Mana Lagi Penting?

Assalamualaikum. Terima kasih admin siarkan confession saya.

Sekarang ni banyak sangat kan kita tengok sana sini orang bercuti dengan keluarga or even kawan2. Memang seronok sangat2 dapat berkumpul ramai2 satu tempat, satu masa. Masa tu lah masa berkualiti untuk kita hargai keluarga/kawan.

Tapi yang sedihnya kalau ada jenis yang 24 jam tangan dan mata tumpu pada handphone. Sibuk ambik gambar, update and post status dalam semua social media dengan caption ‘quality time with family/friends’. Lepas dah post, ada orang comment. Bila ada orang comment, kena lah reply pulak. Saya tertanya2, macam mana ‘quality time with your loved ones’ tu ya kalau masa untuk keluarga/kawan cuma untuk ambik gambar sama2 je dan later awak busy mengadap handphone awak.

Teknologi tak kan pernah berhenti berkembang. Tapi awak sedar tak keluarga/kawan awak yang depan mata tu bila2 masa je bakal dijemput maha pencipta? Kalau diri sendiri yang dijemput awal, apa agaknya memori terakhir yang awak tinggalkan untuk mereka ni? Tak sedih ke kalau mereka cuma akan ingat ‘bestnya ambik gambar sama2 dengan dia’ atau ‘rindunya nak kena tag dalam gambar dia’ atau ‘lepas ni dah takde dah live update dari si dia ni’ dan bukan betul2 rindukan awak as a person.

Mana lagi penting ya? Masa betul2 berbual dengan keluarga/kawan sambil bergelak, buat macam2 aktiviti sama2 hinggakan masing2 rasa sekejap je masa berlalu sampai rasa sayu pulak nak balik rumah dan mulakan balik hari2 biasa, atau tak dapat nak update semua kisah hidup pada follower social media kesayangan? Tak rugi langsung kan sebenarnya kalau kita simpan handphone kita untuk orang yang kita sayang? Tak rugi kita mengadap muka orang yang kita sayang senyum bergelak ketawa selagi kita semua masih bernyawa. Kalau dah x de lagi, jangan baru muncul rasa sedih terkilan bila awak tengok social media awak lepas tu nampak muka orang kesayangan awak yang cuma boleh tengok dalam gambar saje. Awak dah terlepas banyak kenangan manis dengan si dia sebab ralit dengan social media tersayang.

Nak ambik gambar or nak post update segala mak nenek gambar ngan status pun tunggu lah bila malam ke, masa awak sorang2 ke, atau masa dah balik cuti2 tu. Bukan setakat untuk masa cuti je, masa keluar makan dengan keluarga/kawan pun sama jugak. Diorang ni terkebil2 berbual sesama sendiri sambil tangan menyorok bawah meja sebab nak bagi chance awak jadi photographer busy duk ambik gambar segala makanan atas meja dan awak abaikan je apa diorang buat demi awak sebab ralit sangat dengan dunia sendiri. Sikit pun tak terima kasih pada apa diorang buat walau nampak tak penting pada photographer macam awak, tapi awak tak sedar langsung yang apa diorang tu semata nak puaskan kehendak awak yang memang tak penting.

Jangan sibuk sangat nak ambik gambar lepas tu share dalam setiap social media yang awak ada segala mak nenek makanan ada atas meja tu. Nasib baik tak tumpang ambik gambar makanan kat meja sebelah sekali. Tak de nye rakyat Malaysia nak kecam kalau awak throwback gambar dua tiga hari or even seminggu lepas kejadian. In fact, awak akan lebih selamat tau tak! Ditujukan pada orang2 yang rajin update gambar dan tag location on the spot.

Lagi pulak yang jenis instafamous dan approve any strangers kat social media tu. Tak ke awak terfikir bahaya yang awak undang? Mana tau ada stalker yang berniat jahat ke kan, dapat tau awak kat sekian2 tempat dan takde kat rumah (lagi2 cuti atau keluar dengan keluarga) terang2 awak dah bagitau location awak kat mana dan semua details bentuk bilik hotel/resort/villa/restoran yang awak duduk masa tu. Laju aje untuk yang ada niat tak elok datang ganggu atau lebih teruk datang ke rumah awak yang kosong (sebab awak selalu tag rumah awak kat mana kan. Maklum lah semua follower kena tau awak dah selamat sampai rumah) dan mula buat benda tak baik. Pecah rumah ke, atau even buat benda2 mistik tanam or letak segala tangkal depan rumah ke kan.

Masa tu nak salahkan siapa kalau dah jadi macam tu? Awak masih nak ambik gambar or update status ke time tu? Atau buat live update supaya semua follower tak ketinggalan walau sesaat pun kisah hidup awak? Awak fikir lah betul2 mana lagi penting. Tak salah nak update kisah hidup, cuma kena berpada2 jugak. Jangan sebab ralit dalam dunia siber sampaikan dunia manusia nyata ni diabaikan. Tak de siapa pun antara kita yang suka diabaikan kan?

Jadi lepas baca bebelan saya yang tak seberapa ni, jemputlah silentkan atau mute semua notification, off screen dan letak handphone awak jauh2. Lagi jauh lagi better sampai awak rasa malas nak bangun dan ambik semula handphone awak tu. Duduk mengadap muka keluarga/kawan awak yang depan mata sampai dia cakap ‘buang tebiat budak ni agaknya’. Tu lebih baik sebab lepas tu kan dah boleh gelak seikhlas hati even awak baru je dikecam dikatanya buang tebiat sebab sebelum2 ni awak tak sedar yang awak cuma gelak ala kadar asalkan ada bunyi sebab orang keliling awak tengah gelak tapi dalam hati awak tertanya ‘apa sebenarnya sebab diorang gelak ni eh?’ sambil mata awak masih melekat kat handphone. Sedih tau macam tu! Jangan kalah dengan dugaan teknologi, please. Telefon pintar adalah pintar, tapi adakah anda cukup pintar?

Ikhlas dari hati sanubari jiwa raga insan yang ada kenalan yang suka mengadap handphone dan banyak kali diabaikan.

– Insan terabai

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit