Rasa Kosong

Setiap orang akan rasa alone dan kosong secara tiba tiba. Tak terkecuali aku. Dulu aku periang campur semua kawan dan suka bercakap. Sharing problem. Tapi sejak aku kene tikam belakang dengan seorang kawan , terus aku jadi pendiam dan tak nak sharing apa apa masalah aku dengan sesiapa. Aku rasa tertekan sorang sorang pendam masalah sorang sorang. Aku trauma untuk berkawan dengan sesiapa.

Kadang-kadang aku menangis sorang sorang. Aku jenis introvert and aku hanya kawan biasa biasa sahaja tahap hi and bye. Sejak cerita masalah aku dijaja satu pejabat oleh kawan aku sendiri. Terus aku dah tak percaya dia sedangkan aib dia aku simpan dalam poket aku tanpa sape pun tahu. Dia pun tahu rahsia aib dalam poket aku dan ketakutan dengan aku, sebab takut blow up semua rahsia aib dia.

Sekarang aku memang pendiam dan memang tak campur orang. Untuk mengatasi masalah alone and kosong, aku selalu dengar voice paling power sama ada zikir atau al Quran. Adelah kawan aku masa aku keje dulu dulu contact aku, tanya aku okey tak? Kakak tu dulu setaun juga keje satu pejabat. Aku cakap kat sini aku alone aku tak campur orang sebab aku fobia. Suasana keje dulu lebih happy dari tempat keje sekarang. Dulu aku dengan pegawai lain siap lunch sama-sama, breakfast sama-sama, and keje tu best jer.

Kadang kadang aku rindu nak balik keje lama tapi apakan daya aku tak sanggup tinggal berjauhan dari anak anak dan suami. Jadi aku bertahan saja sampai bila-bila. Demi tak sanggup rindu pada keluarga, aku masih bertahan sampai sekarang.

Entahlah mungkin dari dulu aku selalu dihina dan disisih dari zaman sekolah hingga ke zaman universiti, aku jadi trauma nak berkawan dengan sesiapa.

– Hazrah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit