<p id="m33378" class="mail-message expanded" style="color: Assalamualaikum w.b.t. Terima Kasih admin kalau update cerita confession aku, sedikit intro aku 23 tahun tengah proceed fast track Phd. Baru-baru ni ada satu cerita thailand tajuk Bad Genius, di mana seorang budak genius yang kaya dengan ambil upah untuk meniru dalam exam, well aku bukan lah menipu dalam exam atau ambil upah menipu ketika peperiksaan, cuma confession ni adalah bagaimana aku buat duit melalui otak aku. Untuk pengetahuan korg aku ambil kos business dan aku suka business, otak aku 24/7 fikir bagaimana nak buat duit, bagaimana nak bagi duit aku beranak pinak.
Aku bukan lahir-lahir pandai, masa asasi aku kena repeat semester di mna itu titik kejatuhan di mana aku rasa aku dah buang masa satu semester di mana sepatutnya aku dah masuk degree selama 4 bulan dah, aku repeat semata sebab subject bahasa. Kemudian melangkah ke degree, aku terus belajar dengan serius dan tak main-main. Daripada semester 1, aku suka buat nota setiap bab untuk setiap subject kemudian bab2 tersebut aku compile menjadi 1 buku dan aku akan jual buku tersebut masa musim final exam. Satu buku aku jual dalam RM 50-RM 100, kira ja lah sendiri berapa boleh dpt, kira boleh sara lah kehidupan aku yang suka barang-barang mahal.
Kemudian, masa musim final exam aku akan buat nota untuk soalan2 tips yang lecturer bgi, mmg kwn2 dan boleh dikatakan satu batch aku mmg suka beli nota aku, mungkin faham kowt, alhamdulillah. Jadi aku akan photocopy nota aku dan edarkan pada siapa yang nak. Aku jugak kdg2 ambil upah buat assignment untuk junior sbb setiap assignment semester lepas aku simpan dlm laptop ja, pensyarah pun selalu bgi tajuk yang tak lari sangat jdi aku nk edit assignment asal tak susah sgt dan x ambil masa. Selain tu aku jadi translator untuk foreigner student di universiti aku memandangkan diaorg ada masalah interaksi, jdi aku lah yg diupah diaorg, selalunya aku akan manage in group of people supaya lebih mudah.
Baru-baru ni aku habis degree, dan aku jual semua folder aku dari semester 1-7, dalam tu include soalan past year, jawapan past year yang aku buat, assignment dan segala benda guideline untuk junior-junior. Sekarang aku buat jugak resume untuk orang-orang sebab aku pandai editing dan photoshop, ramai orang mintak buat resume diaorg sedangkan yang aku ni menganggur ja (pernah lah kerja tapi berhenti sebab nak sambung belajar). Kalau diikutkan byk lagi yg aku dah buat dengan otak aku ni. Aku harap korang doakan lah aku jadi pensyarah yang berjaya dan dapat lahirkan anak-anak yang berpendidikan minda kelas pertama cehwahh. Aku pun ada jgk terfikir nak buat pusat tuisyen sendiri memandangkan aku suka business dan aku suka knowledge, kalau ada yg kecam rasa aku patut share ja knowledge aku secara percuma, mmg ada aku share secara percuma tapi tak kan nak tulis dkt sini. Itu je lah aku tak suka tulis pnjg2, terima kasih sudi baca confession aku. Aku harap sapa-sapa yang tgh study tu ambil lah peluang yang ada, sekarang zaman teknologi, duduk di kerusi pun duit dah boleh masuk. Sekian.
– Hana
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit