Hello ! Thanks kalau admin sudi siarkan artikel aku ni. Aku nak kongsi beberapa pendapat. Antibiotics. Aku tak tahu kenapa sekarang ramai salah gunakan antibiotics. Yelah, sakit sikit je nak beli antibiotics, sakit sikit je minta antibiotics, Kadang2 , bila doctor tak kasi antibiotics, mula la argue dengan doctor, nak juga antibiotics, katanya saya tidak akan sihat kalau tiada antibiotics, Awak lagi pandai dari doctor. Awak, tak semua penyakit memerlukan antibiotics. Sebabtu Antibiotics juga merupakan salah satu ubat terkawal, kena prescribe dari doctor baru awak boleh amik. Kalau doctor tak kasi, makna nya badan awak tidak memerlukan antibiotics . Kalau yang doctor kasi antibiotics untuk yang memerlukan, taknak pula dia makan, membazir macam tu je. Pastu buang.
Tahu tak kenapa antibiotics tak boleh sewenang wenangnya ambil? Sebab penggunaan antibiotics harus dikawal untuk memastikan bekalan ubat itu sentiasa ada bagi rawatan yang betul betul memerlukan kerana kita tidak mahu nanti lambat laun kita tidak lagi mempunyai ubat sekiranya terlalu bergantung kpd antibiotik dan , orang ramai fikir, yg ubat antibiotics berkesan untuk semua penyakit perlu diubah sebab penggunaannya secara tidak betul boleh menyebabkan badan kebal dengan ubat tu, Maksudnya awak ambil atau tak, takde fungsi dah kat sistem awak.
Awak, pengambilan ubat secara salah juga boleh rosakkan sistem badan awak, apa guna doctor/ahli pharmacy belajar bertahun- tahun tapi end up awak pula yg ajar diaorg balik, dorang tak kasi awak bersebab. Mereka sayangkan awak :)
– Haziq
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit