Aku teringin gak nak share apa yang aku rasa…aku harap apa yg aku share ni ..dpt dishare oleh admin dan rahsiakan identiti aku ..dan aku harap pembaca-pembaca dan aku sendiri dapat manfaatnya…lagi2 muslimat aka wanita2 islam
Saban hari kalau kita perasaan ramai muslimat yang bertutup sini sana , tapi gemar mengupload gambar2 di instagram…facebook….” ehh ni x kecam siapa2 ye..cuma mana yang baik kita ambil ”
Aku share sini, bukan nak kata aku baik atau apa…tapi rasa-rasa benda ni perlu dishare kan … supaya muslimat2 islam akan lebih terjaga dan jauh dari fitnah insyaAllah
Muslimat …kita ni kena ada sifat malu dan sifat berhati-hati dari setiap tindakan kita …sebab kita ni ..bila keluar rumah je …fitnah akan berada di sekeliling kita …tidak kesah lah kita bertudung labuh ,berniqab ,berjubah..fitnah akan tetap ada ,lagi2 akhir zaman ni
Tidak salah kalau nak upload gambar….tapi bagi aku sendiri bagi seorang muslimah ..kita kena lah berpada2 untuk post2 gambar ni ..
Sebab orang yang ada dekat instagram kita…facebook kita …bukan sejenis jantina sahaja ,tetapi dua2 jantina ada
Lelaki dan perempuan
Engkau suka ye…kecantikan engkau …kecomelan engkau… kemanjaan engkua engkau …keseksian engkau ditatap oleh lelaki yang bukan suami engkau …? Nanti engkau dah kahwin …suami engkau dapat apa ? Kat sini boleh fikir2 kan
Nak upload gambar boleh …tapi ikut lah syarat2 ni :
– ramai2
– menutup aurat
– jarak jauh
– x mendatang kan fitnah
Haaaa….kalau lepas syarat ni. Kau nak upload,upload lah .
Tapi kalau x upload,lagi cantik .
Bagi peniaga2 pulak , aku bukan nak kecam peniaga2 ye …tapi aku ada pernah terjumpa 1 page ni , dia menukarkan gambar model-model bertudung dia ..kepada gambar kartun ,dan alhamdulilah perniagaan dia berjaya
Nak cakap dekat sini …rezeki tu akan datang jugak even x tunjuk gambar berpusing-pusing seakan-akan princess *ehh betul ke eja ni .* .bermekap tebal2, keluarkan suara2 manja, mata berkedip2, bergambar seoleh nak kata kat dunia..akulah bidadari dunia adehhhh … kalau perempuan sendiri tengok pun dah suka .lelaki apatah lagi.awak…tolong jaga diri ye. Kita sama2 perempuan . lagi 1 bagi yang berniaga ni .dalam engkau berniaga . Keberkatan pun kena jaga ,aurat model2 engkau pun kena jaga sebaik mungkin , dan untuk mengelakan sesuatu dari fitnah puj tanggungjawab engkau
Haaaaa….panjangkan sori2
Ni last aku celoteh ,
Bagi ibu2 pulak
Aku respect pada ibu-ibu yang dah ajar anak perempuan nya dari kecik,untuk kenal pakaian sunah iaitu niqab ,tapi wahai ibu2 sekalian, aku pernah terbaca ” ajarkan anak mu sifat malu dahulu , baru ajar dia berniqab”
Nak kata dekat sini ,malu tu wajib ada dan perlu diajar sebelum ajar anak2 kita untuk berniqab ,sebab dengan sifat malu tu yang akan jaga dia dari benda2 yang boleh mendatangkan fitnah pada anak kecil mu ketika dia besar nanti .
InsyaAllah .
Last sekali,terima kasih admin siarkan celoteh aku ni harap ada kebaikan kepada kita semua .insyaAllah
Aku tulis ni ,aku bukan nak kecam siapa2,tapi aku yakin ni salah satu dakwah dan diakhirat nanti.aku harap aku ada jawapan untuk dijawab di depan Allah berkaitan dakwah terhadap wanita islam .
InsyaAllah apa yang aku tulis untuk peringatan diri aku jugak sebagai wanita islam di akhir zaman .
Mana yang baik datang dari DIA .yang buruk datang dari kelemahan aku sendiri .
” corak generasi akan datang …ditentukan oleh corak kehidupan mu sekarang , wahai wanita2 islam ”
-HAMBAALLAH-
– ZinnirahSofea
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit