Belum Dapat Gaji

3 hari lepas, 2 hari selepas kita menyambut Kemerdekaan ke-60, sehari selepas sambutan Aidiladha. Aku belum gaji.
Aku anak sulung. Aku, mak adik belajar politeknik dan sorang tingkatan 3. Aku sumber pendapatan utama keluarga.
Saki baki wang yang ada, habis aku gunakan untuk sambutan Aidiladha khususnya. Tak banyak pun baki yang tinggal, cukup untuk isi minyak ke rumah nenek dan buah tangan berupa kerepek.
Raya kali ini, tak ada makan luar, tak ada menu special, tak ada aktiviti sambutan kemerdekaan di padang MPK Kuantan.
Bukan kerana anak muda ini tidak patriotik, bukan kerana tidak mengenang jasa mereka yang berkhidmat, cuma anak ini tidak mampu.
Sekiranya aku bawa ibu dan adik makan luar ataupun ke padang untuk rai sambutan, sudah tentu akan ada perbelanjaan tambahan, air minuman, keropok lekor dan sudah pasti peruntukan untuk minyak akan bertambah. Ingin aku ingatkan, aku bukan kedekut, Aku belum gaji.

Dari pagi Aidiladha hingga petang, kami habiskan masa dirumah nenek, sudah menjadi favorite spot aku ketika hujung bulan. Disana makan percuma, dan ramai sanak saudara untuk berbual.

Kisahnya, sudah 2 hari pipi mak bengkak, gara2 sakit gigi. Ditambah lagi cuti yang berturut merunsingkan aku. Paling cepat boleh bawa mak untuk cabut gigi ialah pada hari Selasa. 4 hari. Semua klinik dan hospital kerajaan tutup. Klinik Swasta? Aku tak mampu. Aku belum gaji.
Pagi Sabtu, kami mencuba nasib ke bandar, ke UTC untuk lebih tepat. Dengan harapan bangunan tersebut beroperasi. Keluar rumah seawal 9 pagi, terus bergerak ke UTC. Malangnya, tertulis bangunan kerajaan tersebut akan kembali beroperasi pada 4 September. Ditambah lagi cuti peristiwa pada 3 haribulan, sempena kemenangan sukan sea.
Sebelum pulang aku singgah sebuah kedai farmasi. Beli ubat untuk kurangkan bengkak. Satu papan 5 ringgit. Ini yang paling murah. Disyorkan 2 papan. Jadi total Rm10.
Jadi berbaki Rm10 dalam poketku.

Jam menunjukkan pukul 11 pagi. Aku tahu perut masing2 kosong. Aku cuba mengingat kembali jumlah baki dalam bank cimb. Kalau tak silap, ada lagi dalam Rm40, bermakna ak masih boleh mengeluarkan Rm20. Aku berhenti disebuah warung roti canai, berhadapan dengannya ada mesin Atm. Dengan yakin, aku parking kereta dan bgtau mak, ‘mak pergi la duduk order dulu, abang kuar duit atm jap’. Mak tersenyum, maklumlah dah xingat bila last kami makan diluar. Aku menuju ke Atm dengan penuh harapan.
Again, nasib tak menyebelahi aku, baki dalam atm cuma rm20. Dan wang tersebut memang langsung tak boleh dikeluarkan. Berbagai taktik aku guna, cuba untuk transfer Rm10 ke akaun lain, tak berjaya, malah nak topup rm5 dari baki yang ada tu pun tak lepas.
Keluar atm dengan hampa. Allah je yang tahu. Mak dan adik dah tunggu di meja warung. Malu nak cakap dengan mak.
Aku melangkah perlahan, sesampai dimeja, aku keluar kan rm10. ‘Mak, abang mintak maaf, tak dapat keluarkan duit, dah xda baki’. Mak tenang je, ‘alah xpa, mak mmg ada bawak rm15 ni, prepare untuk bayar rawatan gigi tu. Guna je lah duit ni dulu. Klinik pun tutup, kan.’
Tak tahu lah perasaan aku time tu. Rasa nak nangis ada. Rasa anak tak guna pun ada.
Untuk pengetahuan kalian. Mak aku tak pernah bekerja, sebelum berpisah dengan ayah, dia suri rumah sepenuh masa. Selepas berpisah mak dan adik2 menumpang tinggal bersama nenek, sementara aku sambung belajar habiskan degree dalam engineering. Hujung 2015 aku dah grad, sejak aku dah mula bekerja, kami pindah tinggal dirumah sewa sendiri. Puncanya perkelahian antara adik beradik mak, gara2 mak tidak bekerja, makan dan tinggal secara percuma.
Aku buat keputusan untuk tinggal berasingan. Kami survive sendiri. Kalau diikutkan kami dah biasa ketiadaan wang setiap kali hujung bulan. Cuma kali ni terasa berat. Mungkin disebabkan masalah bertimpa2. Aku cuma seorng kerani dia syarikat swasta. Dekat dengan rumah dan office hour. Jadi mudah untuk aku uruskan adik bongsu yg masih bersekolah. Bukan aku tak nak kerja jauh, cuma tak da org yang akan pantau rumah, kesihatan mak yang tak menentu, dan adik perempuan yang masih sekolah.
Memang banyak peluang pekerjaan ditempat orang, tapi banyak juga perkara yang perlu aku titik beratkan.

Harini 3 haribulan aku dah masuk kerja, walaupun sepatutnya cuti peristiwa, tapi bos dah kata kena masuk, jadi aku masuk. Lagipun aku sanggup pergi kerja, sebab dengan harapan akan dapat gaji. Tapi, belum rezeki aku. **Aku still belum gaji.**

Aku tahu bukan aku seorang yang alami keadaan seperti ni. Mungkin ada yg lebih teruk. Cuma aku terasa nak luahkan, malu nak cerita pada kawan2, masing2 bergembira dengan keluarga, ada yang buat kenduri, ada yang update pergi vacation, tiba2 aku nak menyelit crita masalah aku. Jadi aku decide tuk tulis dan luahkan kat sini.
Harapan aku, kepada mana2 majikan, tolong lah punctual tentang pemberian gaji. Gaji bukan mainan yg boleh bagi ikut mood, ikut kerajinan, tapi itu periuk nasi kami. Dan akhir sekali, aku mohon dari kalian, doakan lah agar aku dan keluargaku dimurahkan rezeki. Aku baru ada mohon jawatan jurutera di sebuah syarikat. Doakan lah permohonan aku berjaya. Habis duit syiling aku korek untuk print resume dan photostate sijil2. Aku tak mintak lebih, cuma inginkan kehidupan yang lebih baik untuk keluarga aku. Mak berhak dapat yang terbaik setelah apa yang dia korbankan untuk kami. Doakan aku ye.. Terima kasih.
# negaradah60tahunmerdeka
Tapi. Aku. Belum.
Assalamualaikum.

– Jojo Arsyid

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit