Hati-hati Makanan Wanita Sihir

Pengalaman ini ingin saya kongsi kan untuk pedoman anda semua untuk sentiasa menjaga diri dari bahaya ” sihir ” .

Yang menjadi mangsa ialah saya dan suami sendiri , saya dan suami telah berkahwin sejak 6 tahun yang lalu , Alhamdulillah sepanjang perkahwinan rumah tangga kami sangat bahagia ,kami dikurniakan 2 orang cahaya mata .

Kemewahan Hidup Bersama Suami

Alhamdulillah sepanjang hidup bersama suami hidup kami dimurahkan rezeki , suami saya seorang ahli perniagaan yang berjaya , perniagaan suami makin maju dan berkembang .

Hidup kami bertambah senang , melancong keluar negara , rumah yang besar dan berkereta mewah semua itu telah kami nikmati bersama dengan bahagia .

Bagaimana Segala Nya Bermula

Pada peringkat awal sikap suami mula berubah , suami yang selalu ceria menjadi pendiam , secara tiba-tiba suami seolah-olah tidak kenal saya dan anak , dan secara tiba-tiba suami tidak lagi solat .

Saya mula tidak sedap hati apabila suami seolah- olah tidak pedulikan saya dan anak , apa yang dia lakukan bila balik dari kerja hanya diam dan tidur .

Sejak itu suami mula marah- marah dan bersikap pelik , saya mengadu pada rakan tentang sikap suami . Rakan saya cadangkan untuk bawa suami untuk jumpa ustaz untuk buat pemeriksaan tapi suami berdegil dan berkeras bahawa dia tidak sakit , malah saya pula di marahi .

Saya juga mengadu pada keluarga ibu dan ayah mertua tentang hal suami , malangnya keluarga suami tak percaya pada perkara demikian katanya khurafat dan mengarut . Aneh nya bila suami pulang ke kampung sikapnya akan seperti biasa dan mula bersolat ,mungkin kerana itu keluarga mertua tak percaya . Malah saya pula di salahkan sebab suami pernah cerita buruk tentang diri saya .

Bila pulang semula ke Ibu Kota perangai suami akan kembali menjadi pelik dan tidak solat ,saya mula rasa ingin tahu apa yang dah berlaku , saya memeriksa telefon bimbit suami . Rupanya suami ada berhubung dengan seorang wanita berusia 40an , nak kata jelita pun tidak , malah boleh dikatogerikan wanita yang tak cantik , tua pula tu .

Saya bertambah pelik apabila membaca meseg-meseg suami dan wanita berusia tersebut , nama panggilan di antara mereka ” ayang ” dan ” abang ” seperti orang bercinta , tapi dipenuhi dengan kata- kata caci maki perempuan tu pada suami .

Selain ayat kasar dan caci maki , saya terkejut apabila baca salah satu meseg perempuan tu ,
ayat meseg tu lebih kurang begini ” Kau ingat cukup ke duit 50 ribu yang kau beri kat aku tu ??? Tak cukup !!!! ” ya Allah , saya terduduk ..apa dah jadi kat suami aku ni .

Saya sangat marah , saya call perempuan tu untuk tanya sendiri apa dah berlaku , perempuan tu maki hamun saya tak putus-putus dalam telefon .Dia ugut saya macam- macam , bila suami tahu saya ada call perempuan tu , suami sangat marah dan pukul saya , suami macam hilang pertimbangan pertahankan perempuan tu padahal perempuan tu maki dia macam-macam dalam meseg minta duit .

Sejak itu perempuan tu dah berani serang saya kat rumah , dia datang rumah saya dan marah- marah saya , suami seolah- seolah jadi macam orang bodoh dia hanya diam je, masa tu saya buntu nak mengadu kat siapa sebab saya memang tak ada sesiapa kat ibu kota ni , tambahan pula saya perempuan .

Hinggalah diri saya sendiri jatuh sakit , badan saya jadi berat dan tak berdaya nak bangun . Masa tu saya kuat kan diri call kawan saya untuk datang ambil saya kat rumah .

Dengan apa yang berlaku kawan saya bawa saya ke perubatan islam , Ustaz sah kan saya dah terkena sihir , dan bila ceritakan keadaan suami dengan memberi nama suami ustaz pun sah kan yang suami memang ada ciri terkena sihir yang kuat .

Sihir ini dah jadi sebati dalam diri suami kerana suami dah termakan ” makanan ” dari perempuan pisau cukur tu, untuk berubat ustaz beritahu perlu bawa suami sendiri datang jumpa ustaz , untuk muntah kan semua yang dah sebati dalam badan suami .

Saya sekali lagi mengadu pada keluarga mertua semuanya apa yang dah ustaz beritahu pada saya , dan harapkan bantuan untuk bawa suami berubat sebab saya seorang diri tak mampu sebab suami berdegil , tapi sekali lagi saya kecewa keluarga mertua tak percaya , kata mereka anak mereka elok je ketika balik kampung , tak ada apa yang pelik .

Keadaan Makin Parah

Sikap baran suami makin menjadi-jadi , saya makin di abaikan hingga kami bergaduh besar .
Sehingga lah runtuh nya rumah tangga kami , suami melafazkan cerai talak 1 pada saya .

Saya terduduk , menangis ,buntu tak tahu nak buat apa untuk hadapi semua ni , sejak itu saya pulang ke pangkuan keluarga sendiri . Dasyat nya sihir ini hingga hancur lebur sebuah keluarga yang dulu nya sangat bahagia .

Hidup Suami Tidak Terurus

Sejak bercerai , hidup suami jadi tidak terurus , pinjaman rumah tidak lagi di bayar sehingga bank menyita rumah suami ,semua barang- barang peribadi di jual entah ke mana , hidup kami berubah sekelip mata , saya dapat tahu suami menumpang di rumah sewa kawan bujang nya .

Saya mahu bantu suami , tapi buntu sangat- sangat kerana diri nya sendiri berdegil dan berkeras tidak mahu berubat , dia melarikan diri .Bila di adu kan pada keluarga mertua untuk memba membantu bawa suami, mereka pula tak percaya kan dan anggap saya berbohong .

Kini bersama ibu dan bapa sendiri saya redha dengan ujian berat ini , tak pernah saya bayangkan selama ini perkara sebegini terjadi pada diri sendiri , yang saya mampu buat hanya berdoa tanpa putus .

Mungkin gaya suami yang mewah menjadi perhatian dan mangsa sihir wanita bertuhan kan iblis itu , pada sahabat di luar sana . Saya merayu tolong lah berhati- hati hadapi hidup di luar sana , sentiasa lah beramal dan rapatkan diri dengan Allah , jangan sesekali kita asingkan diri jauh dari Allah .

Yakin lah hal yang seperti ini wujud , jika kita lalai dan lagha dengan nikmat dunia tak mustahil kita di uji dengan ujian yang kita sendiri pun tak sangka ia nya akan datang . Teruma ujian sihir ini , hanya yang mengalami sahaja yang memahami , yang tak alami memang lah boleh ketawa dan sinis.

Apa pun semua yang berlaku sangat- sangat dekatkan diri saya dengan pencipta, hanya dia mamph lindungi saya .

Suami masih belum sembuh , dia masih di Kuala Lumpur , tak tahu khabar berita.

Doakan saya.Doakan suami .
Jangan kecam kami .

– Raudhah Duka

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit