Assalamualaikum w.b.t.
Salam sejahtera. Saja nak berkongsi cerita.
Aku cuma nak bercerita saat aku kehilangan abah tersayang walaupun aku tak rapat dengan abah tapi kehilangannya buat aku jadi lain. 5 bulan, semua yang aku lakukan mengingatkan aku kat abah. Hampir semua benda pasti tersebut panggilan abah. Aku cuba untuk kuat. Sampai sekarang setiap kali kawan2 bahagia menelefon dan bercakap dengan abah mereka membuatkan hati aku aku jadi sayu. Saat mereka bercerita tentang keakraban mereka dengan ayah aku sedih sebab aku tak rapat sangat dengan abah. Aku lebih rapat dengan mak. Aku terus jauhkan diri dan bagi peluang mereka berbicara. Aku jenis orang yang berdikari, kuat dan tak manja, tapi bila sebut tentang ibu ayah, aku mudah mengeluarkan air mata, aku tak tahu kenapa.
Jumaat.
Aku kehilangan abah di saat aku sedang menduduki peperiksaan akhir semester pada hujung tahun lepas. Disaat aku sedang mengulangkaji pelajaran untuk subjek terakhir yang akan aku duduki pada esok hari. Selepas waktu solat jumaat aku mendapat panggilan telefon daripada emak yang memberitahu bahawa abah sesak nafas dan sekarang dalam perjalanan ke hospital dengan menaiki ambulans. Emak memberitahu kemungkinan besar akan ditahan wad. Aku terkejut kerana sudah sekian lama abah tidak dimasukkan ke hospital (sudah lebih 10 tahun. Sebelum ini pernah juga sesak nafas tetapi biasa2 sahaja). Aku sempat berpesan pada emak supaya sentiasa update perkembangan abah dan aku bagitahu yang aku akan pulang ke rumah esok malam selepas habis peperiksaan akhir.
Selepas tamat panggilan, hati aku berkata “Moga abah baik-baik sahaja. Esok aku dah nak balik rumah boleh aku jaga abah kat hospital”. Aku terus sambung ulangkaji yang tertangguh tadi. Jam 5 petang emak menelefon aku bertanya tentang waktu peperiksaan aku pada esok hari dan aku sempat bertanya bagaimana keadaan abah, mak kata abah masih dirawat di hospital dan mak terus minta izin nak matikan panggilan. Tidak sampai 5 minit, aku dapat panggilan daripada abang aku tetapi bila dijawab rupanya emak yang sedang bercakap. Emak tak bagi salam dan terus kata “Jangan terkejut. Sabar deh. Abah dah takde”. Aku terkedu, terkelu hampir seminit aku tidak bersuara, air mata automatik mengalir macam air terjun tapi aku cover sikit pandang dinding bilik sebab ramai kawan serumah ada kat depan aku (yelah tengah buat study group masa tu). Aku tersedu-sedu masa cakap dengan mak. Lepas tu aku terus telefon pensyarah nak minta izin balik dan tangguhkan kertas akhir ke semester depan.
Aku terus kemas pakaian untuk balik rumah. Masa kemas baju tu fikiran aku jadi macam tak betul. Ke hulu ke hilir nak ambil barang tapi bila sampai tempat nak ambil barang tu aku jadi lupa nak ambil apa, masuk balik dalam bilik baru ingat, aku keluar balik pergi tempat nak ambil barang tu hahaha. Lepas tu bila kawan serumah tanya, aku tak boleh bercakap sebab bila buka mulut nak bagitahu aku jadi sebak nak menangis. Pkul 6 pergi airport. Sepanjang perjalanan ke airport aku diam je. Beli tiket direct kat kaunter nasib baik murah huhu.
Flight 8 malam. Sepanjang dalam penerbangan selama sejam tu air mata aku mengalir tak berhenti sampai bengkak mata, nasib baik sebelah aku takde orang. Jam 10.30 malam dari airport Subang nak balik rumah aku beranikan diri amik teksi airport, taknak susahkan abang kena pergi ambil aku sebab aku tahu semua tengah sibuk. Dalam hati takut juga naik teksi seorang diri tengah2 malam huhu macam2 ada dalam fikiran aku masa tu tapi aku tawakkal jelah. Alhamdulillah selamat jugak sampai. Aku minta driver tu terus ke surau area rumah aku sebab jenazah baru je sampai di surau. Aku turun teksi terus berlari masuk surau nak tengok abah, abang aku yang ambilkan beg dalam teksi. Dari tangga surau aku dah nampak ada sekujur tubuh yang kaku diselimuti kain putih. Aku menghampiri tubuh kaku itu. Sebelum buka kain kafan tu aku tarik nafas dalam2 ambil kekuatan dan bila aku buka kain kafan tu aku nampak wajah abah tenang dan seperti tersenyum. Darah mengalir tidak henti dari mulut dan hidung sebab ada pendarahan dalaman berlaku selepas pembantu ambulans buat CPR dan aku rasa ada organ yang patah sebab tu berdarah. Pegawai perubatan kata itu perkara biasa berlaku. Aku di surau sehingga jam 2 pagi dan terus pulang ke rumah untuk berehat, tapi yg lelaki semua tidur, rehat danberjaga kat surau. Terima kasih semua :'(
Sabtu.
Selepas subuh aku bersiap2 untuk ke surau. Dari jauh aku melihat keadaan surau penuh dengan manusia yang datang melawat abah buat kali terakhir. Penuh segenap ruang orang ramai datang melawat sebab orang kenal abah aku sbg pengerusi surau tersebut. Aku hanya diam tidak bersuara sementara menunggu jenazah abah dimandikan dan dikafankan. Aku langsung tak keluar air mata pada hari itu! Huhu mungkin sebab semalam dalam perjalanan balik rumah tu aku dah puas nangis sampai air mata dah tak ada haha. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Solat jenazah diimamkan oleh abang sulung aku.
Tiba di tanah perkuburan, aku duduk rapat ditepi kubur biarpun sekeliling aku semuanya lelaki, buat pertama kali aku mendengar talkin dan menghayati bait-bait kata yang keluar drpd mulut imam dari awal sampai akhir. Sungguh menginsafkan.
Sedikit lagi talkin nak habis dibacakan tiba-tiba hujan gerimis turun. Hujan turun seakan memahami perasaan aku. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Aku terima ujian Allah dgn hati yg tenang dan berlapang dada. Hidup perlu diteruskan. Fighting.
Kini 8 bulan sudah berlalu, bila aku terbaca apa2 kisah sedih tentang ibu dan ayah di laman sosial, hatiku aku sebak dan automatik air mata mengalir kerana teringatkan abah, saat2 indah di masa akan datang tak dapat lagi aku raikan bersama abah. Sekarang aku tinggal bersama emak, kesihatannya makin terganggu, sakit yang abah alami dulu beralih pada emak. Aku risau kerana aku jarang berada dirumah, hanya masa cuti semester sahaja aku dirumah untuk menolong emak.
Tak dapat aku bayangkan hidup tanpa mak. Mak lah tempat aku mengadu, berkongsi cerita dan segalanya. Mak pon sama, setiap kali aku balik rumah mesti ada sahaja cerita yang kongsi dengan aku, pasal kehidupan adik beradik yang lain pon mak cerita kat aku memandangkan tinggal aku seorang je yang belum berkahwin. Semua benda mak cerita kat aku. Apa2 rahsia, hutang dan segalanya mak beritahu. Setiap kali habis cuti semester dan tiba masa untuk pulang ke kampus, hati aku berat nak tinggalkan emak sebab aku takut, takut kehilangan mak disaat aku berjauhan dengannya.
Hanya doa aku titipkan pada Allah s.w.t semoga mak sentiasa sihat dan selamat dalam jagaanNya. Doakan ye semua.
Nasihat buat kalian yang masih ada ibu ayah, hargailah mereka biarpon kalian tak rapat tapi aku pasti dan yakin kalian akan terasa kehilangan mereka saat mereka sudah tiada disisi dan akan berkurang satu doa mustajab ibu ayah yang selalu mendoakan kejayaan anaknya.
Terima kasih.
– Ciksu
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit