Assalamualaikum wbt para pembaca IIUM Confession. Syukran Admin kalau post ini tersiar. Untuk confession kali ini, saya nak confess tentang mulut2 orang yang agak tajam ibarat pedang seperti tajuk di atas dan harap dapat dijadikan pengajaran.
Ya, kita manusia merangkap khalifah di muka bumi ini tidak se ‘maksum’ Rasulullah S.A.W kerana kita tidak lepas daripada berbuat dosa, tetapi kita diberikan akal fikiran yang waras untuk me refleksi diri kita selepas menjalani kehidupan seharian. Ok, done muqadimah.
Baik, apa yang saya nk sampaikan sebenarnya ialah, ramai manusia zaman sekarang tidak tahu menapis percakapan ketika menegur ‘rakan’ mereka. Cakap main lepas. Rasa nak kutuk, kutuk. Ibarat mereka tahu yang mereka bakal ditempatkan di Syurga Firdaus selepas dihisab.
Sebahagian manusia pada era ini tidak memikirkan soal hati orang lain. Kesian saya melihat rakan2 yang kekurangan seperti hitam legam, besar dan gemuk dan lelaki lembut yang kadang2 dihina di khalayak ramai. Allah maha berkuasa mencipta apa yg Dia kehendaki dan ciptaanya itu indah. Malah, si penghina yang ‘asyik’ menghina ibarat sudah tahu bahawa masa depannya itu cerah tanpa cacat cela bak matahari yang menyinar di pagi hari.
Kesian saya melihat mereka yang dihina. Kadang mereka malu tak terkata. Fokus hilang entah kemana. Daripada extrovert ke introvert. Pernah saya terdengar kawan saya dihina oleh bakal ahli syurga yang pandai dan sado orangnya. Kawan saya ni lelaki yang lemah lembut dan manis orangnya. Si ahli syurga bertanya di khalayak ramai,” wei, kau ni memang lahir lembut macam b*p*k eh..hahaha” sambil tertawa sinis dan yang lain juga turut mengukir senyuman gumbira.
Lalu kawan saya dengan malunya juga turut tersenyum manja walaupun saya tahu di dalam, ‘hati’ nya ibarat dihiris pedang. Kawan saya ni baik orangnya. Pernah saya lihat dia terhangguk-hangguk duduk menghafal ayat2 daripada kitab suci Al Quran dan saya kadang2 malu dengan dia. Tapi itulah, orang lebih melihat kekurangannya.
Banyak lagi rakan2 saya yang dimalukan dikhalayak ramai. Tetapi Alhamdulillah mereka masih bersabar demi melawan nafsu yang bakal membawa kepada keruntuhan. Pensyarah saya juga pernah berkata, “kalau kita nampak orang yang pelik2 ni, kita doakan saja kebaikan mereka. Kita tak tahu masa depan kita macam mana”.
As long as hati mereka yang kekurangan itu masih memegang teguh kepada Pencipta, kita layanlah mereka seperti orang lain supaya mereka selesa dengan kita. Bagi mereka2 yang mungkin jauh dari Tuhan sampai melakukan benda yang bukan2, kita doa yang baik2 saja. Allah maha Adil. Sebab tu ada petikan lagu mengatakan,
“IMAN ADALAH MUTIARA,
IMAN TIDAK BOLEH DIWARISI”
Sekian,
Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
– Iman
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit