Assalamualaikum. Aku harap confession aku ni di publish sebab aku masih keliru dengan diri sendiri.
Aku seorang pelajar di salah sebuah universiti awam di jb, berumur 22 tahun, seorang wanita.
Nak dijadikan cerita, aku selalu mengalami perasaan yang kadang-kadang aku pun tak faham dengan diri sendiri. Aku seorang yang mudah marah dan kadang-kadang boleh jadi seorang yang penyabar(yg ni kdg-kdg je). Mood aku selalu berubah-ubah kadang-kadang aku sejenis yang happy go lucky and kadang-kadang aku jenis yang pendiam, suka menyendiri, termenung dan tak mampu nak bercakap. Majority kawan-kawan aku anggap aku seorang yang very talkative and seorang yang bercakap pantas dan menyebabkan orang memberi gelaran kepada aku sebagai mulut murai. Ada satu ketika aku akan bercakap tanpa henti dalam sehari tu. ada masa juga dengan roommate aku pun aku tak bercakap langsung walaupun dia tak ada buat salah dengan aku. Sebab aku yang rasa atau tak ada mood untuk bercakap.
bila aku balik cuti sem, semua tugasan rumah diserahkan kepada aku sepenuhnya kerana aku dianggap sebagai anak perempuan yang wajib melakukan kerja rumah tanpa bantuan adik beradik lelaki yang celik mata terus lunch, baju siap lipat, dan hanya menunggu semuanya dibereskan oleh aku seperti melayan anak raja. Waktu itu, aku akan bersifat pendiam dirumah, tidak bercakap walau sepatah kata, pemarah dan ianya berlarutan berminggu-minggu. Kadang-kadang bila mak aku bercakap dengan aku pun, aku bagi respon angguk atau geleng ataupun aku tak bagi respon langsung. Tapi, sebelum tidur tu aku selalu fikir apa aku dah buat harini. Kenapa perilaku aku aneh macam tu. kadang-kadang rasa nak nangis sebab kenapa aku jadi macam tu. rasa diri tak berguna, rasa lonely. Rasa macam tak dipedulikan. Kadang-kadang pernah ada rasa nak lari rumah.
Selain tu, aku perasan juga aku jenis yang suka berbelanja. Bila mood aku okay, semua benda aku nak beli. Nak belanja kawan-kawan makan, belanja family makan tanpa kira berapa total. Tapi lain pula bila satu masa aku jadi macam kedekut dan berkira.
Oh ya, ada satu masa aku jenis yang akan bersemangat lain macam. Contohnya, masa aku dalam tempoh nak diet dan aku akan rasa bersemangat nak jogging tiap petang dan kadang-kadang aku mampu jogging 2 atau 3 round walaupun normally aku tak mampu habiskan even satu round pun.
Sebenarnya banyak lagi perangai pelik yang aku ada. Cuma, nak cerita dekat sini macam terlalu panjang lagi. Apa pandangan kalian tentang apa yang aku cerita? Adakah itu hanya mood atau character aku ataupun memang benar aku ada simptom bipolar disorder? Jika ya, apa yang perlu aku lakukan atau step yang perlu aku buat untuk consult dengan doktor? Patut aku terus pergi mana-mana hospital mental untuk terus consult dengan doktor? Ataupun melalui klinik biasa dulu. Moga ada yang boleh beri idea sebab tak ada orang terdekat pun yang tahu masalah aku.
– Miss F
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit