Hi, Im lzz and im 18. Im a girl with a problems face.
tertanya aku sendirian – kifarah lampau aku yang tak bersyukur atau dugaan kerana aku mampu.
tingkatan 3 aku dah terjebak. muka normal sesekali baru naik jerawat – khilaf mungkin kerana nak sangat muka yang cerah (walhal tak gelap mana) aku mula pakai *produk X penutup pink – krim siang warna kuning, krim malam warna putih. kesan dia memang cepat dan ketara. girang tak terkata. im in love with my skin masa tu. aku gembira kawan-kawan perasan dan puji.
berbulan kemudian – lama kelamaan muka mula ditumbuhi jerawat. idk why aku tukar boleh pakai *produk Y sampai 2 kali. second set dah rasa tak ngam. lepastu tukar pakai produk lain pulak. ada yang mula mula ok lepas tu tak ok. tapi alhamdulillah muka berjerawat tapi takda ah kronik.
2016 awal tingkatan 5 aku mula sedar like “aku mesti tamatkan semua ni” tepek kat muka tak jalan, try pulak suppliment makan. beratus juga habis tetap tak jalan. in the end buat kisah tak kisah. dalam 1 year tu pakai *produk Z pastu *produk XY alhamdulillah kulit okay bersih but still – liang pori besar, parut jerawat ada (memang suka kuis jerawat pakai jari) <– my mistake. jerawat pun ada tumbuh tapi sikit.
anjalnya kulit muka kurasai makin menipis.
2017 perawalan bulan 5 – ada terbaca 3 fb user share produk apa dia pakai from breakout sampai muka ok. rata-rata pakai produk drugstore. I decided to *Waksen to buy what they use but akak kat sana suggest pakai *produk XYZ sebab dia pakai ok dan sebab dia kata kulit muka aku dah nipis. pakai benda lain kang lagi nipis.
berhabis RM80 : otw sebulan dah pakai *produk XYZ muka makin teruk. jerawat nanah pun keluar. suddenly I was like Ya Allah angkatlah dugaan ini ya Allah.
And somehow I feel bad. perasaan tu macam aku dah menzalimi diri aku sendiri. Allah dah bagi semua elok tapi aku tak bersyukur. selalu juga tengok balik gambar lama-lama masa muka okay. rindu sangat kulit dulu. sedih, kecewa semua ada tapi aku redha – dan bersyukur
I realise that all we need is bersyukur. please love yourself, I dont simply trusting local product anymore. rata-rata sama saja – macam pack timbang kilo. I started to start everything with DUIT : Doa Usaha Istiqamah Tawakal. ok lah may peace be always upon you everyone.
with love, Assalam
– gadis
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit