Menantu Mak Abah

Assalamualaikum. Terima kasih admin kerana sudi menyiarkan confession saya. Saya anak sulung dari 8 beradik. 7 perempuan dan 1 lelaki. 4 anak perempuan mak abah dah kahwin termasuk saya. Alhamdulillah, mak abah dah dikurniakan cucu.

Yang saya nak cerita tentang menantu mak abah. Sebagai pengajaran buat lelaki yang nak memikul tanggungjawab sebagai suami. Saya tak nafikan, tempat seorang isteri selepas berkahwin adalah di sisi suami tapi ini tak bermakna suami berhak memutuskan hubungan dengan keluarga isteri.

Adik saya baru melahirkan. Dan berita kelahiran anak buah sulung saya ini, langsung tidak diketahui oleh keluarga kami. Saya yang tinggal dalam negeri yang sama ni pun tak dimaklumkan. Kalau kata tidak sempat kerana mengurusi adik saya di dewan bedah, boleh saja buat panggilan ringkas kepada mak abah saya di kampung. Tapi masih sempat post di fb dan reply semua ucapan tahniah di komen. Bila adik2 saya yang lain komen, tak pulak reply. Sudahnya mak abah kat kampung yang tak senang duduk tak tau khabar anak di dewan bedah.

Akhirnya, selepas isya’ baru mak dapat menghubungi ipar saya. Itu pun bukan dia atau adik yang jawab tapi besan mak. Rupanya adik sudah melahirkan. Atas faktor masalah bahasa, mak tak dapat bertanya lanjut mengenai adik saya. Langsung mak abah saya bersiap untuk datang melawat adik. Kami sekeluarga dah lelap sewaktu adik saya yang duduk dengan mak abah call beritahu mereka sedang bersiap hendak datang dan akan menginap di rumah saya. Pukul 2 pagi, mereka sampai.

Awal pagi, abah dah bersemangat nak jumpa cucu barunya tapi atas faktor waktu melawat, abah tunggu. Tu pun, kami gerak awal dari rumah saya. Betapa terujanya abah. Sesampai di wad bersalin dan berjumpa adik, tak lama selepas itu barulah adik ipar saya naik. Bayi di nicu kerana masalah kekurangan oksigen sewaktu dilahirkan.

Sewaktu saya melahirkan ketiga-tiga anak saya, saya dan suami sepakat bergilir 22 hari di sebelah suami dan 22 hari di sebelah saya. Cuma saya dahulukan sebelah suami.

Setelah berbual2 dengan adik, abah ada bertanya “tak mahu balik rumah mak abah apabila dah pulih nanti?” Tau apa menantu abah cakap? “Abah tak payah sibuk2, hal anak dan isteri dia boleh urus. Abah dengan mak datang ni pun dah membazir. Kan membazir tu sifat syaitan.”

Saya yang dengar ni pun tiba2 rasa syaitan tu dah berjoget2 suruh saya lepuk adik ipar saya. Sebab mak abah terus berubah air muka lepas dengar dia cakap camtu. Ustaz tapi adab bercakap dengan mertua tiada.

Hargailah usaha orang tua saya datang dari jauh, tengah2 malam untuk melawat mereka. Tolonglah ingat, tiada ibu yang boleh bertenang mendengar anak perempuan mereka bertarung nyawa melahirkan. Tiada ayah yang oleh lena tidur memikirkan anak perempuannya bergelut dengan kesakitan. Walau tahu sang menantu di sisi suami, rawan hati mak abah ini tetap ada.

Sampai saat ini, saya masih marah dengan ipar saya yang seorang ini. Kerana saat melepaskan mak abah dan adik2 pulang selepas menziarahi adik saya di hospital, jelas pada pandangan saya dan suami betapa kecewanya mereka. Suami yang tidak mengetahui hal di wad bersalin pun boleh perasan perubahan mak, ipar saya pula dengan selamba boleh wassap saya (menggunakan nombor adik) untuk memberitahu saya pesan kat mak abah tak perlu datang lagi menziarah lagi. Saya tak sampai hati nak cakap pada mak abah tentang ini.

Bersyukurlah, saat semua orang terutama adik beradik saya menentang kamu menikahi adik saya, mak abah yang menyokong kamu dan meyakinkan kami kamu akan menjadi ipar yang baik buat kami. Saat kamu tiada sokongan kewangan, mak abah dan adik2 iparmu (perempuan) menghulurkan bantuan untuk majlis walimahmu. Tapi setelah kamu menikahi adikku, kamu menyakiti hati kami. Tidak mengapa hati kami tapi hati mak abah patut kamu jaga dan hormati. Mertuamu itu sudah sama wajibnya kamu menyantuni seperti ibu bapa mu.

– Along

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit