Guru UPSR

Assalamualaikum warga pengakuan IIUM sekalian. Ini kisah aku, seorang guru muda UPSR :) sebenarnya ini hanyalah perkongsian jadi kalau admin siarkan anggap ajelah korang tengah baca satu sisi hidup seseorang ye. Sorry bahasa rojak campur haha malas nak skema sangat, tengah stress ni. Peace hehe

Aku seorang guru di pedalaman. Pedalaman yang agak dalam which is mandi air tadahan hujan, elektrik 24 jam guna generator. Aku malas nak sebut cabaran mengajar di pedalaman. Cukuplah aku cerita di wall FB aku je haha

Dah dua tahun aku pegang kelas UPSR. Aku ni kategori masih novis lagi la sebab memang banyak lagi aku kena belajar dan tuntut ilmu daripada guru yang lebih senior. Sebenarnya satu amanah besar untuk pegang kelas UPSR ni sebabnya kat sekolah besar biasanya guru muda tak diberi tanggungjawab ni. Disebabkan aku mengajar di sekolah kecil jadinya sumber tenaga kurang dan major aku pula kena sangat dengan subjek UPSR maka diserap masuklah aku sebagai guru UPSR.

Kenapa aku nak confess kat sini? Bagilah can sikit hehe Aku sebenarnya tengah stress sekarang. Untuk pengetahuan yang tak tahu, UPSR tinggal lebih kurang 34 hari lagi. Tapi hari-hari yang tinggal ni tak tolak cuti hujung minggu dan cuti sekolah hujung Ogos nanti. Aku sekarang dah sampai tahap stress yang muntah-muntah dah huhu

Meski sekolah kecil yang pastinya calon UPSR tak ramai tapi calon yang sedikit inilah bakal membawa share GPS agak besar bagi seorang murid. Which is kalau dua murid gagal dah drag GPS jatuh dalam kuantiti yang agak banyak.

Aku ni mengajar murid-murid yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua mereka maka bersedialah menerima ujian binaan ayat-ayat mereka yang tunggang-langgang. Alahaiiii anak muridku. Tunggang-langgang pun masih jugak cikgu sayang semua. Terutama bila part mereka panggil “Chiguuuuuuu” haaa panjang haarakat dia haha

Ujian percubaan lepas hanya 30% calon yang lulus untuk subjek aku. Jujurnya aku kecewa sangat. Ada jugak terlintas yang aku rasa aku ni guru yang tak sesuai, tak bagus dan sampai tahap aku fikir mungkin Allah bagi ujian ni atas dosa-dosa aku. Haaaa.sampai tahap camtu huhu waktu nak umum keputusan depan mereka, hajat hatinya nak membebel tapi bertukar kepada aku menangis depan anak murid sendiri! Betapa kecewanya hati seorang guru bila segala benda yang dah diajar mereka pandang ringan, ambil mudah dan cincai sahaja hasil asalkan siap. Benda dah diulang, diingatkan banyak kali tapi mereka masih buat kesalahan yang sama. Petang, malam kelas tambahan dibuat tapi impaknya masih belum kelihatan. Mungkin bukan rezeki lagi wallahualam kelas-kelas tambahan ni dibuat secara percuma dan atas inisiatif pihak sekolah. Kami redah pekat malam berbekalkan lampu suluh melalui kawasan tepi sawah yang gelap gelita sebab nak tengok anak-anak murid ni berjaya, lulus. Untuk murid yang lemah aku tak harapkan mereka dapat A pun, asalkan lulus. Ya, UPSR bukanlah point utama kejayaan hidup. Ada yang gagal UPSR tapi rezeki Allah bagi bila dah dewasa boleh berjaya. Aku tak sangkal pun bab tu tapi untuk aku, tiada pelajaran maka benda-benda lain boleh drag sama. Contohnya akhlak. Sejenis aku ni adalah aku nak anak murid aku berilmu supaya bekal ilmu tu boleh digunakan untuk mereka tepis anasir-anasir tak elok yang giat berleluasa sekarang. Itu antara saham aku nak di akhirat kelak. Moga ilmu tu anak didik aku boleh turunkan kepada orang lain pulak. Kinda like beza beauty with brain and beauty without brain gituhh hehe

Aku ni jenis tak reti nak marah sangat. Boleh cakap jenis guru yang lembut lah tapi ada masa suara aku boleh tinggi tau. Dahnya hari-hari menjerit dalam kelas acanoo volume tak makin kuat haha maki-maki atau herdik bukan sikap aku. Menangis tu pun sebab aku nak marah sangat sampai darah dah rasa naik kat kepala, bibir diketap dan tangan terketar-ketar. Cara aku nak lepas rasa marah dengan menangis.

Syukur pentadbir aku jenis baik orangnya dan dia tak hentam atau tembak aku. Jenis ayah-ayah gituu. Cuma beliau pesan untuk aku cuba usahakan jugak apa-apa dalam waktu yang masih berbaki ni dan jangan terlalu stress. Jangan paksa diri sangat.

Stress yang aku alami sekarang ialah muntah-muntah, mata penat, daging dalam badan ni rasa macam nak luruh. Waktu kat kelas tadi kalau ikutkan hati rasa nak baring je atas lantai tu. Badan rasa penat sangat tapi tak boleh nak lelapkan mata. Nafas aku pendek dan dada rasa sesak. Aku harap benda ni tak lama sebab aku masih nak fokus sampai titisan akhir waktu. Acewahhh macam waktu ni sejenis air pulak haha

Dan please, kat sini aku tak nak buat perbandingan “kerjaya gurulah paling mulia”, “tengoklah kami kerja sebagai cikgu ni lagi penat”

NO, NO and NO

Ini sekadar perkongsian. Bagi aku semua kerja ada penatnya. Semua kerja ada mulianya. Kita sama-sama tengah cari rezeki untuk sesuap nasi maka penat dan letih adalah bayang bagi orang yang berusaha. Sepatutnya kita meraikan kerjaya sesama kita kerana perbezaan itulah yang melengkapkan. Aku doakan moga segala penat jerih kita mencari rezeki ni diberkati Allah swt inshaAllah

Suka untuk aku baca pengalaman kalian dalam kerjaya kalian. Kalau sudi kongsikanlah di ruangan komen perit jerih dalam kerjaya kalian. Aku tahu ada masa mungkin kalian pun pernah merasa apa yang aku rasa sekarang bahkan mungkin lagi worse. Tak kisah apa sahaja kerjaya kalian malah bagi aku suri rumah juga satu kerjaya hebat! Yelah, pendidikan awal bermula dari rumah kan ibu-ibu, mommies dan mak-mak sekalian? hehe

Itu sahaja cerita daripada aku
Doakan moga anak didik aku dapat lulus 100% dalam semua 6 kertas UPSR tahun ini

JZKK sudi baca sampai habis!
salam pendidikan daripada saya (penutup kena sopan sikit hehe) :)

– Novis

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit