Salam kepada readers sekalian.Terima kasih kepada admin kalau confession ni dipostkan.Kenalkan,aku perempuan,20 an dan masih belajar.Aku nak kongsi dengan kalian semua serba sedikit tentang kisah hidup aku dan ayah aku.Aku anak sulung dari 3 adik beradik.Dan macam anak sulung yang lain memang akulah harapan utama keluarga agar aku boleh mencorakkan perjalanan adik adik aku.
Ayah aku seorang yang sangat bertanggungjawab.Ayah akan sedaya upaya memenuhi permintaan kami.Untuk makluman keluarga aku ni bukanlah senang mana.Ayah seorang penoreh getah..tapi kami sekeluarga tak pernah tak cukup makan..alhamdulillah.Dan ayah ada satu pantang.Pantang ayah aku adalah MENANGIS.Dan benda tu la yang aku selalu buat.Ayah memang tak suka kalau kami adik beradik menangis.Ayah cakap hati mesti kental semangat mesti cekal.
Dalam apa jua hal pun,ayah tak bagi kami menangis..adik adik aku memang dah jadi kental la bila kena basuh dengan ayah.Lain pulak cerita aku.Menangis dengan aku memang bestie.hahaha.Sebab bagi aku menangis memang buat aku lega.Kalau aku buat benda lepastu benda tu tak jadi pun aku nangis.Disebabkan itu akulah yang selalu dibasuh ayah.hahah.Tapi aku tetap aku.Menangis jugak.
Sampailah satu hari,aku kena settlekan sesuatu.Aku dah tertekan sebab aku buat benda tu lama.and memang aku yakin tiada benda yang tertinggal pun.Tapi ada jugak yang masih tak settle.Aku mengadu pada ayah.Sampailah satu tahap tu aku cakap aku letih.aku stress.aku give up.Tiba tiba aku tengok air mata ayah jatuh.Ya Allah ayah yang selama ni kuat,garang, dan cekal tiba tiba menangis.Perasaan aku masa tu tak tentu hala.Aku rasa macam nak patah balik masa then simpan je semua rasa letih dalam hati aku.Ayah cakap dia lagi letih.Kesana kesini cari kerja.Lepastu aku cakap kat ayah.”Takpalah ayah,along boleh ja buat sendiri.Ayah letih kan?”ayat aku masa tu memang macam nak melawanlaa..Ayah aku cakap “Ayah ikut along kesana kesini tu bukan ayah tak harapkan along,tapi ayah prihatin dengan along”ayah cakap lagi and ayat ayah ni memang buat aku menyesal seumur hidup.”Ok baik,lepas ni ayah takkan ambik tahu pasal along dah”Aku menangis terus masuk ke bilik.
Esok pagi,aku pergi minta maaf pada ayah.Alhamdulillah ayah maafkan aku.
Malam tu jenuh jugaklaa aku nak rendahkan ego aku(jangan ingat perempuan tiada ego ye).Aku risau jugak kalau kalau ayah aku buat tak tahu je bila aku mintak maaf.Sebab hal ni pernah terjadi.Tapi tu makndak akulaa.Dia buat hal.lepastu minta maaf.Memang ayah aku buat tak tahu laa sebab ayah aku ni jenis yang payah sikit nak lupa benda yang orang buat dekat dia.Tapi alhamdulillah ayah aku maafkan aku.Ayah cakap sebab aku anak dia so dia maafkan.Kalau aku orang lain memang dia buat tak tahu laa.Meremang jugakla bulu hidung aku time tu.heheh.
Itu jela yang aku nak kongsikan.Maaf kalau cerita ini membosankan.Satu saja pesanan aku kepada readers semua.Awasi percakapan kita dwngan ibu bapa.Terkadang pendam apa yang kita tak puas hati tu lebih baik dari bersuara.Sebab kita tak tahu apa perasaan ibu bapa kita.Jangan disebabkan satu perasaan yang tak penting merosakkan pertalian darah yang dah lama wujud.Hargailah mereka sekiranya mereka masih ada.sekiranya mereka sudah tiada bantulah mereka supaya mereka menjadi ahli syurga.Biarlah kita anak anak yang menjadi penyebab ibu bapa kita masuk ke syurga Allah taala.
Sekian,
– Zaa’ba
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit