Aku rasa terpanggil nak tulis pasal benda ni selepas mata aku dengan penat lelahnya membaca dari awal sampai akhir 10 steps skin routine oleh confessor sebelum ni. Syabas weh, mmg komprehensif dan sangat digemari tajuk tu, especially untuk makhluk yang sangat concern dengan kecantikan, perempuan.
Aku mmg sokong dan tabik utk semua yang memang menjaga muka ikut cara penjagaan 10 langkah tu. Dengan pencemaran udara, sinaran UV tak terbendung di zaman bumi yg sudah tua menuju kiamat ni, mmg kena lindung kulit sehabis baik sebab kulit organ pertama yang in contact dengan persekitaran.
Ok now aku nak confess something yang aku rasa perlu sedikit pemerhatian oleh semua yang mungkin akan mengundang sedikit kontroversi ataupun konfrontasi. Feel free to disagree ok, aku pun takde pakatan axis utk support statement aku. Ni cuma pendapat peribadi.
Concern aku adalah. Baca label please?
Aku juga dengan gigih baca satu-satu komen dkt bwh confession skin routine tu. Rata-rata beli produk dekat watson, hermo, althea dsb. Bagus sebab jimat banyak woi. Tapi. Pilih sebab brand tu sebb dicanang bagus atau anda tahu bahan-bahan dalam tu bagus untuk kulit dan SELAMAT?
Pakcik omputih kate ‘do you guys read the labels before buying?’ Haha ayat ni mungkin akan dibash oleh penggemar mee segera sebab kalau anda baca bahan dan anda google kesan mee segera ke atas anda, mungkin tengok mee segera pun anda tak lalu. Takpe. Nanti tua kita detox balik, ye dak? Opss
Yes, student memang ada kekangan duit, tak boleh pilih-pilih sgt, pakai je yg org cakap best, ok, and yg korea la sekarang tengah in sekarang ni! Ada paraben tak? Paraben tu ape? Ape lagi bahan lain dalam produk yang tengah sale murah gila tu? Ok ke semua ingredients ni nak tepek kat muka aku?
Ala…murah bai, sauk je la..kalau ok, continue, kalau tak, cari lain. Eh tadi cakap tak cukup duit. Beauty is pain la.. pocket pain is no good especially if you are not spending wisely. Be smart.
Kalau nak ikut yg paling jimat & selamat adalah buat semua sendiri dan back to basic. Tapi student, again akan cakap takde mase lol. Beauty is pain? Haha
Tapi aku rasa ada yg sanggup beli yg mahal sikit, pakai jimat-jimat sebab yang mahal sikit tu natural dan organik bla3. Ok, nampak mcm da buat research. Bagus la. Aku sarankan google la bahan-bahan yg ada dlm produk korang guna. Kawan aku pernah google bahan dalam produk yang dia ada, ada satu bahan tu digunakan utk awet mayat. Whatttttttt !()&+£???
Read label. Buat research skit. Jangan follow kawan cakap best, terus nak pakai. Jenis kulit apa, teknik nak guna tu semua kena tahu juga.
Kalau nak buat sendiri, banyak je tips dekat google dan pinterest. Produk tempatan tanpa bahan kimia berbahaya pun da start blooming. Kena cakna je la, ye dok? Kulit kita bukan macam kulit orang korea pun.sobss.
Double cleansing boleh guna minyak kelapa dara, olive oil atau oil cleansing products yg natural
Pencuci muka, sabun organik aku rasa bersepah, macam dulu famous gila sabun betik yang aku rasa satu asrama pakai. Tapi tak tahu elok ke tak sebab muka jadi tegang semacam. haha
Toner: air suling, witch hazel and essential oil pun da power untuk jadi toner
Ehh google je semua, macam tak pernah buat mask sendiri kan kan?
Satu je saranan aku. Read label. Product label natural sekarang pun tak boleh percaya. Ada jugak apps yang boleh rank tahap keselamatan produk ni (Think Dirty etc) tapi mostly oversea based so mungkin ada produk yang tak masuk list.
Benda-benda kimia ni memang sekarang tak nampak kesan dia tapi dok hari-hari tepek..Kulit tu menyerap semua dan masuk dalam salur darah siap..Tu sebab merkuri tak boleh ada dalam skincare. Ada faham?
Plus, nanti jangan organ hati give up nak tapis semua toksin tu, jadi cerita lain pulak nanti.
Hope this will give some insights, to ahgase or non-ahgase, semua nak cantik dan kulit nak bersih dan sedap mata memandang. Choose wiselyy!
Tahu apa yang anda tepek.
Jangan taqlid ikut kawan. Gituuuuh.
iium sangat lol.
Thanks admin!
– Label Reader
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit