Bonding Time

Assalamualaiakum….
Thanx admin atas kesudian menyiarkan cerita aku.

Ok…aku nak bercerita pasal bonding time dengan housemate. Kadang-kadang kita ni selalu beranggapan bahawa kita adalah betul dan kita adalah yang tebaik, yang melebihi segala-galanya dari orang lain. Tapi pernah tak korang semua terfikir yang ada orang lain llebih baik dan lebih hebat dari korang semua. Kalau kau pandai masak, akan ada lagiorang yang pandai masak. Kalau kau pandai menyanyi, akan ada lagi orang yg lunak suaranya dari korang. Kalau kau pandai menjahit, ada org lain yg walaupon tiada keals menjahit, tapi jahitan dia lagi elok dan kemas dari korang. Dan…kalau korang rasa korang malang, akan ada orang yang lebih malang dari korang. Malahan, kalau kau ras kau yatim, ada orang yang mungkin yatim piatu tapi dia tak pernah cerita.

So, apa kaitan dengan tajuk aku ni? (jangan kecam dulu k!) Aku seorang lelaki yang bekerja di ibukota. Berasal dari negeri selatan tabnah air. Penghijrahan aku ke ibu kota adalah disebabkan tuntutan kerja aku yang memerlukan aku untuk berada di ibu kota ini. Mula-mula agak janggal sebab aku perlu menyesuaikan diri, mencari tempat tinggal dan sebagainya! Namun, aku bersyukur kerana aku punyai ramai kenalan yang sudi membantu aku untuk mencari rumah/bilik untuk disewa. Alhamdulillah aku bertemu dengan housemate yang baik hati, ramah dan paling penting, mudah bertolak ansur dan juga pembersih, kemas and minat sport! We share the same hobbies!

Aku namakan housemate aku ni A dan B yang mana A adalah pemilik rumah tersebut yang bermurah hati utk menyewakan sebahagian (bilik) pada orang luar. Pada awalnya, aku agak fasie. Aku janggal utk berborak may be sebab jarak umur aku dan A agak jauh (dalam 6 tahun jarak, dia lagi tua dari aku). Dan B pulak 8-9 tahun lebih muda dari aku. Kami semua bekerja di tempat kerja yang berbeza dan datang dari latang belakang yang sangat berbeza.

Selama lebih 6 bulan aku menetap di sini, kehidupan seperti biasa, Pergi kerja, balik kerja, makan , tidur! (haha).. Tapi aku perasan sesuatu, bonding time and quality timr aku dgn housemates sangat la kurang. Kenapa? Aku kaji sendiri permasalahan ini. Aku adalah seorang yg kurang nk bercakap kalau orang taknak bercakap dgn aku! Haha… Sebab aku akan biar orang utk approach aku terlebih dahulu. Tapi setelah beberapa bulan ni, aku berfikir, aku kena mulakan! Ye! Sejak bulan lepas aku dah mula sediakan makanan which is barang-barang dapur kami berkongsi dan the best is langsung tidak berkira sesama sendiri. Kadang-kadang aku kan masak untuk dinner, walaupon aku x berapa nk pandai masak, tapi aku cuba! google kan ada! Haha…so aku cari je ape yg aku nak masak, then aku bli bahan and aku masak. Alhamdulillah, kami mula ada waktu untuk sama-sama duduk semeja untuk makan malam. Walaupon mula-mula agak krik-krik ya! Sebelum tu, aku yakin, korang akan cakap, macam perempuan je nak masak-masak bagai, nak ada waktu bersama-sama bla..bla…bla.. Korang kene faham, bila sampai satu tahap, korang dah memcecah umur 30an dan ke atas, korang akan perlukan byk masa untuk diri sendiri. Dan konsep aku untuk diri sendiri adalah bila aku di rumah. Dan bila aku di rumah, housemate aku adalah “keluarga” aku. And plz dont get me wrong. Kami semua straight! Haha…

Bermula dari masak memasak, smpailah ke peringkat mengemas rumah. Aku perhatikan Si B adalah seorang yang rajin. Mengemas tanpa perlu disuruh, tolong angkatkan kain tanpa perlu di wasap or call, meaning that once baju tu kering, dia akan angkat dari jemuran. Si A, aku perhatikan lebih realist. Kalau hitam kata dia, makan hitam la. Kalau putih, maka putih la. Mungkin dia terikut2 cara kerja dia kot. Sebab A ni seorang yg level2 decision maker kat agensi dia. So, aku pon ok je! Not a big deal kan!

Bayangkan lepas kami berjaya kurangkan gap sesama sendiri, auk nampak masing-masing mula menjadi diri sendiri. Dah takde nak selindung-selindung, takde dah lagi nak cover-cover. Cakap pon dah main lepas je! Hahaha… ye la selama ni semua cakap nak berlapik sebab takot ada yang teras hati barangkali. Dan sekarang jugak kalau ada yang balik lambat, outstation, semua dah mula bagi tau, ye la sebab takot tiba-tiba hospital call bagitau sila tuntut mayat!! Tak naya ke macam tu! Now, kami dah mula banyak buat aktivit bersama. Jogging bersama, masak bersama, keluar sarapan and dinner sama-sama (kalau sama-sama malas masak la). Tengok wayang bersama, and buat kerja gila sama-sama. Well korang paham la kan kalau budak2 lelaki yang gila-gila hang out macam mana.

Dan, bermula dengan kurangnya gap itu, maka korang akan dapat memahami situasi housemates korang yang lain. Diorang akan mula untuk bercerita pada korang waima isah peribadi diorg yg diorg perlukan pandangan korang. And please, trust is something difficult to build. Jangan sesekali korang hancurkan kepercayaan yang housemates korang beri. Diorang cerita sebab diorang percaya dan selesa dengan korang. Nasihat mana yang mampu. Cerita mana yang perlu. Kerana dari situ, kau akan kenal siapa housemates kau. Sokongan yang bagaimanakah yang dia perlukan. Bantuan yang bagaimanakah yang dia perlukan. Semua itu bergantung pada justifikasi kau untuk membuat keputusan.

Sometimes, kau kena jadi whistle blower untuk memulakan sesuatu. dan kadang-kadang, kau yang perlu mulakan first step tu. Bukan untuk siapa-siapa, tapi untuk diri kau jugak. Ingat, housemates kau adalah orang yang kau perlu hadap hari-hari! Jangan mulakan untuk bermasam muka, kalau ada buat salah, minta maaf segera. Buang EGO tu. Kalau nak makan, pelawa-pelawa la, cukup sekadar berbahasa. Jangan jadi wanita melayu terakhir yang nak pendam2! Jadi lelaki tu, biar terus terang! Merajuk2 ni sifat wanita.

Last but not least, cipta la barang sekejap bonding time dengan housemates korang. Main golf sama-sama ke, boling ke… even futsal sekali pon. Kalau tak minat tu, buat-buat la minat sure korang akan have fun! haha….

Thank you sudi baca… =)

– The Housemate.

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit