Assalamualaikum w.b.t. aku menulis daripada kisah hidup aku sendiri dan aku harap admin publish sebagai pengajaran untuk semua. Aku bukan penulis confession ‘Life Must Go On’ yang pertama, aku cuma terpanggil untuk menulis cerita kisah aku kerana seakan-akan sama dengan kisah penulis cerita tersebut.
Untuk pendekkan cerita, aku study asasi lepas habis SPM dan sambung degree di universiti yang sama lepas tamat asasi. Masa asasi aku kenal seorang lelaki, lelaki ni aku nama Azlan, kitaorg asasi sekali tapi masa degree dia kos lain tapi masih satu universiti. Kami bercinta daripada asasi sampai lah nak habis degree. Aku boleh dikategorikan sebagai seorang yang ada rupa lah jugak dekat kampus tu. Memang ramai yang selalu kacau dan nak mengorat aku tapi aku masih setia dekat Azlan sebab aku tak suka sangat bersosial lebih-lebihan tambah-tambah dengan lelaki padahal dengan Azlan tu amenda entah selama ni? Azlan ni dia ada rupa jugak, muka handsome (dulu lah sekarang aku rasa dia tak handsome mana pun) tapi dia ni kategori bad boy lah jugak, smoking, layan ketum, layan ice, layan cakoroi, dan aku rasa bodohnya aku masa tu sebab selalu tak halang dia buat apa, malah aku yang mcm encourage dia, sebab aku rasa lelaki ni once dia dah puas hidup dia berubah lah kowt, tu pendapat aku lah masa tu. Sangat bodoh gila aku rasa. Azlan ni jugak ada sejarah ramai ex girlfriend, ex dia memang ramai sebab dia ni playboy dulu, aku ingat mungkin couple dengan aku, dia boleh berubah, rupanya tak.
Aku memang sayang Azlan gila, sepenuh jiwa raga aku serah, termasuk maruah aku, bukan sekali tapi banyak-banyak kali, aku rasa aku jahil dan hina sangat masa tu sebab ikutkan nafsu. Kami selalu melancong berdua setiap kali cuti semester, aku ni lahir daripada keluarga yang senang lah jugak dan ada business sendiri masa study, memang duit banyak lah jugak jadi duit aku banyak di habiskan dekat Azlan. Azlan ni cuma ada moto buruk je bawak pergi kampus, aku bawak kereta, so memang kalau dating ka apa memang aku yang selalu ambil dia dekat rumah sewa dia, kalau bergaduh, memang aku lah yang tercegat dekat depan rumah dia tunggu dia turun, pernah aku tunggu sampai 1 jam sebab dia tak nak jumpa aku. Pernah aku tunggu dia datang tempat dating 5 jam sebab dia tidur tak bangun. Hahaha masa tulis ni aku rasa bodoh tahap infiniti giler walalupun hakikatnya aku sebenarnya well know student yang selalu naik pentas dapat dean award tapi hakikat aku bodoh. Semua sebab cinta. Sadis.
Kisah cinta aku klimaks masa dah nak habis degree, aku dapat tahu Azlan ada skandal dengan kawan baik aku a.k.a. housemate aku, masa tu aku memang bengang gila, tapi entah aku macam dah tak kisah sangat sebab sepanjang 5 tahun bercinta dengan Azlan memang kami selalu break couple, break couple, atas sebab macam-macam antaranya dia pentingkan member-member, tak hargai aku langsung, pernah curang, lepas kantoi curang tu berubah lah kejap beberapa tahun tapi lepas yang kantoi curang dengan kawan baik aku ni, aku tetiba rasa diri sendiri bercakap ‘Sudahlah, u just have enough, leave the guy, he not worth it at all’. So aku ambil tindakan dengan blah. Yes aku blah daripada Azlan, seorang lelaki yang aku puja nak mati, yang aku meroyan siang malam dan habiskan beribu-ribu ringgit, lelaki yang aku dah buang masa selama 5 tahun bersama, and yes sekali lagi aku tinggal dia. Mula-mula dia kena tinggal memang ego habis lah dia cakap pun ayat kasar-kasar seolah-olah tak kisah pun tapi aku sepatah pun tak balas sebab aku dah menyampah, tolak tepi pasal maruah yang aku dah gadai tu, aku rasa aku ada ruang untuk bertaubat dan mula hidup baru daripada terus di layan seperti perempuan murahan. Aku mula berubah, cari balik siapa yang patut aku cinta, iaitu Allah yang Maha Menyayangi dan Maha Mengasihi dan aku dipertemukan dengan seorang lelaki, lelaki tu adalah suami aku sekarang, 360 darjah berbeza dengan Azlan. Sebenarnya suami aku pernah mengorat aku masa aku tengah bercinta dengan Azlan, tapi aku friendzone suami aku sebab setia dekat Azlan tu, tapi dah tertulis jodoh, suami aku tunggu aku dan bila dia taw aku dah break, dia kawan dengan aku, memang kami kawan dan tak ada declare couple apa-apa, beberapa bulan ja kawan, suami aku ajak kahwin dan kami kahwin.
Masa aku nak kahwin aku ada jemput Azlan and best friend aku yang sekarang ni dah jadi girlfriend Azlan, tapi dua-dua tak datang. Aku sebenarnya sedih sebab hilang kawan kerana seorang lelaki. Kawan aku memang kawan yang baik, sepanjang aku dengan Azlan memang aku selalu story pasal aku dengan Azlan, tahu-tahu kawan baik aku tu pulak yang lebih-lebih, pokok tak bergoyang kalau tak ada angin. Dengar ceritanya diaorang dah nak kahwin this end of the year, aku doakan je lah diaorang bahagia hingga ke syurga tapi aku agak terkilan sebab kawan aku sedikit pun tak rasa bersalah, at least a sorry won’t hurt, tapi dah ego so life must go on. Aku pun dah ada suami, dah ada karier dan macam-macam nikmat lagi yang ada yang perlu aku hargai, selain daripada meratap kerana kehilangan seorang lelaki yang tak reti nak hargai. Apa-apa pun kepada sesiapa yang tengah bercinta tu jaga lah batas pergaulan, sebab bila sesuatu dah berlaku memang tak akan ada masa untuk berpatah balik, jangan lah bagi maruah kepada yang tak layak macam aku pernah bagi, aku setiap malam menangis sebab dosa-dosa yang aku dah buat dan juga rasa bersalah pada suami aku walau pada hakikatnya suami aku tak kisah pun sebab dia kata aku ni perempuan yang baik, dan semua orang ada kisah lalu masing-masing.
– Hana
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit