Salah Ke Ambil PTPTN

Ada sekali lecturer aku tanya siapa yang ambil PTPTN. A few fellow classmates and me raised our hands la. I knew it would be another sembang kosong to pass the time so I got myself ready tadah telinga.

First, beliau start dengan tanya soalan retorik kenapa ambil PTPTN. Then, beliau tanya pulak, tahu tak PTPTN tu hutang? Kami pun angguk la. Lepas tu beliau cakap, aku paraphrase “You all shouldn’t have taken up PTPTN, you’ll be bound with debts.” At this point, aku separa setuju tapi aku tahu la apa sebab aku ambil jugak PTPTN ni, aku sedar diri hahaha.

Tapi apa beliau cakap lepas tu yang aku tak boleh terima. Sekali lagi aku paraphrase, “Tak kan la your parents can’t afford the fees, it’s only in the hundreds. And for meals, you only spend about RM5 per meal. Nowadays, parents don’t even want to sacrifice some more for their kids. Later the kids have to pay for that. My kids didn’t take up loans blah blah blah…” Masa tu aku dah tak berapa nak dengar apa beliau bebel sebab aku menyirap. Classmates yang tak ambik PTPTN pun angguk-angguk, tanda setuju la kot.

Yang buat aku mendidih, kawan sebelah pulak cakap “Haa dengar tu” pada aku. Aku masa tu sabar je, kalau ikutkan hati aku jerkah je “Mak bapak kau banyak duit kau diam la bodo” hahahha

Memang la yuran universiti aku “murah” daripada universiti lain, tapi “murah” tu tak berapa nak murah untuk aku. Kalau parents aku mampu bayar yuran tu pun, ingat aku makan seminggu sekali ke? Adik-adik aku pun semua study lagi, bukan aku je nak guna duit.

Lecturer aku tu pulak, berdasarkan cerita masa beliau kecik sampai la sekarang ni, aku deduce yang beliau memang orang senang. I get it. Beliau tak faham orang miskin bandar macam family aku. Aku sangat respect beliau, tapi aku rasa respect aku dah berkurang sikit.

Aku tahu macam mana susahnya mak bapak aku besarkan aku dan adik-adik, pengorbanan yang mak bapak aku buat memang tak boleh aku adik beradik balas. Tapi senang-senang je beliau cakap mak bapak aku tak nak susah untuk anak-anak? Aku taip ni pun rasa geram balik. Fuh.

Aku ambik PTPTN ni sebab aku tak nak menyusahkan mak bapak aku. Kenapa mak bapak aku pulak yang disalahkan? Biar la aku yang tanggung hutang nanti, aku yang study. Salah ke ambik PTPTN?

Ok, habis rant. Aku tak ada platform lain nak rant pasal benda yang berbuku kat hati aku ni. Maaf la ya. Sekian.

– Sorry la miskin

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit