Alkisah makcik bawang.
Sebelum korang salah faham, ini bukan makcik bawang yang page kisah rukun tetangga ya. Ini kisah makcik yang ketiaknya bau bawang.
Masyarakat kita kebanyakannya memang banyak menggunakan bawang dalam masakan. Lagi banyak bawang lagi sodap den kobar kek kau. Tapi bila bau bawang terbawak-bawak sampai ke ketiak, itu adalah sangat memalukan dan menjadikan diri kita kurang selesa kan?
Di sini makcik nak ajar anak2 Malaysia supaya lebih concern tentang pengurusan bau badan. Perasan tak bila cerita dalam train, orang selalu mengumpat cakap bau ketiaknya umakkkk ai. Bila angkat tangan nak pegang tali tergantung dalam train, waktu tulah bau mula merebak. Last2 anda sanggup terhuyung hayang dalam train kerana malu dengan bau busuk ketiak anda.
Makcik tak kata ketiak makcik wangi,tapi cukup sekadar bau ketiak anda tak mengganggu aroma oksigen semulajadi. Bau badan makcik dulu pun satu masalah untuk makcik. Tahu tak siapa bagi kesedaran pada makcik? Abah makcik sendiri. Dulu makcik baru hit puberty, abah makcik jemput balik dari sekolah naik kereta. Masuk kereta, abah tanya “Angah dapat bau tak bau badan angah?” ” Bau badan ni kena jaga angah, kena jaga kebersihan. Bila badan wangi tak berbau baru rasa yakin dan orang pun senang”
Nilah kata2 abah makcik. Makcik sampai sekarang berterima kasih dan bersyukur dapat abah yang sangat menjaga penampilan anak2nya dan menitik beratkan pasal kebersihan. Kebersihan bukan maknanya ketiak kau berkerak baru berbau. Ketiak putih bersih pun boleh berbau ye. So kena belajar cara atasinya.
Waktu tu memang makcik tak hidu bau badan sendiri sebab bau busuk badan tu dah sebati dalam diri. Konsepnya, kau letak pewangi ambipure dalam kereta kau, masa mula2 letak tu bau wangi, 1 minggu seterusnya kau bau biasa je, tapi bila ada kawan kau tumpang kereta, dia akan terbau bau wangi ambipure tu sebab bau tu dah sebati dengan hidung kau tapi masih baru pada hiding kawan kau. Jelas?
Sebelum makcik cerita cara hilangkan bau badan, kita cerita keburukannya dulu.
KEBURUKAN BAU BADAN YANG KUAT:
1. Bau anda mengganggu orang sekeliling dan percayalah tak ramai yang akan tegur anda secra ikhlas untuk hilangkan bau badan sebab takut anda tersentap. Bab personal hygine ni memang orang mudah terasa hati bila ditegur walaupun dia selalu update status yang dia ni cool dan tak kuat sentap. Dan kebanyakan orang yang bau akan prefer cakap belakang tentang bau badan kau yang kuat tu.
2. Konfiden anda akan drop menyembah bumi setiap kali bau mula keluar.
3. Jangan terkezut ada masalah rumah tangga berpunca dari bau badan yang tak dapat diuruskan.
4. Masalah dalam hubungan suami isteri sama ada suami atau isteri tak selesa dengan bau anda maka akan berlaku masalah penolakan.
Sekarang tiba masa dinanti-natikan cara hilangkan bau badan. Ni cerita makcik, so makcik just bagi point apa yang makcik buat lepas abah tegur. Jujurnya makcik malu bila abah tegur macam tu, tapi kalau malu saja tak jadi apa, kau kene lah ambil inisiatif ubah untuk lebih baik. Cammon, positif sikit ya.
1. Google lah cara hilangkan bau badan. Masa tu zaman internet jaring. Punyalah slow internet tapi makcik cari jugak sebab makcik semangat nak wangi ni. . Makcik start dengan detox, makan buah dengan harapan toksin dalam badan keluar. Masa ni makcik minum air detox tea ibu makcik senyap2 kat dapur. Sekarang xde dah nak senyap2 ambik. Beli sendiri je.
2. Abah makcik ajar , sabun ketiak guna belakang tapak tangan bukannya tapak tangan. Atau duduk cangkung dan gunakan kepala lutut untuk sabun ketiak. Ni antara petua orang dulu2 ya.
3. Mandi dan sental ketiak dengan limau kasturi. Bukan limau nipis bukan limau purut. Limau kasturi tu yang kecil tu dan bau wangi ye. Perempuan boleh amalkan mandi limau kasuri ni setiap kali selepas datang bulan. Perempuan ni bila datang bulan, wangi macamna pun kadang2 terkeluar jugak bau busuk tu kan.
4. Tawas. Sabun tawas, serbuk tawas. Sila google dan cari. Atau cari mineral stone di watson. Jenama SMELLY-NO-MORE. Tawas ni sangat2 bagus ya untuk hilangkan bau badan.
Paling best, tawas tu gabung dengan air mawar beli kat mydin dam RM5 je. Kau sental segala pelipat yang ada dari tengkuk smpai ke celah jari2 kaki. Bau kaki pun boleh hilang untuk yang selalu ada masalah STOKIN BUSUK ATAU KASUT BUSUK. Zaman 10001 produk ni ada yang jual spray tawas segera tu. Bolehlah beli tu jugak ye. Botol warna biru..
5. Mandi bunga. Dulu zaman Universiti makcik suka mandi air mawar. Semerbak bau dalam tandas. Tu bukan bau pontianak tapi bau makcik yang tengah mewangi. Bau2 bunga ni akan stimulate otak kau supaya jadi lebih tenang waktu belajar. Sampai sekarang zaman bekerja dan beranak pinak pun, bau2 nilah yang akan menenangkan fikiran. Boleh juga pergi SPA KECANTIKAN beli pati bauan bunga ni. Sangat membantu. Mandi bunga wangi2 ni 1x sebulan pun dah cukup.
6. SCRUB KETIAK. Selain mengelakkan ketiak berkerak, srcub zon ketiak juga membantu mengurangkan masalah bau badan dan ketiak anda akan jadi lebih putih seperti iklan deodrant dalam TV. Scrub apa? Semua jenis boleh asalkan tak melukakan ketiak kau.
7. Pemilihan deodrant yang tepat. Tapi makcik tak pakai pun ubat ketiak ni. Cukup kau spray air tawas kat ketiak dan kau akan kekal tak busuk sepanjang hari.
BIG NO untuk yang ada masalh bau badan kuat ni, pergi spray segala minyak wangi pada area ketiak untuk cover bau anda. Trust me, the smell will be worst sebab deodrant atau minyak wangi tadi akan jadi jauh lebih masam bila bergabung dengan bau badan kau.
8. Bagi ada masalah kaki berpeluh dan busuk. Boleh rendam kaki dalam air garam + bau bunga2. Dan masa mand tu sapu lah tawas kat kaki jugak.
9. Bawang. Makan makanan kurang bawang. Hahahaha. Tak boleh kan? Konfem2 kau makan letak bawang. Maggi segera pun sanggup tumis letak bawang sebab nak sedap. Kalau tak boleh, kau makan macam biasa tapi kerapkan mandi limau kasturi dan spray tawas kat ketiak.
Akhir kata,kesedaran bau badan ni penting dan harap2 yang ada masalah bau badan terbaca post ni sebabnya percayalah tak ramai orang sekeliling anda sanggup tegur pasal bau badan anda kerana takut anda terasa hati.
Makcik post ni sebab makcik dulu alami masalah yang sama dan makcik cuba overcome masalah ni seawal usia remaja. Tapi bila ada yang dah dewasa ada masalah bau badan kritikal ni makcik jadi kesian sebab mcamana dengan orang sekeliling dia? Kalau bekerja dalam aircond, sudah semestinya bau tu akan jadi lebih pekat dan terperap dan mengganggu orang lain.
Harap dengan post ni masalah bau badan anda dapat diatasi dan konfiden kau kembali ada. Angkat tangan heii angkat tangan..
– MACIK BAWANG
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit