Before this, aku tak bayar PTPTN sebab aku malas. Padan muka aku. Ni cerita 4 tahun lepas. Aku belum kahwin. Pikir enjoy je. Ya ya. Marahlah aku tau. Aku memang pikir enjoy ja dulu. Dapat gaji habis. Kat mak bapak pun tak ingat. Setiap bulan tak pernah cukup. Bila duit gaji tinggal 800 aku dah gelabah dah rasa miskin sangat. Padahal 1200 tu cukup ja kot. Lepas tolak sewa rumah, duit kereta apa semua. Kalau diingatkan sekarang, cukup sangat. Tapi tula duit tak berkat. Tak pernah nak ingat mak bapak adik beradik. Masa tu gaji besar. Boleh la untuk fresh graduate. Tiap2 bulan aku beli kasut baru, beg baru, makeup mahal2. Masa ni kerja kat Shah Alam.
Lepas aku dah kahwin. Aku mula rasa susah. Mana taknya, duduk menyewa dengan husband. Jauh sikit dari rumah sewa masa bujang. Nak gi keja kena lalu tol. Minyak lagi. Baru dapat gaji, tengah bulan tinggal 200 je. Mana cukup. Makan, minum, tol, minyak, segala. Husband pun sama. Gaji aku besar dari husband. Jadi aku banyak tanggung belanja rumah. Oh ye. Tu tak masuk api air lagi. Time ni terpikir dulu ada 1200 lagi tgh bulan, rasa xcukup. Sekarang tengah bulan 200 ke 150 gitu je tinggal. Masabtu pikir menyesal tak bersyukur dulu. Allah tarik nikmat tu. Last2 setiap bulan begitu, husband cuba slow talk dengan aku ajak pindah rumah mertua kat KL. Hmm. Berat hati aku. Tapi…. aku dah tak sanggup macam ni. Plus aku kesian husband aku naik motor gi kerja hari2 sejam setengah baru sampai opis dia. Kebetulan, company aku kerja di Shah Alam tu, mula goyah. Gaji mula bayar lambat. Banyak masalah dalaman.
Aku berhenti kerja. Dan kami berpindah ke rumah mertua di KL. Masa ni aku mengandung anak pertama 3 bulan lebih. Aku mula cari kerja di area KL. Tapi mungkin bukan rezeki aku. Interview tak dapat la, ada yang dapat, tapi suruh aku buat kerja di restoran fast food kerana dorang takda office. Husband aku suruh tolak sebab tak sanggup tengok aku duduk fast food hari2 buat kerja. Dah la kena duduk office hour 9 to 6. Ko rasa tak ke org fast food tu bengkek je tengok aku. Kopak la jugak. Duduk sana takkan tak beli makanan kan. At least air dorang la. Baru la tak rasa segan duduk lama2. Fast food tu pulak, bukan di kawasan pelajar. Kalau macam shah alam tu, mcd seksyen 2, burger king s13 memang penuh je student buat kerja lama2. Ni fast food tepi jalan raya. Ok tolak yang tu. Dapat lagi 1. Dia tau je aku pregnant. Terus reject. Sebab takut nanti nak kena maternity leave lama. Aku apply lagi. Tak da yang panggil. Hmm. Susahnya. 3 bulan aku pulun cari kerja. Semua kerja aku apply. Kerja kedai jaga kucing 7e semua aku apply. Semua tak mengena. Masa tu aku nangis kaw2. Kenapa aku kena dugaan ni. Aku tak boleh takda duit. Masa tu aku pikir nak cerai. Sebab husband aku masatu gaji ckup makan ja. Duduk rumah mertua bukan la free. Kena jugak hulur.
Last2 aku cuba redha. Aku buat bisnes online. Aku redha seredha redhanya. Alhamdulillah. Dapat jugak aku tampung mana2 aku terasa nak beli. Aku happy. Barang baby aku beli yang perlu ja. Tak macam orang lain sambut anak sulung. Aku mintak ja baju2 lama anak2 ipar2 aku. Aku redha. Sampai la aku deliver, abah aku bagi duit pencen dia untuk persiapan baby. Subhanallah. Happynya aku. Tak sangka, rezeki anak sulung aku.
Masani aku dah tak pikir sangat duit. Aku redha dengan apa aku ada. Setahun jugak aku menganggur jaga anak sambil2 bisnes online. Lepas tu aku tolong cousin aku berniaga. Kejap je. Sebab husband aku suh aku cari kerja yang stabil and ada epf. End of last year. Aku dapat 1 kerja, yang mana aku boleh duduk rumah dan company provide phone dan laptop. Kerja simple, buat grafik, update website. Aku boleh kerja ikut time aku. Cuba aku kena ada bila mana officemate perlukan kerja design aku. Aku tak tau nak cakap macam mana. Aku happy sangat2. Aku boleh jaga anak aku sendiri. Aku boleh kerja. Ada gaji sendiri. Aku duduk rumah, end of month dapat gaji. Alhamdulillah, dah hampir setahun aku kerja dengan company ni. Trusted. Gaji masuk on time. Even tak banyak macam gaji masa bujang dulu.
Masa ni, aku dah belajar banyak erti bersyukur. Dapat ja gaji, aku bagi parents. Aku bagi kakak aku. Aku bagi sagu hati skit kat adik2 aku. Setiap bulan aku buat. Ada lebih aku bagi kt kakak aku adik2 aku. Ada duit aku mesti ingat dorang. Dulu, masa bujang, aku nak belanja dorang makan pun aku rasa sayng sangat duit. Tapi sekarang, aku cuba dahulukan dorang daripada orang luar sebab aku ada terpikir nak derma ke anak2 yatim ke kan. Tapi aku ada terbaca, daripada tolong orang luar, baik tolong adik beradik sendiri dulu. Aku buat tiap2 bulan. Dalam masa sama aku boleh simpan konsisten 700 setiap bulan. Aku tak pernah rasa sempit. Even aku takda duit banyak, aku rasa happy. Aku rasa cukup. Keperluan anak aku cukup. Husband aku pun cakap. rasa cukup je. Husband aku pun kerja sales je. Gaji xmenentu. Tapi keperluan kami cukup. Rasa cukup sangat. Aku hulur duit belanja dapur kat mertua. Beli barang2 basah. Husband tolong bayar api air. Kalau husband xckup duit aku tambahkan. Rasa bahagia dan cukup sentiasa. Alhamdulillah. Duit aku tinggal 200 tengah bulan pun aku rasa banyak sangat.
Point aku. Jangan kedekut dengan parent and family. Rezeki Allah tu luas. Hulur2 sikit kat parent atau tengok adik beradik yabg memerlukan. Insyaallah hati tenang..cukup sentiasa. Dalam masa sama, amalkan dhuha, baca surah al waqiah macam yang confession2 sbelum ni suggest. Ya betul semua ni sangat membantu..
– Anon
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit