Berniaga Tetapi Tidak Berilmu II

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Terima kasih lagi sekali kpd admin kerada sudi menyiarkan penulisan sy lagi sekali. Terima kasih juga kpd pembaca penulisan sy sebelum ini.

Nama aku Ahfa. Aku lah individu yang menulis tentang penulisan sebelum ini tentang “Berniaga Tetapi Tidak Beilmu”. Sila tekan link ini, https://www.facebook.com/iiumcbm/posts/1415103105239167 .

Berpeluh juga sebab penulisan aku agak berat dan panjang. Kalau yang tak biasa dengan perniagaan mesti kena baca berulang kali. Kan? Bila baca semula termasuk baca komen dr pembaca, aku dapat simpulkan yang majoriti setuju dengan penulisan tersebut. Hanya minoriti yang tidak setuju. Aku tak kata mereka salah dan aku tak kata aku betul. 

Jadinya, penulisan kali ini aku nak jawab beberapa kemusykilan, persoalan dan kutukan yang aku rasa kena jawab. Tak semua aku akan jawab. Aku anggap itu kesalahan aku dan aku kena terima dengan hati yang terbuka. Biasa lah, manusia. Rambut sama hitam, hati lain-lain. Kita kena hormat yang lain kerana cara berfikir tak semuanya sama.

1) Aku nak ucapkan terima kasih kepada individu yang tambah beberapa info penting yang aku terlepas pandang. Terima kasih sangat-sangat. Terima kasih juga kepada mereka yang memberi maklum balas positif.

2) Aku juga nak ucapkan terima kasih kepada individu yang memberi maklum balas negatif. Tegur dalam keadaan berhemah, tegur dengan kutukan, ada juga yang cakap dengan bahasa kesat dan kritikan. Terima kasih ye. Aku baca. Aku hadam. Aku amik dari sudut positif, ade mesej terlindung yang anda cuba nak sampaikan. Jangan risau. Aku terima dengan hati yang terbuka dan cuba perbaiki pada masa akan datang.

3) Aku mohon maaf berkenaan perenggan yang mengatakan Rasulullah itu miskin. Maaf. Aku tak berniat nak berkata sedemikian. Aku hanya quote perenggan tersebut selepas diskusi dengan kumpulan usrah aku sendiri. Masa tu, ade lima orang je. Tak ramai. Masa itu juga, takde siapa yang bangkang ayat tersebut. Jadinya aku rasa ayat tersebut betul. Aku ni pulak jenis yang suka tulis terus quote yang aku nampak menarik dan bole diguna pakai kemudian hari.

Mungkin mereka pandang dari sudut duniawi, sebab itu mereka cakap sedemikian. Betul lah orang kata. Kau pandang duniawi, kau dpt duniawi. Kau pandang ukhrawi, kau dapat duniawi dan ukhrawi.

Terima kasih kepada mereka yang tegur. Aku dah sampaikan dan perbetulkan ayat yang betul kepada lima orang usrah tersebut. Alhamdulillah mereka dapat terima.

4) Ada yang kata, umur aku terlalu muda dan aku masih baru lagi nak sembang berkenaan ini. Umur aku sebenarnya 32 tahun, sebelum ni kan aku tulis 23 tahun. Maaf. Mungkin kesalahan aku dari segi menaip. Tambahan pula, kedudukan di papan kekunci berada bersebelahan, jadinya mungkin tersalah. Walaupun 32 tahun masih dikira muda, tak salah bukan untuk berkongsi pendapat dan pengalaman. Jika anda ada pengalaman dan info yang bagus, apa kata kita saling berkongsi?

Aku juga merupakan graduan segar dalam bidang perakaunan. Ramai igt aku baru habis ijazah sarjana muda tempoh hari. Hahaha. Maaf juga sebab aku tak cakap habis. Aku dah lama menjadi graduan ijazah sarjana muda, tetapi aku baru sahaja bergelar graduan bagi kursus CIMA (Chartered Insitute of Management Accountant). Sebab itu penulisan aku berkisarkan tentang soal harga. Ini lah antara kerja dan bidang CIMA. 

Aku pon tak tau akauntan ada berapa jenis. Tapi setahu aku ada dua. Beza ya Financial Accountant (FA) dan Management Accountant (MA). MA biasanya ada dekat syarikat yang besar. Syarikat yang besar memang perlukan MA. Syarikat kecil kadang2 tak perlu MA, FA sudah cukup. Cuma nak bagi tahu info tambahan, CIMA dan ACCA juga berbeza. Sila kaji sendiri perbezaannya sebab perkara ini agak kritikal. Point dia kat sini, aku hanya dan bagi tahu umur dan kelayakan aku. Itu sahaja.

5) Ada yang kata, perakaunan dan pengurusan perniagaan adalah dua bidang yang beza. Maaf ya. Sini aku bagi tahu. Sebelum aku menceburi bidang perakaunan, mati-mati aku ingat perakaunan hanyalah debit kredit, untung rugi dan laporan kewangan semata-mata. Bila dah masuk bidang ini, ia lebih dari itu. Serious. Aku boleh kata perakaunan ini macam ada satu jalan cerita. Cerita tentang perniagaan. Macam mana nak tubuhkan sesuatu perniagaan, macam mana nak stabilkan, macam mana nak kembangkan, dan juga macam mana tutup perniagaan tersebut.

Kami tak belajar debit kredit semata-mata. Aku juga yakin perkara yang sama berlaku kepada mana-mana kursus. Mesti anda terfikir, ‘Kenapa la tiba-tiba kena belajar subjek yang takde kena mengena’. Macam itu juga aku. Pelajar perakaunan belajar macam-macam. Antaranya adalah Financial Accounting, Management Accounting, Audit, Islamic Accounting, Financial Market, Financial Risk, Investment, Business Risk, Business Management, Marketing, Common Law, Malaysian Law, Business Law, Companies Law, Economy, Malaysian Economy, Microeconomy, Macroeconomy, Taxation, Malaysian Tax. Eh, banyak lagi. 

Pengurusan perniagaan dan perakaunan adalah dua entiti yang sangat rapat. Masa belajar dulu, pelajar perakaunan dan pelajar perniagaan selalu bertukar pendapat kerana kami belajar benda yang sama. Bila fikir semula, aku pon tak tau kenapa kena belajar semua benda tu. Kalau anda nak kata perakaunan dan perniagaan adalah dua bidang yang berbeza, saya sendiri tak merasakan sedemikian. 

Tak perlu tengok jauh, tengok UIA (Universiti Islam Antarabangsa) sahaja. Ada satu kuliyyah (juga dikenali sebagai fakulti) ekonomi yang terdiri daripada kursus ekonomi, perakaunan, pengurusan perniagaan dan sebagainya. Mereka sekalikan beberapa kursus dibawah satu bumbung kerana mereka berkait rapat. 

Nak tengok jauh? Tengok Univerisiti di United Kingdom (UK). Business school terus. Dalam Business School tu macam2 jenis kursus anda akan jumpa. Jadinya, celah mana pula anda mengatakan perakaunan dan pengurusan perniagaan adalah dua kursus yang berbeza? Aku tak kata perakaunan adalah bidang yang hebat dan aku tak kata bidang pengurusan perniagaan adalah bidang yang lemah. Tidak. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Kita masing-masing saling memerlukan. Jangan rasa diri tu hebat sangat. Jangan.

Aku kerap menghadiri persidangan antarabangsa mengenai isu yang hangat dan panas. Biasanya isu perniagaan pasal business in future, ethics in working environment, corporate behaviour. Hadirin ketika itu biasanya adalah seorang pensyarah, professor, peguam, akauntan, CEO, pengurusan perniagaan, pelancongan pon ada. Jangan kata orang pengurusan perniagaan sahaja bole sembang pasal perniagaan. Peguam juga bole sbb peguam tahu akta-akta perniagaan.

6) Ada yang tuduh aku ada pengetahuan yang kosong tentang perniagaan, aku takde pengalaman perniagaan untuk sembang topik ini dan aku hanya sembang melalui pemerhatian di ofis sambil goyang kaki. Hahahaha. Tuduhan dan sangkaan buruk ini agak kelakar. Baiklah. Aku akan bagi tahu apakah kerjaya aku sebenarnya supaya memudahkan pemahaman anda selepas ini. Aku mahir bidang apa tu semua dah baca point nombor 4.  

Aku ada dua kerja dalam satu masa. Kerjaya yang pertama yakni kerja hakiki adalah seorang auditor di firma audit. External auditor dengan lebih tepat dan terperinci. Skop dan bidang kerja aku sebagai seorang auditor adalah individu berasingan yang akan mengesahkan laporan kewangan yang dibentangkan adalah betul atau salah. Nak mengesahkan betul atau salah, semuanya kena ada bukti. Bukti yang disertakan mestilah bukti yang kuat dan kukuh.

Dalam seminggu, ade beberapa hari sahaja aku akan berada di pejabat. Selebihnya aku akan keluar. Keluar atas urusan kerja untuk berjumpa client. Sebab tu lah penulisan aku yang lepas ada sebut client aku, client itu, client ini. Haaa, ini lah dia. Jadi auditor memang seronok! Macam-macam jenis tempat aku pernah masuk atas urusan audit. Hotel? Disco? Majlis Daerah? Kedai makan? Kilang? Pejabat? Tapak pembinaan? Rumah setinggan? Dah banyak aku lalui. Aku bukan pergi sahaja. Aku pergi dan cakap dengan mereka. Macam-macam maklumat aku dapat. Sekali gus aku tahu perniagaan mereka macam mana. Beza industri, beza juga cerita perniagaan dia.

Level auditor ni, kau kena up sikit dari semua orang sebab kau nak sahkan kerja orang. Maksudnya, pengetahuan kau kena meluas sikit. Macam mana kau nak audit syarikat kejuruteraan sedangkan kau takde pengetahuan pasal bidang sedemikian. Nak tak nak, kau kena tahu. Orang sekarang dah bijak menipu. Bukan nak berlagak, auditor ni boleh sembang macam-macam jenis perniagaan walaupun dia sendiri tak menceburi.

Syarikat yang aku audit ada banyak jenis. Setiap jenis tu berbeza industri. Bos aku sengaja bagi aku tugas yang berbeza industri supaya tiada unsur bias dan berat sebelah. Walaupun audit ni ada cara yang tersendiri, tetapi ia berbeza mengikut industri. Nak audit industri automotif kena masuk kilang, tak kan nak audit industri filem pon kena masuk kilang, pergi studio dia pon dah ok.

Antara industri yang aku audit adalah industri kejuruteraan ada, industri pemakanan ada, industri automotif ada, industri filem dan teater ada, industri telekomunikasi ada. Macam-macam lagi. Ini baru syarikat yang aku audit. Rakan sekerja yang lain bagaimana pula? Macam-macam cerita aku boleh kongsikan.

Aku tahu dan aku faham. Sebagai seorang auditor, aku tak boleh menghebahkan maklumat syarikat kepada umum. Ia di anggap sulit dan hanya bole dihebahkan setelah laporan kewangan dah dikeluarkan secara rasmi. Itu pon maklumat sekadar yang perlu diberitahu. Setelah berbincang dengan bos (Partner, Chartered Accountant), mereka sendiri mengatakan bahawa tidak menjadi masalah kalau aku hanya kongsi maklumat, tetapi nama dan nombor syarikat serta pengarah urusan mereka dijaga dengan sulit. Kalau aku bagi tahu sales client aku lima belas juta, anda masih tidak dapat tangkap syarikat yang mana. Macam itu juga kalau nama syarikat yang aku audit diberitahu tetapi info rasmi yang lain di jaga rapi. Jadinya, anda tak perlu risau. Aku tetap menjaga kredibiliti dan integriti aku sebagai seorang auditor. Sebab itu aku tulis disini, anda mungkin tidak tahu siapa aku.

Aku ade pengalaman LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) serbu pejabat aku sebab syarikat yang aku audit ada keraguan tentang cukai. Aku berjaya buktikan yang aku dan syarikat tersebut tidak bersalah. Ni la antara fungsi auditor. Ramai takut bila auditor nak datang. Tapi kalau syarikat kau tengah goyang, panggil je auditor. Dia tahu macam mana nak selesaikan. Tak kurang juga serbuan dari kastam untuk urusan GST.

Aku juga ada pengalaman ditawarkan rasuah untuk memanipulasikan laporan kewangan. Haa. Alhamdulillah. Allah jentik iman aku senipis kulit bawang untuk tolak. Bila difikirkan semula, tawaran dia sangat hebat. Dia tawar sejumlah wang. Kau tak nak? Dia datang bagi kunci kereta berjenama. Kau tak nak? Dia datang lagi bagi hadiah yang mewah. Kau tak nak? Dia bagi pelacur untuk dipuaskan.

Syukur aku tolak. Aku tak takut dengan hukuman duniawi. Tapi aku takut soal aku di akhirat nanti. Macam-macam dipersoalkan nanti.

Kerjaya yang kedua, yakni sebagai pendapatan sampingan adalah seorang ahli perniagaan. Aku merupakan seorang pengembala kambing. Kambing di Malaysia sangat limited. Kesemua kambing aku akan import sendiri dari negara luar. Aku buat perniagaan kambing sbb kambing sememangnya permintaan yang tinggi.

Aku bahagikan kambing dengan dua bahagian. Jantan dan betina.

Untuk betina, aku khas utk disenyawakan dan susu mereka di perah untuk tujuan komersial.

Untuk jantan, aku bahagikan kepada 5 kategori. Kategori pertama aku jual untuk ibadah korban dan aqiqah serta jualan masakan ramai seperti kenduri dan jamuan. Aku juga menawarkan upah sembelihan dan lapah supaya memudahkan urusan pelanggan.

Kategori kedua, aku jual untuk makan siap. Aku pernah masuk berniaga tapak utk jual kambing grill, sup kambing, susu kambing. Susu kambing memang permintaannya tinggi. Dibuktikan secara santifik, susu kambing adalah susu kedua terbaik. Sudah pasti lah susu ibu adalah susu pertama terbaik.

Sebab itu penulisan sebelum ini aku ade cerita ada orang masuk berniaga di tapak yang mahal, kemudian naikkan harga untuk cover kos sewa tapak. Aku dapat info ni dari penyewa sebelah. Dah duduk sebelah, tak kan nak duduk diam. Mesti berborak. Dari situ aku dapat info. Ramai pulak tu berbuat sedemikian. Macam lumrah alam pula tu. Aku jarang masuk kawasan pelajar. Sebab kambing mahal, pelajar mana mampu membeli kambing setiap minggu? Aku juga pernah masuk karnival MAHA. Hehehe.

Kategori ketiga pula, aku jual daging kambing yang dipercayai sihat untuk tujuan industri makanan sejuk beku (frozen food).

Kategori keempat, aku jual organ kambing kepada IPT (Institut Pengajian Tinggi) untuk mereka menjalankan eksperimen, tugasan, ujikaji dan seangkatan dengannya. Biasanya aku jual murah. Sebab mereka guna untuk belajar, yang mana ilmu tu mungkin akan digunakan untuk generasi akan datang. Dulu aku bagi percuma, tetapi sekarang tidak lagi. Manusia ni, bagi percuma terus naik kepala. Bagi satu, minta lima terus. Hahahaha.

Kategori kelima, aku ekspot tanduk dan kulit kambing ke negara jiran untuk industri fesyen dan perhiasan. Seperti baju, baju sejuk, wallet, tali pinggang, hulu senjata tajam (pisau, parang).

Jadinya, celah mana pula tuduhan anda mengatakan saya merupakan individu yang tiada pengalaman? Kalau tak tahu, jangan tuduh dan sangka buruk. Tak baik.

Perniagaan aku dah bersifat antarabangsa sebab aku import dan eksport. Aku dihantui dengan mata wang asing, cukai asing dan pelanggan aku sendiri. Setiap hari Isnin aku akan buka laman rasmi KLSE (Kuala Lumpur Stock Exchange) untuk tahu keberadaan point negara kita. Setiap point ada kaitan. Jatuh satu point, mungkin menyebabkan mata wang kita jatuh. Haa, dah sembang pasal investment dan finance pulak.

Nak buat semua benda memang tak menang tangan. Aku ade pekerja sendiri. Sehingga hari ini, pekerja aku semua rakyat Malaysia sebab aku nak bantu ekonomi Malaysia membasmi kadar pengangguran. Macam2 masalah aku berdepan. Biasa lah, berniaga. Ada pasang dan surut.

7) Ada orang cakap, aku berat sebelah kerana pendapat aku hanya pada pihak pembeli semata-mata. Tidak. Aku penjual dan aku juga pembeli. Aku membeli dengan orang luar dan dalam Malaysia, dan aku juga menjual dengan orang luar dan dalam Malaysia. Aku tahu permintaan bagaimana. Tak adil kalau nak berniaga nak letak harga tinggi-tinggi. Pengalaman sangat-sangat mendewasakan aku dalam bidang perniagaan.

Tambahan pula, apa yang aku pelajari semasa CIMA dulu dan sedang mempraktikan sekarang, majoriti dari sudut penjual. Cara untuk penjual jaga pasaran dan sebagainya. So, aku bercakap sebelum ini dari pihak pembeli dan penjual.

8) Ade orang kata, aku dengki dengan kejayaan orang lain. Tidak. Aku tak dengki. Setiap orang ade rezeki yang berbeza. Kalau anda berjaya dengan usaha yang betul dan halal, kenapa aku perlu dengki? Aku juga penjual. Kambing yang di niagakan memang permintaan yang tinggi. Kalau aku letak harga mahal2, dah lama aku kaya. Tapi aku taknak dan berharap peniaga lain jual kawal harga mereka.

9) Ade orang kata, aku cakap bedasarkan teori semata-mata. Ye aku mengaku. Aku adalah individu yang hanya akan bercakap tentang fakta. Nak cakap kosong dengan aku memang aku tak layan. Buang masa. Aku bukanlah seperti tin kosong di tepi jalan yang bunyi bising tetapi isinya kosong.

Aku tahu kesemua teori yang wujud bukannya semua boleh pakai. Kalau boleh pakai pon, tak semua industri boleh guna teori yang sama. Sebab itu aku bagi tahu beberapa fakta, fakta tersebut disokong dengan penerangan ringkas dan disimpulkan dengan contoh keadaan sekarang. Kalau anda merasakan fakta aku tidak bernas, apa kata anda kemukakan fakta dan huraian anda sendiri. Kan bagus kita bertukar ilmu.

10) Penulisan aku sebelum ini banyak berkait tentang industri kosmetik. Bukan bermaksud industri kosmetik sedang bermasalah. Tidak. Aku berbuat demikian sebab industri kosmetik sangat rapat dengan orang kita. Lelaki dan perempuan, mahupun tua atau muda.

Penulisan aku untuk bacaan umum, jd nye aku perlu tulis supaya pembaca faham dan penyampaian aku berkesan. Bole je aku kaitkan industri kontraktor. Tapi adakah pembaca mengguna perkhidmatan kontraktor setiap bulan dan faham ape yang aku cuba nak sampaikan? Tak adil kalau aku bagi contoh pelik yang hanya akan difahami oleh segelintir masyarakat.

Kalau aku bagi penerangan yang kompleks, anda tuduh penulisan aku tidak sesuai. Kalau aku bagi penerangan yang anda tahu dan faham, anda tuduh penulisan aku berat sebelah sebab pandang satu industri sahaja. Hahaha. Susah betul nak puaskan semua orang.

11) Aku sengaja menulis secara umum supaya pembaca tahu siapa betul dan siapa salah. Kalau penjual menjual dengan betul berlandaskan cara yang digariskan, kenapa perlu takut? Ade je peniaga yang jujur, memang dia je lah yang aku akan membeli.

Kalau aku tulis umum, kata aku berat sebelah sebab pukul rata semua peniaga sama. Kalau aku tulis spesifik industri tertentu, kata aku berat sebelah juga sebab hanya pandangan aku. Ehh, susah juga nak puaskan semua orang. Kalau anda pendapat yang tersendiri, jom la kongsi.

12) Aku mohon maaf awal-awal sebab penulisan pada kali ini ada unsur riak. Terpaksa berbuat demikian kerana anda perlu tahu saya bercakap tentang pengalaman atau sembang kosong.

13) InsyaAllah, aku akan muncul kembali menulis untuk isu yang perlu dikupas. Kalau anda ada cadangan untuk isu dikupaskan, bole la sertakan dibawah. Aku cari idea dulu. Tapi aku dah ade senarai isu yang perlu diketengahkan. Kalau nak tambah, boleh je.

14) Terima kasih kerana membaca. Aku kena kerja keras sikit. Raya haji dah dekat. Aku kena pastikan betul-betul kambing aku sihat. Kambing ni manja sikit nak jaga. Doakan aku ye!

Sekian.

– Ahfa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit