Menundukkan Pandangan

Hari ini terjumpa lagi dgn kaum lelaki yg melaksanakan sptmana yg disebut di dlm AL-Qur’an “Allah Ta’ala berfirman,

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ

”Katakanlah kepada laki-laki yang beriman,’Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. Yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.’” (QS. An-Nur [24] : 30).

Sejuk rasa hati apabila berjumpa dgn lelaki2 yg mempunyai tingkah laku begini. Sbg seorang wanita sy rasa dihormati dan dihargai. Apabila bertemu di jalanan, bertembung dgn org lelaki, melihat muka mrk, pandangan redup shj ke bwh tiada memandang wanita langsung. Subhanallah! Rasanya indah di dalam hati. Ini apa yg sy rasa setiap kali bertembung dgn org lelaki yg bersikap begini. Perempuan lain, wallahuálam.

Dlm kita hidup di zaman yg penuh fitnah ini, dpt mengamalkan sepotong ayat Al-Qura’n inipun, sudah boleh memelihara dpd fitnah yg lebih besar iaitu zina dan percampuran lelaki dan wanita tanpa sifat malu. Sungguh benar rasa tidak selamat apabila keluar berita demi berita berkenaan lelaki yg ada isteri curang dgn isteri org, isteri org curang dgn suami org, bapa mkn anak, abg mkn adik.

Apakah? Apakah tiada sekelumit pun rasa malu atau kasihan dlm hati? Tiada langsung? Nasib anak sendiri, adik sendiri….bukankah ini semua bermula dr mata? Tidak menundukkan pandangan mata telah menjebakkan mrk2 ini dlm jurang dosa dan penganiayaan.

Namun, selama hidup nk dkt 40 thn ini, golongan yg menundukkan pandangan ini hanyala sy ketemu di UIAM dpd zaman belajar hinggalah skrg. Plg terbaru pg td, terserempak dgn budak2 muda dan terpandang satu wajah. Matanya redup shj memandang lantai. Tidak liar sptmana mata sesetgh lelaki. Sejuk rasa hati. Semoga lelaki2 budiman yg terus istiqamah menjg pandangan mata akan bertemu psgan yg solehah.

Spt dlm satu Hadith: ”Memandang wanita adalah panah beracun dari berbagai macam panah iblis. Barangsiapa yang meninggalkannya karena takut kepada Allah, maka Allah akan memberi balasan iman kepadanya yang terasa manis baginya” (HR. Al-Hakim dalam Al-Mustadrak no. 7875).

Lelaki2 diluar sana…cek nak habaq satu ja “Jagalah pandangan mata kalian, pasti perempuan2 akan berasa lebih selamat dan dihargai. Terasa spt permata yg berharga dan bernilai. Bukankah wanita dijadikan utk DILINDUNGI? Bukankah Hawa, Allah jadikan sbg PENEMAN kpd Nabi Adam? Bukankah wanita dijadikan utk DISAYANGI dan DICINTAI?

Wahai kaum Adam, wanita yg baik ni simple shj. Jika dia isteri yg baik, dia hanya mahu disayangi dan dihargai. Ramai lelaki marah pd wanita2 yg confess penat dgn kerja rumah dan kerja pejabat. Tidakkah kalian faham, kudrat wanita n lelaki berbeza, tp kenapa wanita yg dah balik bekerja dikerah utk masak, mengemas dn menjga anak? Benda2 mcm ni susah nak digest. Jd jgn kalian hairan jika wanita yg anda kahwini dulunye lembut skrg menjadi garang mcm singa. Ops! Maaf terlari dr tajuk.

Akhir kata, lelaki yg baik utk perempuan yg baik dan begitulah sebaliknya. Sesiapa yg merasa psgan mrk tidak baik, perlulah bermuhasabah semula diri, klu rasa dh buat yg terbaik…bersabarlah krn dunia ini ujian. Allah Ta’ala berfirman,

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ

“Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (QS. Al Mulk: 2)

Terima kasih krn membaca, semoga akan bermanfaat pd semua.

– Catarina

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit