Sukan SEA KL 2017

Salam sejahtera semua. Terima kasih admin kerana sudi menyiarkan confession saya.

Terlebih dahulu saya ingin meluahkan rasa bersyukur kerana dapat menjadi sebahagian daripada Sukan Sea kali ini iaitu salah seorang daripada 1000 ahli pasukan sorak rasmi atlet negara. Saya rasa bahawa ramai yang maklum bahawa kami merupakan pelajar dari salah satu ipta yang ahak gah namanya.

Kami baru sahaja bertugas selama dua hari (sehingga artikel ini ditulis) dan semangat untuk menyokong apa2 sahaja perlawanan yang melibatkan atlet kita, saya akui bahawa perasaannya itu amat sukar digambarkan. Misalnya sewaktu bersorak untuk team ragbi semasa pusingan kumpulan, rasa sebak itu terus datang ketika Malaysia menang, walaupun baru di pusingan kumpulan. Bukan sekali tetapi pada setiap kemenangan, terutama ketika menentang Filipina kerana mereka bangkit pada saat akhir. Rasa itu tidak dapat digambarkan dengan kata2. Air mata laju sahaja mengalir walaupun ketika itu matahari sedang membahang. Dan syukur kerana hari berukutnya, mereka berjaya menghadiahkan pingat emas buat negara.

Sebenarnya, jauh di sudut hati saya agak terkilan dan sedih kerana kami diberitahu bahawa pasukan sorak tidak akan dihantar ke Stadium Bukit Jalil untuk acara perasmian. (begitu juga dengan acar penutup nanti :'( ) Kami hanya mampu untuk menonton siaran langsung melalui skrin besar yang disediakan oleh pihak kolej. Memang amat gilang-gemilang majlis perasmian itu, dan gimik menyalakan obor juga penuh simbolik. Rasa bangga dan syukur membuak-buak di dada. Sewaktu lagu Negaraku berkumandang, hati ini sebak kembali. Alangkah eloknya sekiranya Sukan Sea ini betul2 menjadi elemen n mangkin kepada perpaduan dan kesepakatan antara negara2 ASEAN.

Hal ini kerana Malaysia terus dikutuk dan dikecam hebat lantaran kesilapan besar yang dilakukan dengan bendera Indonesia. Walaupun permohonan maaf sudah dilakukan oleh KJ, namun pihak sana tidak akan pernah berpuas hati dengan Malaysia. Insiden panas tidak terhenti kerana pasukan sepak takraw wanita pula berakhir dengan penuh kontroversi dan spekulasi ketika tuan rumah menentang Indonesia semalam.

Di sini, saya juga ingin menyentuh sikap pasukan sorak saya sendiri iaitu tidak memberi sokongan dengan bersungguh-sungguh. Saya dapati mereka tidak ikhlas dalam menjalankankan tugas kerana sewaktu Indonesia mula mendahului pada babak kedua, ahli kumpulan saya yang duduk di barisan belakang mula untuk bercakap-cakap dengan komen negatif, padahal tugas dan tnaggungjawab kami di situ adalah memberikan sokongan yang padu untuk menyemarakkan semangat atlet. Rasa kecewa pula apabila mereka hanya bersorak dengan ala kadar dan tidak sepenuh hati malah seperti memperlekehkan pemain negara kerana mula ketinggalan. Sepatutnya, tanggungjawab harus dilaksanakan dengan betul, kerana mereka sendiri menyertai pasukan ini dengan rela hati. Kami tidak dipaksa untuk menyertainya. Kami juga tidak diberi elaun, tapi penginanapan dan makanan percuma yang disediakan sudah sangat memadai. Memang segelintir tidak pandai bersyukur dengan nikmat yang diberikan dan hanya pandai mengutuk sahaja.

Sikap Malaysia sebagai tuan rumah juga mengecewakan kerana mereka mem”booo” pasukan Indonesia. Seharusnya kita bertindak matang dan bukan menjadi sama ” bego” dengan team lawan. Ini saya tujukan kepada semua jenis sukan. Provokasi yang melampau kepada pihak lawan tidak diperlukan, cukuplah sekadar kita meyokong atlet dengan sepenuh hati ketika atlet Malaysia beraksi. Sukan juga salah satu elemen penyatuan kerana pelbagai bangsa saling memberi sokongan kepada pasukan yang sama.

Sesungguhnya saya menyeru semua rakyat Malaysia, tidak kira pasukan sorak, sukarelawan, mahupun yang menonton di venue ataupun di rumah, marilah kita memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada team Malaysia agar kita dapat menjadi juara keseluruhan!
Ingin saya memohon maaf sekiranya entri saya telah menyinggung mana2 pihak. Ini merupakan luahan jujur dari hati saya. Sekian terima kasih.

– Miss J

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit