Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca, terima kasih pihak IIUM Confessions kerana sudi untuk publish kisah saya ini kerana terdetik hati saya untuk berkongsi apa yang saya telah lalui beberapa hari lalu.
Okay cerita sebenarnya bermula dari sini, saya ni student yang menggunakan pembelanjaan harian by pinjaman Ptptn. Biasa la bila nama pun pinjaman, first thing kita kena la berjimat cermatkan ? Paling saya elakkan adalah untuk meminta duit pada parent jika tak cukup duit sebab rasa segan ya amat sebab saya taknak mereka bersusah lagi untuk saya meskipun itu tanggungjawab mereka dan saya nekad untuk cari duit sendiri by jual barang online etc. Dan dengan duit itula saya survive untuk waktu sem dan juga cuti sem.
Time cuti sem yang baru baru ni, semua adik beradik saya yg study universiti balik. Then bila keluar bila beli barang contohnya beli barang di kedai yg sama, saya dahulukan la duit saya supaya senang skit lagipun adik beradik sendiri bukannya kawan nak bayar asing-asing. Lagi satu, barang mereka tu bukan lah mahal tahap ratus2 pun, ada la dlm sorg rm5 ke rm20. Diorang bukan nya pijak kepala sbb banyak kali dah diorang nak bayar balik tapi saya rasa sebab barang tu pun bukan nya mahal sangat dan thats why saya kata saya belanja je semua sebab taknak berkira. Saya bukan nak riak atau apa tapi bayangkan jika adik beradik sendiri hutang rm10 ke rm5 ke , kita pun serba salah nak mintak hutang tu kan ? But its better we assume it as sedekah for them even sibling pun. Dahla time saya dahulukan duit tu memang duit saving saya betul2 dah nak habis tapi takapa lah sebab saya memikirkan adik beradik.
Okay nak jadi cerita, kelmarin time nak packing barang balik Universiti, terdetik pula nak kemas bilik sekali. Kemas punya kemas kutip punya kutip end up sampai saya sendiri tak percaya. Tahu apa yang saya tak percaya? RM700 dapat kutip time kemas tu hasil dari bawah katil, dalam songkok raya, poket seluar, baju raya, tabung lama dan tempat tersorok lain. Memang betul itu semua berkat usaha niaga selama ini yang saya letak merata atau balance duit pegi kedai mana mana , cuma Tuhan nak tunjukkan bila kita susah Dia tetap akan tolong kita. Cuma time kita senang je kita yang lupakan Tuhan.
Terdetik pula hati saya mungkin ini pemberian dari Tuhan atas sikap tak berkira terhadap adik beradik sendiri. Dapat la juga saya survive dengan duit tu sikit2 cuti sem ni. Saya bukan nak riak atau apa, cuma apa yang saya lalui itu betul2 buat saya rasa nak share dengan pembaca semua. Harap2 semua tak berkira dengan adik beradik ye terutama ibu bapa , itu lagi penting . Sekian sahaja confession untuk kali ini, terima kasih sudi membaca :)
– Mohamad
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit