Assalamualaikum. Aku nak share tentang adik perempuan aku. Kami beza umur 4 tahun. Keluarga aku bukan lah keluarga yang islamik, terlalu banyak yang perlu diusahakan terutama dari segi solat (mohon doakan kami). Tetapi dalam keluarga aku ini, aku rasa adik aku la yang paling baik. Aku malu walaupun aku kakak tetapi dia lebih banyak menjadi contoh kepada aku.
Contoh pertama, dari segi aurat. Dia yang mula-mula menutup aurat dalam kalangan sanak-saudara sedangkan aku pula malu untuk mulakan dulu sebab takut akan pandangan saudara lain yang tidak menutup aurat. Aku tabik dengan prinsip dia yang kuat walaupun nenek aku pernah try suruh dia buka tudung sebab macam panas. Dan sejak itu,
beberapa saudara aku turut mengikuti sebab segan pada adik aku yang lebih muda tetapi tetap dengan tudung sarungnya di kepala. Malah di sekolah dia juga sering memakai handsock nya. Dan kalau pergi bercuti, pergi pantai pon dia pakai stokin. Banyak yang aku belajar dari dia dari segi aurat seorang wanita.
Contoh kedua, dari segi pembacaan quran. Adik aku dah ada quran terjemahan sendiri sejak dia sekolah rendah hadiah ustazah dia. Sedangkan aku baru merangkak nak baca terjemahan quran waktu umur 18 tahun. Itu pun terpaksa beli sebab nak masuk asasi dan banyak quran sekarang dah set dengan terjemahan. Sebelum ini aku hanya baca quran yang besar lama yang tiada terjemahan tu. Dan sepanjang aku hidup dan solat serta mengaji sebelah dia, dah beberapa kali aku nampak dia baca quran terjemahan sambil menangis. Waktu tu aku tak faham kenapa hati aku tak terusik nak baca terjemahan juga. Betapa kerasnya hati aku. Setelah ada quran terjemahan sendiri baru aku tau betapa ruginya selama ni aku tak baca terjemahan. Alhamdulillah, aku bersyukur aku sempat khatamkan terjemahan sebelum aku mati. Betapa adik aku bertuah dapat memahami ayat-ayat Allah pada usia yang begitu muda.
Contoh ketiga, dari segi solat. Adik aku ialah tokoh pelajar spm di sekolahnya. Sebuah sekolah harian biasa. Dengan resultnya yang straight A, dia hanya memohon melalui upu sebab hanya ingin belajar dalam negara. Dia telah dapat tawaran ke asasi pintar ukm. Berbanding asasi lain, asasi ukm perlu menjalani ujian komputer 3 jam sebelum layak dipilih. Ditakdirkan padah hari kejadian iaitu ujian pada pukul 2pm, adik aku sampai di saat ujian hampir bermula disebabkan sesat dlm ukm. Ditakdirkan pula, dia tak boleh masuk ambil ujian disebabkan dia tak tau perlu membayar sejumlah wang dan perlukan resit sebagai bukti. Jadi bertungkus-lumus cari bank utk bayar. Dia masuk ambil ujian pada pukul 2.30pm. Dia masuk yang paling lewat. Sepatutnya paling lewat boleh masuk katanya 2.15pm,tapi oleh sebab kesian org tu bagi masuk. Namun, dia juga yang keluar paling awal pada pukul 4.30pm dengan alasan dia masih belum solat zohor! Disebabkan segala kekabutan pada pendaftaran jadi tak sempat. Dia siap ada tinggalkan satu slot modul yang mengandungi sub-soalan dan beberapa soalan lagi yang tidak dijawab. Apatah lagi, dia menjawab dalam keadaan yang nak cepat dan stres dimarah ibu sebab cuai tak baca arahan pembayaran betul2. Dan guess what, dengan izin Allah dia lulus ujian tu. Kawan dia yang turut ambil pon ade yang tak lulus. Dari ramai2 yang ambil, hanya seratus lebih yang terpilih dan dia salah seorangnya. Aku kagum dengan dia yang sangat utamakan solat dan mungkin terpaksa korbankan impian dia untuk masuk situ. Kalau aku dalam situasi itu, aku dapat rasa aku akan skip solat aku dan qada serta mohon ampun pada Allah kemudian. Betul la, Allah janjikan prtolongan dan kejayaan bagi mereka yang memilih Allah melebihi segalanya. Alhamdulillah, sekarang dia tengah belajar di asasi. Doakan dia guys sebab asyik mengadu pada aku susah. haha.
Kesimpulannya, sebagai kakak, aku bangga mempunyai adik seperti dia. Moga dengan kehadiran dia dapat beri sinar keimanan dalam keluarga kami yang masih banyak perlu diperbaiki. Dan saya memohon agar pembaca dapat mendoakan keluarga kami. Cukup lah doakan kami semua cukup solatnya, insyaAllah setelah itu Allah akan jaga. Terima kasih.
– Kakak
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit