Hello there! Sebelum tu, nak ucapkan terima kasih pada pihak Admin sebab sudi siarkan cerita ini. Nama diberi panggil AA je.
Cerita aku insyaAllah pendek sahaja, tetapi moga dapat buka fikiran masyarakat, Especially pada pihak perawat.
Sebelum tu, aku nak ucapkan tahniah and terima kasih pada korang yang berani cerita tentang mental illness, meskipun begitu banyak lagi stigma dalam masyarakat kita. Jujurnya, ramai orang dekat dengan aku cakap mereka lebih terbuka dan memahami keadaan orang yang ada mental illness. Tetapi cerita aku kali ini, bukanlah nak cerita tentang mental illness, tetapi salah satu golongan dalam mental illness. Aku nak cakap pasal ‘malingering’
Sebelum itu, apa itu ‘malingering’? Ok senang nak cerita malingering ni macam faking dalam psikiatri, berpura2 ada penyakit lebih khusus penyakit mental, sama ada ada niat sebalik batu atau sekadar seronok2 sahaja.
Ok, sebelum start cerita aku, biar aku jelaskan serba sedikit tentang aku. Aku adalah pelajar pergigian di luar negara. Dan sejak 4 tahun lepas, aku di diagnosed dengan high functioning depression, lambat laun jadi bipolar type 2 dan juga borderline personality disorder. Sebab apa? Haa ni aku nak cerita.
Aku pada asalnya mula rawatan aku dengan Doctor psychiatrist sejak 2 tahun lepas, dan asalnya makin baik. Tapi lambat laun lepas tu, aku mula fikir yang Doctor mesti tak percaya cerita aku sebenarnya. Dia layan aku sebab dia ingat aku nak attention. Mula aku tawar hati nak pergi jumpa Doctor dah ( baca : Doctor sebenarnya baik dan tak layan macam tu, bahkan dia rawat aku dengan baik ). Tapi lepas tu, aku pun dapat rasa dan sangkakan semua kawan kuliah aku fikirkan yang aku pura-pura buat penyakit ni semata2 tak nak ke kelas. Dan aku terasa sangat dengan ‘sangkaan’ aku ni, buat aku trauma nak ke kelas. Lambat laun keadaan makin teruk sampai aku tak ke kelas dan tak ke exam langsung. Semua sebab aku takut orang sekeliling aku fikir aku berpura2, a.k.a malingering ni.
Kawan aku yang sedar ni, paksa aku ke kelas, kalau tak kena tendang. Tapi aku tak boleh, sebab aku takut. Dan akhirnya kawan aku paksa aku jumpa doktor balik. Tapi aku takut. Dan aku lari. Atas alasan, aku takut doktor fikir aku malingering. Sampaikan teruknya keadaan aku ni, bila aku dah sampai klinik doktor, aku breakdown and nangis. Bila pembantu doktor datang tengok kan aku, aku lari, sebab dalam fikiran aku aku fikir mesti mereka benci aku and just layan aku sebab ingat aku nak perhatian gitu.
Tapi nak tahu satu benda tak?
Aku tak pura2 tentang keadaan aku. Sakit aku. Langsung tak. Tapi ‘fikiran’ dan ‘otak’ aku yang buat aku fikir mereka semua fikir gitu.
At the end, nak jadikan cerita aku pengsan sebab panik sebab fikirkan benda ni, sedar2 aku dah dekat klinik doktor tu Hahaha ( kurang asam punya kawan, tapi kalau bukan sebab mereka memang aku takkan pergi ) masa tulah aku breakdown depan doktor 5 jam baru cerita dan minta maaf habis2an sebab aku tak datang. Semua sebab aku takut doktor fikir aku malingering. Doktor layan je aku, and akhirnya jelaskan satu persatu.
Sebenarnya, semua ini pun memang tanda-tanda borderline personality disorder aku. ‘fikiran’ dan ‘otak’ aku buat aku percaya ( atau kata doktor, realization ) bahawa orang fikir aku malingering. Dan ia tanda yang sangat serious. Bayangkan, sebab ni sahaja punca ramai orang menyendiri dan akhirnya bunuh diri. Bahaya kan? Dari sini boleh tahu yang mental aku dah tak sihat, dan perlukan rawatan serius dan tetap, dan ini juga bermaksud sokongan dari rakan sekeliling, sebab ini akan sentiasa ada, dan ini bermakna aku akan sentiasa larikan diri nanti Hahaha.
Tapi sebenarnya, inilah hakikat diri aku. Dua tahun aku lari dari rawatan sebab malingering ni sahaja.
Jadi aku nak beri pesanan pada korang ;
1. Kalau korang tahu ada kawan atau orang sekeliling ada sakit macam ni, dan nak ngelat jumpa doktor. Jangan judge dan marah mereka sebab tak jumpa doktor. Ramai sebenarnya tak jumpa doktor sebab sama macam aku. Jadi korang pujuklah, jadi rakan supporter. Kalau susah sangat, tunggu dia tidur bawa dia jumpa doktor.
2. Untuk doktor2 kat luar tu, Especially bukan bidang psikiatri, janganlah mudah2 nak label atau judge orang malingering itu hanya kerana apa yang dia cakap tu macam tak betul atau senang kata nak attention. Aku dah banyak kali jumpa doktor kat Malaysia memperlecehkan pesakit malingering ni, sedangkan mereka tak tahu Kadang2 malingering ni sebab penyakit lain. Bak kata doktor psikiatrik aku, jangan sesekali mudah nak labelkan seseorang itu malingering sehingga engkau exclude segala penyakit Even yang jarang2. Jujurnya sebab doktor2 macam ni jugalah aku takut nak jumpa doktor. Takut kena label malingering Pastu kena hina teruk bagai.
3. Lastlu, percayalah kami yang ada penyakit mental ni bukan minta sebegini rupa. Kebanyakan penyakit ni pun tak tahu puncanya lagi, Katanya idiopathic. Kami cuba nak kuat, nak lawan. Percayalah. Sakit tau bila bangun tu tak nak fikir nak mati.
Moga kisah aku ni mampu buat semua orang kuat.
AA
– AA
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit