Bukan Cerita Cinta

Terima kasih admin menyiarkan konfesi saya

Umur aku awal 20 an. Aku belum berkahwin dan tak pernah bercinta. Masih belajar. Apa yang saya nak tulis ni utk bacaan para2 wanita muda di luar sana.

Kawan-kawan sekeliling aku hampir semua dah ada pasangan. Bestfriend aku, roommate, classmate, coursemate aku semua dah ada bf. Sejujurnya.. aku tidak kisah dengan kehidupan mereka. Sebagai kawan yang baik.. aku sentiasa ada bila diorg ada masalah dgn bf diorg..aku sentiasa jadi tempat meluahkan masalah bila bf diorg ni buat hal. Aku tak kisah.. atleast ak dapat bagi manfaat kat kawan2 aku walaupun sikit. Tapi benda yang paling aku tak tahan.. bila kawan2 aku ni sibuk pasal jodoh aku. Tanya bila nak kahwin.. bila nak tunang. Padahal jelas2 aku ni single tak ada sesiapa dan tak berminat dgn hubungan percintaan sebelum kahwin. Aku bukan lah anti lelaki tapi bagi aku jodoh bukan matlamat utama dalam hidup. Kita tak perlu fikir tentang jodoh or lelaki or our bf 24 jam.
Aku jadi sangat rimas. Kawan baik aku pun tak habis2 nak usik aku dengan lelaki-lelaki yang sama course. Aku dah cakap dengan diorang aku tak suka dengan apa yang diorang buat.. tapi biasalah permpuan ni makin dinafikan makin semanagat diorg ejek. Aku biar je sebab malas nak nafikan sampaikan lama2 aku sangat2 meluat. Sangat. Seriously.

Point aku ialah.. it’s all about mindset. Budak2 muda sekarang rasa kalau kau single kau tak normal. Lagi2 umur 20 an mcm aku ni kan. And kalau kau ada bf kau rasa kau hot. Aku respect siapa yg couple dgn niat utk akhiri couple itu dengan perkahwinan sebab ada je sebenarnya orang2 yang couple hanya kerana kesunyian ( walaupun sebenarnya couple tu sendiri pun dah berdosa ). But.. please girls.. don’t spend most of your time thinking about BOYS. Kau boleh je ‘couple’ dengan dia utk cop sementara menunggu ke alam pertunangan dan perkahwinan tapi try to hold yourself daripada buat dosa2 yang orang couple lain selalu buat mcm dating dan apa2 lah dosa2 yang korang suka buat.

Banyak member2 perempuan(lelaki aku tak pasti. Kawan lelaki aku, aku tgk bnyk utamakan kawan brbnding gf haha) yang aku jumpa sanggup tinggal kawan2 sebab boyfriend.. tinggalkan tu maksud aku.. kau lebihkan bf kau atas segala2 nya. Sakit muntah sedih kawan perempuan kau, kau biar je. Tapi masa clash or boyfriend buat hal baru kau terhegeh2 cari kawan2 baik kau yang kau abaikan selama ni. Aku lah tu antaranya. Aku bukanlah tak nak tegur direct. Tapi kalau cakap kang depress pulak. Dah lah baru kena tinggal dengan bf.. bestfriend pulak bebel en.

So girls. Jgn jadikan matlamat hidup kau cari jodoh or cari boyfriend or fikir pasal crush. Nanti kau yang sakit merana. Hidup ni kena bergantung 100 percent kat Allah je dik. Sakit susah senang sedih semua cerita kat dia. Kau tak perlukan pun boyfriend kau tu untuk memecah kesunyian kau kat dunia ni. Possible je untuk kau hidup single tanpa dosa dalam masa yang sama kau bahagia dan tenang. Aku tak tipu.

Aku tulis ni bukan sebab aku benci korang or bukan sebab aku rasa baik. Tapi aku dah penat dengar kawan2 aku sedih nangis depress sebab laki2 kat luar sana. And sebab aku dah penat dengan kawan2 aku yg sibuk pasal jodoh aku. Haha. Be matured girls.

Yang benar,
Bella bukan nama sebenar

– Bella

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit