Kahwin oh Kahwin

Bila dah berumur 20an ni, makin kerap aku dengar berita tentang kawan-kawan yang dah sampai ke jinjang pelamin. Alhamdulillah. Barakallahu lakuma. Kadang-kadang ada juga tertanya pada diri sendiri, ‘bila aku pula nak kahwin?’, sebab macam seronok saja tengok orang lain dah jumpa “pemilik tulang rusuknya” itu.
Tapi, sejurus lepas tu, mesti akan datang soalan lain yang menerjah fikiran. ‘aku ni dah bersedia ke nak berkahwin?’.

Ya, kahwin ini bukan suatu yang mudah. Berdasarkan pemerhatian aku terhadap orang sekeliling aku yang sudah berumah tangga, alam yang baru itu memang di luar jangkaan sebenarnya. Ia bukan sekadar I love you, you love me, then it’s enough to make us live hapily. Itu belum cukup, sebenarnya.

Perkahwinan itu memang sangat perlu pada persediaan yang rapi. Bukan sekadar luaran, tapi dalaman. Bukan hanya perlu belajar memasak saja, malah perlu mengisi hati itu dengan segala macam ilmu. Perlu hiasi setiap hari itu dengan pelbagai amalan. Biar ia akan jadi suatu amalan yang istiqamah, berterusan walau sudah beranak-pinak nanti. Sebab apa? Sebab, bila kau dah kahwin nanti, dah ada anak, kau ingat sempat ke nak pergi ke majlis ilmu tu? Kalau kau boleh pergi pun, kau gerenti ke boleh hadam sepenuhnya apa yang guru tu cuba sampaikan? tiba-tiba anak merengek nak susu, nak tidur, lampin basah. Memang takkan sama macam masa kau belum kahwin dulu. Kadang-kadang, sampaikan wirid lepas solat pun tak sempat dek memikirkan kerja-kerja rumah yang tak sudah tu. Hanya doa saja yang sempat.

Perkahwinan itu memang sangat perlu pada ilmu. Ilmu tentang cara mengurus perasaan marah. Ilmu tentang cara berkomunikasi yang berkesan. Ilmu tentang jenis-jenis manusia. Ya, jenis manusia tu pun berbeza ya. Jangan ingat semua manusia ni sama saja perangainya. Dengan mengenali jenis pasangan masing-masing, barulah boleh timbul keserasian, dan toleransi. Ilmu psikologi kanak-kanak. Jangan ingat macam mana mak ayah kau didik kau, macam itulah anak kau perlu dididik. Ilmu agama tak perlu cakap lah. Itu sudah semestinya, dan macam-macam lagi ilmu yang perlu kita ada.

Perkahwinan itu juga amat perlu pada komunikasi dua hala. Sebab hanya komunikasi begini saja yang paling berkesan. Ada pasangan yang aku jumpa, selalu merungut tentang si suaminya itu ini soksek soksek. Tapi apabila di depan suaminya, langsung tak bersuara. Kau cerita pada orang luar masalah suami kau, tak selesai masalah kak. Bawa berbincang dengan pasangan. Masing-masing cakap apa yang tak puas hati. Baru lah masing-masing tahu kelemahan sendiri. Manusia itu mana ada yang sempurna. Sebab itulah seorang mukmin itu adalah cermin bagi mukmin yang lain. Sebab tak semua orang nampak dan tahu kesalahan dia sendiri. Ya, cakap memang mudah kan. Tapi memang nak taknak itulah solusinya. Buat apa nak malu. Itulah suami/isteri yang kau dah pilih untuk sehidup semati.

Lastly, dalam satu perkahwinan itu, yang paling penting sebenarnya ialah adanya IMAN yang kuat pada Allah. Ada kebergantungan yang tinggi pada Dia. tak kisah lah sedalam mana ilmu kau tentang cara tahan marah, tak kira la hebat mana kemahiran komunikasi kau, kalau takda iman, susah juga nak cakap. Sebab iman tu lah fokus utama dalam perkahwinan tu. Contoh macam ada seorang isteri ni, mungkin sebab dia suri rumah dan ada anak yang ramai, jadi kadangkala dia mudah sangat untuk marah. Sampaikan kadangkala aku pun hairan macam mana si suaminya boleh bertahan dengan bebelannya. Rupanya di sinilah pentingnya Iman itu. Setiap kali lepas marahnya reda, si isteri tu pasti akan reflek balik dirinya, dan akan sukarelanya minta maaf semula pada si suami. Kau rasa kalau takda Iman di situ, mereka ni boleh bertahan lagi tak bersama? Walaupun dia tak ada ilmu nak tahan sabar ke, komunikasi ke, tapi sebab masih takutkan Allah, solat tak tinggal, Quran tak lupa, inshaAllah segalanya Allah pelihara.

Jangan ingat kahwin tu untuk seronok saja, ingat, sebagaimana keadaan kau yang sekarang, macam itulah juga gaya pasangan yang kau akan dapat. Lebih kurang. Kalau subuh pun selalu terbabas, STOP. Jangan cakap tentang ni. Pi main jauh-jauh. Kahwin ni untuk orang yang dah matang saja, yang dah bersedia pikul tanggungjawab orang lain atas bahu dia. Kalau tanggungjawab sendiri pun tak beres lagi, macam mana tu?

That’s it. My random talk to myself about “realiti perkahwinan”.

So, have you prepared enough?

– Aku

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit