Luahan Masalah Air

Assalamuaikum dan terima kasih admin kerana sudi untuk menyiarkan kisah saya yang lebih bersifat luahan perasaan. Cerita dia macam ni, aku pelajar sem 4 di sebuah ipt yang terletak di negeri Selangor ni. Aku ni bukan jenis yang bertindak mengikut perasaan sangat tapi bila kerap berlaku isu-isu yang berkaitan dengan aktiviti harian ini tetapi tidak dipandang serius oleh pihak atasan walaupun sudah berkali-kali dibuat aduan, naik bengang juga aku. Kadang-kadang buat aku terfikir, apa gunanya sesebuah institusi pengajian tinggi ini menubuhkan sebuah organisasi seperti MPP kalau mereka tidak boleh menyuarakan hak pelajar biasa macam aku ni.

Maksud aku isu yang berkaitan dengan aktiviti harian ni adalah air. Yes, air! Seksa weih kalau tak ada air. Ya lah, nak kencing, nak berak, nak berwudhuk, nak mandi, nak makan, nak basuh baju tu semua kena melibatkan air. Tapi bila kau tak ada punca air, maka setiap aktiviti harian kau akan terbantut. Isu air ni bukan sekali dua berlaku dekat tempat aku belajar ni. dari aku sem 1 sampailah sekarang aku dalam sem 4 tapi isu ni masih lagi menghantui kami para pelajar.

Sudah lah kami ni diwajibkan untuk tinggal di asrama sehingga tamat belajar, ditambah pula yuran yang tinggi seperti menyewa di luar asrama tapi kebajikan kami tidak dijaga dengan sebaiknya. Kes terbaru ialah paip bocor di 2 blok asrama perempuan. Sudah seminggu kes tu berlaku tapi pihak asrama tetap mendiamkan diri dan tiada apa-apa pun tindakan yang dilakukan oleh mereka. Walhal, asrama kami tu ada warden dan pihak-pihak MT asrama.

Pernah asrama kami tak ada air 48 jam. Korang bayangkan aku sem ni setiap hari kelas pagi, walaupun hari Sabtu sebab ada aktiviti ko-kurikulum pada waktu pagi, jam 8. Dah lah semalaman dah tahan kencing, dengan badannya berbau peluh semalaman. Selalunya dalam pemerhatian aku, pihak asrama akan buka air pada jam 6 – 7 pagi tapi hari tu dia langsung tak kasi air. Alasannya tetap sama, paip bocor. Tapi dah seminggu kes tu berlaku, diorang memang tak ada inisiatif untuk baiki paip tu.

Aku dah lost word sebenarnya sekarang ni sebab berang, jadi akhir kata sampai bila kami sebagai pelajar kena cari inisiatif sendiri dengan membeli air mineral pada setiap hari. Jadi pelajar ni kena lah saving sebab masih tak ada gaji tetap dan masih harapkan duit dari mak dan ayah. Tu belum termasuk dengan perbelanjaan dari segi makanan dan pelajaran lagi. Dan kami mohon sangat pihak atasan ipt berkenaan sedar sikit kesalahan mereka yang membebankan pelajar. Kalau tak dapat nak tolong uruskan masalah air ni, mohon potong yuran bil air kami ya. Terima kasih daun keladi.

– Mr XYZ

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit