Asalammualaikum semua. Sekiranya post saya dipublishkan di sini, saya berterima kasih sangat2 kepada pihak admin.
Macam ni, saya seorang anak perempuan tunggal berumur 19 tahun. Ibu bapa saya masih berkahwin namun kerap bertengkar. Until now the trauma within is still strong. Walaupun umur saya dah nak masuk 20, tapi setiap kali parents bergaduh I will be too panicked.. selalu mengiggil takut sebab dah dengar parents gaduh.
Saya minta sgt2 parents di luar sana kalau tak ada persefahaman jangan marah di depan anak2. Kesan dari segi emosi sangat tinggi. Apatah lagi saya ni anak tunggal, saya tak tahu nak lari ke siapa. Saya selalu ngadu masalah dekat Allah, tiap tangisan dan kesedihan.
Saya teringin nak memiliki keluarga yg bahagia.. tapi sebab ada je hal nak gaduh, saya dah rasa mcm better divorce jelah. Saya penat dgr luahan dua2 pihak ibu dan bapa dan terpaksa memilih nak siapa.
Nasib baik Islam ada, mujurlah. Tanpa Islam, saya mungkin dah takda dah kot dalam dunia ni. Byk kali juga fikiran saya suicidal. Sebelum ni saya mmg buta agama but after I’ve found Islam, i kept on being strong.
Kalau ada masalah akademik pun, kadang2 saya yg kena marah balik. I did probably will never get the support in terms of life’s difficulties from my parents.
Recently, ibu have caught abah red-handed, he was dating someone else behind our backs. Sampai sekarang anger and hatred saya terhadap org perempuan ketiga tu mencanak-canak. Ni lah orang kata, jgn kacau suami orang. Jangan kacau rumahtangga orang. Masalah yg dah sedia ada sekarang dah lagi bertambah.
Ni, saya duduk dekat hostel sbb taknak balik.. too traumatised by their fights. I surrender to Allah’s will. Cuma, ada masa saya memang tak tahu nak buat apa. When depression sets in, I get clueless and froze in silence/ tears.
I am still learning to be a better Muslim, jadi saya minta kepada sesiapa yg baca ni doakanlah keluarga saya jadi lebih baik. Saya penat dengan sikap ibu yang terlalu cepat melenting dan abah yg terlalu senyap.
– Tina Evans
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit