Hai semua.. Aku dah lama nak share pengalaman yang 2 minggu paling menyedihkan bagi aku juga 2 minggu paling seronok dalam hidup aku.
Pada awal tahun ni aku baru dapat tahu yang suami aku (kini ex) is taking drugs. Macam mana aku tahu? Instincts and Google. Kenapa aku cakap mcm ni sebab sebenarnya penagih ni bukan exactly macam yang kita belajar di sekolah or tengok dalam iklan tu. Most of them boleh berfungsi dengan baik dan kita jarang dapat trace penggunaannya pun macam jarum or serbuk. Macam aku, aku hanya kenal pasti melalui simptom dan tingkah laku sahaja.
Kisahnya bermula dari tahun lepas dimana nampak berat badan dia turun mendadak, kuat tidur, badan gatal2. Nak cerita pasal kuatnya tidur, pernah raya haji tahun lepas kami balik ke rumah mentua selama 5 hari dan dia tidur selama 4 hari berturut tanpa bangun. Sedihnya bukan kepalang sampai aku call mak aku sampai nangis2 kata aku tak sanggup dah nak hidup macam ni. Adik beradik or even parents dia tak boleh nak cakap apa dah.. Balik ke rumah kami, puas dia menangis untuk pujuk aku semula. Selepas 2-3 minggu, dia bawa balik ubat batuk satu kotak. Bila ditanya, dia jawab yang itu kawan dia yg ambil.. Tumpang letak di rumah sebab takut hilang diambil kawan yang sama jenis. So aku mengamuk suruh pulangkan balik sedangkan aku tahu, kalau bukan pengguna takkan sengaja bawa balik ke rumah.
Selepas peristiwa demi peristiwa berlaku, perkahwinan kami pun affected by that. Not knowing what to do, i reach for a sister yang quite rapat dgn dia untuk minta tolong pujukkan dia untuk pergi kaunseling keluarga. Pada tahap ini, mesti korang pelik kenapa aku still tak minta cerai lagi kan? Actually, kami ada seorang anak yang masih kecil dan I never expect drug is the culprit behind all that.
Pada akak itu aku ceritakan masalah kami. Masa tulah that sister keluarkan macam2 cerita. Dari wang hantaran kami dari duit menang nombor sebanyak rm40k sampailah perkara2 yang dibuat di tempat kerja. dia juga syak yang suami mungkin ada ambil barang. Syabu or ice. Rasa macam batu hempap di kepala. So aku terus Google apa itu syabu or ice, how to use it, all the symptoms.. Aku tengok YouTube macam mana nak hisap, macam mana nak buat alat dia sampailah “is it ok to leave my addicted husband”.
After a few days, in-laws aku pun datang ke rumah kononnya nak menyelesaikan masalah. Malam mereka sampai, abang ipar aku jumpa batang straw yang dipotong pendek dan ada kesan terbakar. Ada bekas lilin dan lighter di dalam bilik air belakang yang memang suami aku je yang guna. Aku tak perasan langsung sebab aku guna toilet dalam master bedroom. Masa tu terus teringat patut pun dia akan duduk dalam toilet lama, bila keluar memang ada bau. Aku ingatkan sebab dia hisap rokok dalam toilet. Lepas keluar toilet, dia akan jadi rajin mengemas satu rumah. Siapa yang tak suka suami ringan tulang kan..
Aku ceritakan pada ibu mertua tentang wang hantaran tu dan dia boleh jawab, “itu ma tahu”. Time tu aku rasa betrayed sangat2! All this while dia tahu tapi tak buat apa2..sampai jadi macam ni aku yang kena tanggung. Tapi aku pendam dulu untuk selesaikan masalah.
So aku bincang dgn mak mertua, aku nak bawa anak dia ke pusat pemulihan. Mulanya dia nak pujuk je tapi aku yakinkan dia yang kami perlukan professional help. At the end dia pun setuju. So, aku call AADK dan cakap, “saya syak suami saya ada ambil syabu. Saya ada search yg kalau syabu, simptomnya sekian sekian.. Betul ke tuan? “. Pegawai tu pun jawab, “ikut apa yg puan ceritakan, macam betul dia ambil dadah jenis opiat”. Then pegawai itu terangkan apa perlu buat etc.
Puas kami pujuk untuk cuba buat test air kencing voluntarily tapi dia kata dia tak ambil dan dia tak sakit kenapa nak buat test pulak. Yg paling best bila aku encounter dia depan2, dia boleh bagitahu aku, “saya tak ambil barang, saya minum air ketum je”. Aku jawab balik, pegawai AADK cakap yang air ketum ni bukan macam org dulu2 buat. Mereka rebus tanpa urat daun,so mmg jadi ubat. Tapi kalau direbus dengan urat,kesannya mmg makan dalam.
So aku pun ke AADK untuk buat report dan AADK kata akan datang around tahun baru cina. Bayangkan cuti CNY 4 hari, aku duduk dgn penuh debaran. Masa tu in-laws aku balik dan family aku pulak datang.
Berbalik pulak pada awal cerita tadi, tempoh masa aku minta tolong dgn akak tu sehingga AADK dtg ambil suami aku ialah 2 minggu. Sejak dapat tahu yang dia ambil dadah, aku tak berani nak dekat dan tidur sekatil dgn dia. Aku tidur dgn family aku sahaja. Ada beberapa hari yang dia datang dan ajak ‘tidur’ sekali aku tolak. Sampailah pada pagi hari Jumaat tu dia nak balas perbuatan aku, dia masukkan baju anak aku dalam beg dan bawa anak aku keluar naik kereta. Aku dan family tak sempat nak buat apa-apa. Aku jadi tak senang duduk,aku terus solat zuhur sambil menangis2 dalam solat. Aku sujud sampai menggigil minta Allah selamatkan anak aku. Selesai bagi salam je, dengar bunyi kereta. Ya Allah, Dia je yang tahu betapa leganya hati aku. Bila ditanya, memang suami aku ada niat nak larikan anak aku time tu sebab aku tolak ajakan dia. Nasib road tax mati, kalau tak dia dah sampai kampung dia dah.
Dipendekkan cerita, org AADK datang ambil suami aku semasa dia tengah tidur. Pilu hati tengok suami sendiri digari di depan mata. Tapi aku buat decison ini sebab aku nak elakkan anak aku nampak ayah dia dalam keadaan teruk. Aku juga harap yang dia betul2 dapat berubah dan dapat tunjukkan sisi terbaik kepada anak aku. Aku juga percaya yang redha dengan dugaan bukan bermaksud aku tak perlu buat apa2 untuk menyelamatkan diri. Aku juga berpegang pada kata2, “if you wanna make other people happy, you must be happy 1st” which is kalau aku nak anak aku bahagia, ibunya perlu bahagia terlebih dahulu.
Pada masa itu mungkin aku sedang diuji dengan dugaan yg paling hebat dalam hidup, tapi pengalaman Allah makbulkan setiap doa dan permintaan aku adalah paling best. Terasa Allah tu sangat dekat dengan aku. Setiap malam aku bangun buat solat sunat,meremang rasa di urat tengkuk bila kau menyerah diri secara total pada-Nya. Even dalam masalah besar, aku diberi ketenangan yang tak pernah aku rasa. Seriously, kadang2 nak balik semula pada moment itu sebab seronok sangat perasaan dekatnya dengan Dia.
Kita selalu dengar org cerita pengalaman Haji or umrah, mereka teringin sangat nak balik ke sana sebab perasaan rindu. Honestly, u can get the same feeling anywhere on earth sebab Allah tu dekat sangat.Jadi untuk sesiapa yg ada masalah, pergi ambil wudhuk,bentang sejadah dan hadaplah Dia. Menangislah semahunya pada Dia sebab Dia lah yang beri masalah, Dia juga akan beri jalan. Kita tiada upaya, hanya Dia semata-mata.
لاَحوْلَ وَلاَ قُوَّة اِلاَّبِاللّهِ
– Eka
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit