Pertama kali terkena depression ni memang betul-betul berputar kehidupan aku,bukan berputar 180 darjah tau tapi berputar terus jadi 360 darjah.Memang perit hidup dalam dunia depression sebab rasa macam diri terasing daripada dunia nyata.Hidup aku banyak berubah,aku takde mood nak makan,takde mood nak bangun tidur,takde mood nak jalan ke kuliah.Kehidupan aku memang kosong dan aku tak pedulikan langsung keadaan sekeliling.Dalam kelas tak payah ceritalah,aku memang langsung aku tak boleh nak fokus apa yang lecturer cakap.Nama aku selalu kena panggil dengan lecturer sebab markah kuiz,test semua dapat kosong. Aku repeat satu subjek sampai dua kali repeat ditambah pulak terpaksa extend semester sebab kredit hour aku dah lebih disebabkan aku asyik repeat paper. Sesiapa yang coursemate satu group esaimen dengan aku memang akan jadi anti dengan aku .Kebanyakannya akan label aku pemalas dan buat kerja cincai sebab setiap kali aku submit esaimen untuk dikumpul dorang terpaksa edit balik apa yang aku tulis sebab dia tak puas hati dengan kerja aku tapi aku tahu itu salah aku dan aku biarkan je dia marah aku depan lecturer mungkin terlampau geram dengan aku agaknya.
Setiap kali depression menyerang,aku akan sakit dada,sesak nafas,pening macam nak pitam,rasa nak mati,rasa nak muntah,dada aku macam nak pecah sakit.Rasa takut tiba-tiba padahal takde ape ape pun.Aku menghabiskan sisa kehidupan aku dengan tidur dengan harapan depression akan hilang tetapi bila bangun je daripada tidur episod depression akan menyerang aku semula.Mulai daripada itu,aku tak pernah berharap lagi untuk sembuh daripada depression cuma aku belajar menerima depression.
Apa yang aku buat adalah aku ikutkan je rentak depression aku.Bila setiap kali depression menyerang,aku biarkan sahaja depression menguasai aku seolah olah aku menyerah kalah dengan depression aku ni.Aku biarkan fikiran aku mereka cerita yang bukan-bukan.Aku relakan diri aku dalam ketakutan.Setiap kali aku overthinking,aku biarkan fikiran negatif menguasai diri dan aku takkan sangkal pemikiran negatif tu.Kemudian bila dah sampai tahap infiniti otak aku overthinking dan dah beratus-ratus cerita yang otak imaginasi aku reka,aku akan meneruskan kehidupan macam biasa.Selalunya aku akan mandi sebab aku rasa seolah-olah aku buang semua fikiran negatif tu melalui air-air yang aku jirus pada badan.Kalau mood aku macam malas nak mandi aku pergi makan ke,tengok youtube ke.
Aku akan buat kerja ikut keadaan aku.Kalau aku rasa aku nak buat aku akan buat.Aku takkan paksa diri aku untuk buat.Biarlah aku kena marah dengan orang pun,biarlah orang nak kata aku pemalas,mengada-ngada dan sebagainya aku biarkan je sebab depression memang menyerang sesuka hati dia.Tengah aku ketawa tiba-tiba depression ni muncul jadi aku biarkan.Kalau tengah aku basuh pinggan tiba tiba penyakit depression ni menyerang,aku akan tinggalkan dapur.Bila aku ada mood aku akan sambung balik.Sama jugak bila aku tengah baca quran tiba-tiba depression aku menyerang,aku akan baca sampai aku rasa aku mampu baca.Bila ada mood aku sambung baca Quran balik .Biarkan orang nak kata depression ni puncanya jauh daripada tuhan.Biarkan je.Itu sebab dia tak alami apa yang kita lalui jadi biarkan dia dengan dunia dia.Doakan supaya dia tak kena depression.Tu je.
Masalah terbesar pesakit depression ini adalah disebabkan orang menanggap kita mencipta alasan dan mengada.Kononnya macam kita seorang je yang ada masalah,orang lain takde masalah.Alah,setakat masalah macamtu senang je,kau pergilah buat hobi kau,turun main kat padang ke nanti hilanglah.NO!Depression ni menyerang tengah kau main bola pon dia serang,tengah makan pon dia serang.Jadi sekiranya golongan depression hidup dalam mentaliti masyarakat begini,itu yang membuatkan orang yang depression akan jauhkan diri dan cubaan untuk membunuh diri.
Depression adalah sakit yang sangat menguji tahap aku redha dengan Allah.Siapa yang pilih nak hidup dibenci,hidup macam tak hidup,dunia dah takde guna lagi.Jadi,aku menerima depressin sebagai teman hidup aku sampailah aku mati.Anggaplah depression itu pasangan kau yang ditakdirkan untuk bersama dengan kau sehinggalah tiba masa Allah nak hilangkan depression ni.Hanya Allah yang menyembuhkan.
– Lianis Suhana
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit