Salam, nama aku Atin. Dari tajuk pon rasanya korang dah boleh agak apa yang akan aku ceritakan. Ye memang aku nak cerita pasal rumah pertama aku. Tapi terlebih dahulu biarlah aku cerita serba sedikit pasal latar belakang diri aku.
Aku ni agak pandai lah jugak. Dari sekolah rendah memang sentiasa top10 sampailah ke universiti pon aku tetap top10. Aku dapat biasiswa dan hidup aku berjalan lancar. Aku dah bayangkan kehidupan aku akan smooth sentiasa. Tamat belajar mesti dah ada kerja menanti, yelah budak bijakkan. Aku rancang nak kerja gomen, yelah kerja gomen kan senang dan boleh dapat rumah free walaupun bukan hak milik sendiri sebenarnya. Tapi realiti tidak seperti yang aku bayangkan. Lari jauh dari apa yang aku bayangkan.
Bukan kerja menanti aku tapi aku cari pon tak jumpa. Pergi interview SPA selalu tapi satu pon tak lekat. Kesudahnya sampai 2tahun aku menganggur. Mak aku ada je tolong mintakkan kerja kat kedai runcit sebelah rumah aku. Gaji RM600 tak payah fikir pasal transport, sewa rumah dan makan. Kerja pon takat timbang bawang je. Tapi akulah yang ego dan memilih. Yelah takkan belajar tinggi-tinggi nak kerja timbang bawang je. Malu lah kalau schoolmates nampak. Punyalah tak sedar diri, ye aku mengaku tu.
Dah lama menganggur tu buat aku sedar diri sikitlah. Aku turunkan standard aku. Aku tekad kerja kerani pon kira oklah asalkan bukan kerja kat kampung dan orang-orang yang aku kenal takkan nampak aku. Aku budget akan senang nak dapat kerja tapi susah jugak. Diorang akan bagi alasan kelulusan tinggi sangat kami tak berani nak ambil berkerja. What the.. Akhirnya aku apply dekat company aku sekarang ni. Company nya kecik je. Owner dia Chinese. Time interview punya berhabuk aku speaking dengan dia. Dia tanya aku sanggup ke kerja tapi gaji kecik. Aku cakap ok je, time tu jugak dia suruh start kerja. Alhamdulillah akhirnya dapat jugak kerja! Dah 2tahun setengah aku kerja kat sini. Gaji tak banyak, dalam RM1700 gaji bersih sebulan. Aku tahu ada insan yang gaji lagi rendah dari tu. So aku terima seadanya.
Mula aku menyewa bilik kat KL ni semuanya agak ok. Sewanya agak murah dan dekat dengan tempat kerja. Tapi tak lama lepas tu masuk 4orang penyewa dari neraka. Dia punya pengotor dan pemalas semuanya sama je macam yang selalu orang confess kat sini. Aku pon start serabut kepala otak. Nak cari rumah lain semuanya agak mahal dan kalau murah pon jauh dari opis. Aku takde transport sendiri. Dari situ lah aku setkan matlamat nak beli rumah sendiri. Mula memang rasa macam mustahil dengan gaji aku yang tak besar ni.
Aku mula bezakan apa itu kehendak dan keperluan. Aku mula belajar apa itu kewajipan. Aku mula hidup ikut kemampuan. Setiap bulan aku mesti akan menyimpan sekurang-kurangnya RM700 dan takkan sentuh langsung duit tu. Aku tak lupa kewajipan aku memberi sedikit dekat mak bapak aku dan bersedekah juga. Alhamdulillah setakat ni aku tak pernah tak cukup duit. Aku berjaya simpan RM20k dalam masa 2tahun. Beberapa bulan lepas aku telah berjaya membeli rumah pertama aku RM100k. Aku beli subsale, yelah ikot kemampuan.. Kalau ikot kehendak memanglah nak yang baru dan besar molek. Walau kecik pon janji rumah sendiri kan.
Rumah ni ada 3bilik, aku duduk satu bilik dan aku sewakan yang selebihnya. Duit sewa tu aku buat bayar loan rumah, kiranya aku duduk free jelah sekarang ni. Bijak tak? Nasib baik kepala otak aku yang bijak ni berguna jugak akhirnya. Apa yang aku belajar dari kehidupan aku ni ialah berusaha tu lebih baik dari mengharap. Bulan takkan jatuh ke riba. Dan hidup ni takkan sentiasa berjalan seperti yang kita harapkan. Rendahkan lah sikit ego tu. Tak payah nak memilih sangat. Kalau kau rasa kau bijak, ingatlah bahawa ada beribu-ribu lagi yang lebih bijak dari kau. Street smart better than book smart.
– Atin
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit