Fobia Paling Tak Guna

Assalamualaikum wbt. Aku just nak share satu ‘fobia’ yang aku ada. Some people might disagree, say this is so informative or cakap aku emo sendiri. Tapi aku still lah nak cerita.

Family aku dulu susah. So aku adik beradik tak pergi sekolah agama. Naturally, aku taktau la tajwid semua tu. Baca quran pun slow. Family aku mmg practise islam betul, maksudnya solat semua tak tinggal. Tapi ngaji tu payah sikit la since parents memang busy. Aku tak salahkan parents aku. Aku faham.

Tapi masalah mula timbul dekat sekolah. Ustaz, ustazah aku. Dia expect kitorang semua pergi sekolah agama. So tajwid macam mad asli semua tu kira dah tahu lah, kata dia. Malangnya aku tak tahu satu pun. Jadi aku sentiasa diperlekehkan. Sebab aku pakai tudung, and mostly budak sekolah rendah time tu tak pakai. So aku kononnya ‘pakai je tudung, ngaji tak pandai’.

One time masa tilawah dalam kelas pendidikan islam, turn aku baca. So aku baca la walaupun tak lancar macam orang lain. Dia tanya aku “awak sekolah agama tak?”. Aku cakap tak. Sejak daripada haritu ustaz aku tak pernah suruh aku baca dah. Aku tak faham kenapa.

Bila PAFA, hafal tahiyat awal dan akhir. Aku nervous gila tapi hafaz jelah depan dia. Lepas tahiyat awal, dia suruh aku sambung terus ke tahiyat akhir. Tapi aku yang gubra ni memang dah gubra sangat, tak ingat dah ayat aku berhenti tadi. Aku request baca tahiyat akhir dari mula. Ustaz perli aku “kenapa boleh tak ingat? Tak solat ke” sambil tak pandang aku. Muka masam gila.

Sentap jangan cerita. Aku baru darjah 5 weh. Hati tisu. Aku jadi sangat takut nak buat silap.

Aku pernah gak kena ngan ustazah. Masa darjah 4. Semua orang kena hafal satu surah lazim ni. Berdiri, lepas hafaz baru boleh duduk. Aku dah hafal sebab ayah aku selalu je baca. Pastu aku hafaz la kat ustazah ni. Dia pandang je aku lepas aku habis baca, pastu jeling dan blah gi kat budak lain. Orang lain dia puji bagus la apa la. Kat aku dia jeling. Aku punyalah yakin bacaan aku power time tu. Kenapa kena jeling? Tak habis harini esok sambung hafaz bagi siapa yang belum. Dia kata siapa dah hafaz boleh duduk. Aku duduk. Kena marah wei. “Awak dah hafal? Yeke. Jangan tipu ustazah. Takkan lah awak ni dah hafal” habis tu yang dia jeling aku semalam dah lupa ke

Aku tak faham. Kenapa aku selalu kena target dengan ustaz/ustazah. Adakah kerana aku tak pergi sekolah agama? Adakah sebab kononnya aku tak pandai mengaji? Honestly aku budak baik masa sekolah rendah. Mana buat hal. So apa cer kena target?

Aku pernah dapat markah rendah sebab masa tu banyak masuk bahasa arab. Obviously aku tak tahu. Kat sekolah mana ajar. Sekolah agama ye lah ajar. Then markah aku diberitahu satu kelas. Kawan-kawan pandang aku. Kesian kat aku.

Cuba bagitahu aku. At that age, macam mana aku nak deal dengan perasaan malu: markah teruk kawan semua tahu?

Aku jadi sangat insecure dengan benda benda “agama” ni. Takut mengaji depan orang. Aku takut buat silap.

Perangai tu terbawak sampai sekarang. Aku 2nd year degree sekarang ni. Aku belajar overseas. And aku ikut usrah. Masa usrah, kalau ada tilawah and tadabbur memang tangan aku akan menggigil gigil. Aku takkan pernah offer diri untuk baca. Pernah sekali buat tilawah gilir gilir, aku beranikan diri baca. Suara aku perlahan. Lepas baca aku menggigil sampai usrah habis. Balik rumah demam.

Rasa macam bodoh. Rasa macam kelakar jugak.

Aku mula rasa, teruk ke aku? Aku belajar mengaji dengan dengar audio. And lepas solat aku mengaji sendiri dalam bilik. Teruk ke aku?

Aku baru ni dikhabarkan dengan sorang budak melayu dekat Uni aku ni dah tinggalkan Islam. Bila senior senior cerita kenapa, ada yang pandang sebab sebab tu sebagai benda remeh. Sebabnya, is akak tu dia masa muda ditemukan dengan “orang agama” yang salah. Yang suka judge. Bila datang sini rasa tenang. Lepas tu terbawa bawa.

Ye. Aku tahu memang perkara tu dah melampaui batas. Tapi, adil kalau aku cakap yang pengalaman jumpa dengan “orang agama” yang salah seawal usia sekolah rendah boleh buat kau trauma sampai tua.

Bila senior cerita kat aku tentang akak tu, aku jadi sayu. Sedih. Aku faham perasaan dia. Diperlekehkan hanya sebab kau kononnya tak sebaik orang lain. Sampai fed up.

Bila cerita ni timbul. Aku jadi terpanggil nak cerita kepada orang lain. Mungkin orang kata “bodohlah takkan sebab kecik pun sampai camni”. But it happens.

Tolonglah faham wahai segelintir pendidik atau “orang agama”. Impressions yang kalian buat kepada budak-budak, boleh affect hidup diorang.

Aku harap orang yang baca confessions ni boleh doakan akak tu. And doakan aku sekali. Macam mana nak tangani rasa takut ni.

Kepada ustaz dan ustazah yang sentiasa memandang kecil kat aku, yang sentiasa buat aku rasa takut dan insecure, buat aku rasa diri aku tak bagus…..harap korang dah bukan pendidik sekarang. Would be sad to have other people like me, because of people like you.

Wallahu alam.

– Addin

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit