Assalamu’alaikum semua, alhamdulillah terima kasih admin kerana sudi publish cerita saya ni. Of course cerita ni cerita benar dan dilalui oleh saya sendiri.
Ceritanya bermula apabila abang saya (saya bahasakan dia ‘B’ je lah ya) mulai terlibat dengan aktiviti kurang sihat seperti pil kuda dan sebagainya sejak tamat alam persekolahannya. Umur B sekarang dalam 20-an.
Saya tak tahu macam mana B boleh terjebak dengan benda ni. Yang saya pasti saya dah tak tahan nak hidup dengan B ni. Saya kesiankan ibu saya.
Hari-hari B akan mintak duit dengan ibu, kadang tu duit ibu ni dah macam duit B yang ibu tolong simpankan. Tu tak termasuk bila B buat helah tayar motor pecah la, berlubang la, kena tukar tiub dan sebagainya.
Bila B dah buat helah macam tu, memang gelap dunia kami sekeluarga sebabnya B akan mintak duit dalam amount yang banyak. Ibu saya ni dah tak bekerja dan merupakan ibu tunggal.
Kalau kami adik beradik ni tegur, mula lah naik tangan dan kaki. Kami ni majoritinya perempuan dan 2 orang lelaki. Abang sulong saya sampai tak boleh nak cari kerja pun sebab tak boleh nak tinggal rumah, bimbang si B ni kalau-kalau buat onar pada kami jika pergi bekerja.
Kalau ikutkan hati abang sulong, nak aje dia patah-patahkan si B ni tapi ibu selalu larang. Takut jadi apa-apa. Jadi abang sulong hanya mampu tahan je kemarahan dia. Kalau tak kerana si B ni abang sulong boleh pergi kerja mana-mana je. Tapi tu lah, boleh berserah je dekat Tuhan sekarang ni.
B ni dah banyak kali masuk lokap sebab positif benda najis tu. Tapi lepas jugak sebab si B ni kononnya ambik yang tak bahaya punya. Tak paham lah, pegang aje lah si B ni sampai tua duk dalam tu! Dah berapa kali keluar masuk lokap.
Bukan sebab benda tu aje, si B ni curi barang orang jugak. Curi fon aku, duit, tab adik, duit raya adik macam-macam lagi lah! Tapi kitorang kena diamkan je tak boleh lawan.
Eii kadang tu tiap hari rasa nak maki je. Dengan gaya hidupnya pengotor nauzubillah! Solat tak yah cerita la, korang da boleh agak kan?
Nauzubillah. Aku bukan nak doa buruk-buruk tapi kalau korang paham apa yang kami lalui ni, alhamdulillah. Kalau tak paham, takpe lah paham-pahamkan aje la.
Aku sekarang tengah cuti sem, aku belajar jauh dari rumah but still in Malaysia. Tiap kali masuk belajar aku mesti susah hati pikirkan ibu kat rumah. Dia ada darah tinggi, aku tak nak sebab si B ni dia sakit teruk lagi.
Kalau masuk belajar nanti ibu duduk dengan kakak dengan abang je. Adik2 belajar. Kakak aku boleh buat apa je. Dia perempuan. Kudrat lelaki dengan perempuan mana boleh tanding.
Kenapa lah Allah ciptakan perempuan lagi lemah daripada lelaki. Dapat lelaki macam ni tak bertanggungjawab, suka hati naik tangan dan kaki. Apa la nasib kami akan datang.
Setiap kali dia ada kat rumah memang kami adik beradik tak keluar bilik la. Masing-masing menyepi je. Mana taknya, tengok muka pun dah naik benci apetah lagi nak dengar suara dia. Memang terbakar telinga, benci sangat!
Aku nak mintak tolong korang, macam mana nak bagi B masuk pusat pemulihan akhlak. Tapi tu la masuk kat pusat tu bimbang jugak, bimbang dianiaya orang jahat yang lagi jahat daripada B kot. Si B ni dengan adik beradik aje tunjuk lagak samseng, dengan orang luar macam kucing!
And boleh tak korang suggestkan tempat pemulihan akhlak yang korang tahu macam mana sistem tempatnya? Aku rasa macam nak buat rancangan supaya si B ni kena tangkap terus kena sumbat ke pusat tu. Duk lokap kejap sangat da lepas tak puas hati la.
Aku still nak keluarga aku masuk syurga, bertolak ansur satu sama lain, bersabar dengan kerenah masing2 dan boleh terima teguran orang lain.
Ok lah korang sampai sini je kot. Lega sikit lepas dah luah apa yang terbuku dalam hati ni. Duk cite-cite ni buat aku teringat kat arwah abah pulak. Hm.
Sekian, may Allah ease us all. Aamiin.
– Null
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit