in which aku tak berjaya. Dalam tahun yg sama jgk selepas beberapa bulan dia kenal Fatin, dia janji nak masuk minang Fatin lepas Fatin habis Diploma. Dalam tahun yg sama jgk dia dah cheat on Fatin and kenal the 3rd girl and dia nak kahwin dgn budak tu. Tell me guys, how am I supposed to process this in my head?
Aku jadi bingung sbb aku rasa mcm dia gila nak kahwin sangat, like he’s so desperate. Aku mmg tak boleh nak rasa sedih. Aku tak habis fikir. I just kept asking myself “Why, why did you do this? Kau nak apa sebenarnya?”. I never caught him cheated on me for that 4 yrs and that was the first time. Aku rasa mcm tak sangka dia boleh berperangai sampai mcm tu. Semua org dia nak. Sbb tu aku jadi bingung bila fikir. Sampai aku menung jauh cuba utk fikir kenapa dia jadi mcm tu.
Surprisingly guys, I still want him. My heart still wants him and I easily forgave him. Aku tetap nak tunggu dia. Sekarang aku pulak mcm dah gila. Gila nakkan dia. Aku cerita benda ni dkt room mate and sorang classmate. Both beri aku jawapan yg berbeza. Room mate aku kata tolong tinggalkan dia. Even if I got to marry him, takde guarantee dia takkan curang. Classmate aku pulak suruh terima dia. Sbb mana tahu lepas kahwin nanti dia berubah dan jadi baik. I was in a total dilemma and indecisive.
Aku ambek masa 2 hari utk berfikir dan alhamdulillah Allah ilhamkan aku satu fikiran.
“Petunjuk istikharah aku adalah drpd Allah, petunjuk yg tak mungkin salah. Aku boleh tolak petunjuk ni dan terima dia, tapi kalau betul pun aku kahwin dgn dia dan dia curang, aku nak rasa apa masa tu? Menyesal? Tak guna dah. So lebih baik aku lupakan je dia dan move on”.
Aku dapat tahu semua ni in within 2 weeks lagi aku nak sit for the exam. Aku terganggu. I need to focus. Dan aku tahu takde jalan lebih baik kecuali aku mintak tolong pada Allah. Jadi aku solat mcm biasa dan setiap kali solat, aku akan panjangkan sujud terakhir aku. Aku merayu rayu pada Allah mintak keluarkan Amir drpd hati aku.
“Aku taknak fikir dia Ya Allah, aku taknak sedih sbb dia, aku taknak rindukan dia, aku dah taknak sygkan dia. Aku taknak ada apa apa perasaan lagi pada dia. Tolonglah Ya Allah aku nak exam, tlg hapuskan segala perasaan ni dalam hati aku supaya aku tenang. Supaya aku tak sedih”.
Aku ulang ulang doa yg sama setiap hari.
Tak sampai seminggu, hati aku dah kosong. Allah kabulkan doa doa aku dgn cepat. Keinginan hati aku pada Amir dah hilang. Aku mmg tak sangka He helped that quick. Thank you so much Ya Allah.
Selepas drpd kejadian ni, baru aku perasan kenapa parents aku tak izinkan kami berkahwin dan kenapa hati aku tetap berubah walaupun aku selalu minta pd Allah utk tetapkan hati pada Amir. Rupanya, ada sesuatu yg Allah cuba sampaikan. Allah nak beritahu yg Amir bukan pasangan yg sesuai utk aku. He’s not the one.
Lepas tu aku move on dan lupakan dia. Mulai drpd hari tu, aku azam pada diri aku tak nak kenal dah dgn mana mana lelaki melainkan lelaki tu mendekati aku dgn niat utk bernikah, baru aku terima.
Setahun lebih hampir 2 tahun, aku sendiri walaupun ada yg cuba approach, tp aku tolak. Semuanya dgn niat utk kenal kenal, utk suka suka. Enough is enough. Aku pun dah tak kuasa nak libatkan diri dlm agenda cinta yg tiada jaminan ni. Buang masa. Sekadar sia sia. I’ve learned the lesson.
Jadi selepas setahun lebih drpd kejadian tu , aku pergi praktikal dkt sebuah agensi kerajaan dan dekat situlah aku jumpa suami aku yg sekarang. Aku dikenalkan oleh kwn rumah suami sendiri yg mana lelaki tersebut juga adalah kawan ofis aku ketika tu. Masa tu adalah pada hujung bulan Disember 2015.
Aku buat perkara yg sama, beristikharah utk dia dan alhamdulillah selepas beberapa istikharah aku mula nampak petunjuk2 yg positif. Masa ni aku dah mula bekerja. Selepas beberapa bulan perkenalan, kami membuat keputusan utk bertunang iaitu pada pertengahan tahun 2016 dan awal tahun 2017 kami berkahwin. Everything went well.
Aku diganti dgn seseorang yg lebih baik dari segi agamanya dan in shaa Allah juga baik dari segi sifatnya. Seseorang yg juga in shaa Allah setia, setakat yg aku nampak dari sebelum kami bertunang sampai sekarang dan mudah mudahan kekal selamanya. A bit firm but kind-hearted person.
Kawan, istikharah lah utk org yg kita syg, kita tak akan menyesal, tak akan rugi. Allah akan tunjukkan siapa dia yg sebenar dan adakah dia benar benar terbaik utk masa depan kita.
Mungkin ramai yg takut untuk beristikharah, especially selepas dah bertahun tahun kenal, dah syg. Takut kalau kalau petunjuk yg Allah beri tak sama seperti yg diharapkan.
Aku sendiri dah lalui perkara tu. Dgn berbekalkan kekuatan hati, aku utk tolak Amir, akhirnya Allah ganti jua dgn seseorang yg aku sendiri tak sangka. Janji Allah itu sentiasa benar. Apabila kita redha, pasti dan tiada keraguan, Allah akan gantikan perkara tu dgn sesuatu yg lebih baik drpd sebelumnya.
Sekian.
– Cik Tulip
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit