Sihir Dalam Keluarga

Assalamualaikum semua.Aku confess kat page ni,sekadar nak share my story.Ni type dekat phone so sorry kalau ada typo.

Sekarang ni banyak betul cerita tentang sihir and my story pun ada kena mengena dengan sihir tapi keluarga aku bukan mangsa tapi tukang hantar sihir.Bukan mak bapak aku,tapi mak cik pak cik aku.Mak cik pak cik aku n aku panggil Mak Cik A dan Pak Cik A tau.

Cerita ni mula dah lama dah, masa mak cik pak cik aku pencen.Diaorang pecen sama sama and masa tu diaorang normal je.Mereka semakin rajin ke surau and jadi ahli surau..cuma aku perasan diaorang selalu ke Thailand,Indonesia and Sabah Sarawak. Masa tu family semua ingat mereka bercuti, yelah baru pencen kan biarlah diaorang berjalan tapi years later baru kami tahu mereka tu pergi tempat2 tu utk cari bomoh.

Anyway masa tu pak cik A aku sakit darah tinggi and kencing manis jadi mak cik pak cik aku ni cuba jadi rawatan alternative.Makan ulam ulam, daun belimbing etc etc dan amalkan ayat Al-Quran. Benda normal lah kan?

Btw, cerita ni belah mak aku and keluarga mak aku memang besar tapi rapat.

Satu hari family aku dan family pak cik B dan pak cik C aku ni melawat rumah mak cik pak cik A.Kami datang mengejut, cuma bagitau sejam sebelum nak datang. Masa kitaorang datang tu, rumah mak cik pak cik A ni pelik sebab ada kain kain yang bergantung kat dinding rumah diaorang. Paling aku ingat ada kain kuning dan kain putih bergantung dekat ruang tamu.Masa tu aku kecik lagi so serious aku ingat diaorang tengah nak decorate rumah diaorang. Kakak aku pulak bagitau dia jumpa sejadah terbentang kat dalam bilik kat atas so dia nak kemaskan tapi mak cik A ni tak bagi suruh biar je.Yang kakak aku pelik,sejadah tu tak menghadap kiblat pun. Mak aku and Mak Cik B pulak terbau kemenyan dalam rumah tu tapi diaorang tak cakap apa2.

Masa raya tahun tu kami sekeluarga pergi rumah mak cik pak cik A ni tapi tak ada kain bergantung and sejadah terbentang so benda tu berlalu macam tu je lah. Lepas raya, Mak Cik A ni ada cerita kat mak aku yang suami dia makin sakit, anak anak dia nampak benda bukan bukan so diaorang satu family tengah berubat.

Sejak tu, banyak ‘ustaz-ustaz’ keluar masuk rumah mak cik pak cik A ni.Macam mana aku tahu? Sebab kami selalu terjumpa mereka ni kalau kami melawat Mak Cik Pak Cik A ni. Yelah family kami memang jenis yang selalu terjah datang, tak sms tak call tetiba je terpacak depan rumah. Masa raya pun jumpa seorang ‘imam’ dari Thailand ni sebab dia ‘ubatkan’ pak cik A. Dia bersongkok, pakai jubah putih tapi Ya Allah aku dapat tahu dia ni rupanya jahat sangat.Bomoh yang berpura-pura jadi ustaz.

Pada masa yang sama Mak Cik A ni gaduh dengan mak su aku sebab harta pusaka.Mereka memang bermasam muka and mak su tak lawat mak cik pak cik A masa raya tahun tu.Mak Su aku mula sakit, kaki dia selalu lebam and dia sakit kepala yang teramat sangat.Business pak suk aku pun down masa tu. Diaorang ingatkan competitors Pak Su yang buat diaorang, tak sangka pulak darah daging sendiri yang dengki.

Aktiviti mak cik pak cik A ni terbongkar lepas abang saudara aku terdengar ayat ayat yang pak cik A ni sebut. Ayat tu dalam Bahasa Arab and orang dengar macam ayat Al-Quran tapi sebenarnya bukan.Translation ayat tu mensyirikkan Allah and abang saudara aku ni perasan sebab abang saudara aku ni belajar kat Egypt.

Bila Pak Long aku dapat tahu dia mengamuk.Pak Long aku ni memang baran sikit orang. Mak Cik A aku ni melawan and diaorang bergaduh.Bayangkan masa tu majlis tahlil kat rumah Pak Cik B aku.Nasib baik dah lewat petang dan orang surau&tetamu lain dah balik.Yang tinggal memang family kami je.

Anyway diaorang bergaduh dan terpacul ayat ni dari mulut Mak Cik A “Hei aku dah buatkan Si XX tu lah!” Si XX tu Mak Su aku. Masa tu mak aku cerita dia terkedu tapi pak long aku still carry on gaduh.Btw masa tu aku kat tingkat atas dengan sepupu2 yang kecik kecik.Start je diaorang gaduh Mak Cik B dah tolak kitaorang naik atas. Akhirnya keluarga mak cik pak cik A ni balik dengan rasa yang marah lah kot.

Sejak tu pak long dan mak su merajuk dengan mak cik A.Mak su aku bagi harta pusaka tu kat Mak Cik A,dia cakap dia tak nak ada apa2 dengan Mak Cik A lagi.Masa tu aku paling kesian dengan mak aku.Stress betul dia. Yelah daripada family yg rapat jadi huru hara.

Kami memang dah tak rapat dah dengan keluarga Mak Cik A ni tapi mak aku tak nak lah terus putus saudara so kami still melawat tapi tak ada lah sekerap dulu lagi. Yang peliknya Mak Cik A ni dia semakin berani mengaku perkara2 sihir yg dia buat and dari gaya dia cakap dia percaya apa dia buat tu betul.

Aku pelik kenapa anak anak dia ikut je cakap dia and tak nak tegur mak ayah dia sebab diaorang ni dah dewasa,dah kahwin ada family tapi pak cik B kata mungkin mak cik A ni letak something dalam masakan yang buat anak menantu dia ikut cakap dia.

Mak aku berkali kali cuba nasihat Mak Cik A ni tapi tak berjaya.Ayah aku pulak cakap Pak Cik A ni percaya bomoh bomoh ni boleh tolong sembuhkan penyakit dia.Akhirnya ayah aku masuk campur tak izinkan mak aku lawat mak cik A lagi.After some time kami tak lawat Mak Cik A ni , rumah kami bawa pandan padahal kami tak ada tanam pandan pun. Masa tu ayah aku pesan baca ayat ayat perlindung,baca Al-Quran lebih sikit, yakin Allah SWT akan lindungi kami sekeluarga. Alhamdulillah tak ada apa2 jadi kat family aku. Mungkin bau pandan tu petanda dia tak datang sebagai something yg buruk kot?

Anak perempuan bongsu Mak Cik A ni dapat IPTA kat KL and dia ajak aku jumpa. Aku pun jumpa la dia.Borak borak.Aku rasa dia ni normal dan kami berjumpa dua tiga. Aku belanja makan sebab yelah student. Aku pulak masa tu baru start kerja, ada lah duit sikit boleh belanja dia.

Satu hari sepupu aku ni cerita kawan dia sakitkan hati dia dan dia suruh mak dia which is Mak Cik A ni ‘buatkan’ kawan dia ni.Aku terdiam. Budak 19 tahun ni terpikir buat benda syirik ni?? Tanpa rasa bersalah?? Pengaruh mak cik aku ni kuat sangat Ya Allah. Aku slow talk dengan dia. Suruh dia bincang dengan kawan dia ni kalau rasa sakit hati. Tak perlulah buat benda pelik pelik ni.Tapi dia still degil katanya nak ‘ajar’ kawan dia.

Sejak tu aku terpikir agaknya anak anak Mak Cik Pak Cik A yg lain ni pun kalau ada masalah kat tempat kerja ke apa mesti suruh mak cik aku ‘buatkan’ kawan diaorang kan? Aku pun menjauhkan diri dari sepupu aku ni. Tak larat aku dengar cerita betapa terseksanya dia buat kawan dia ni.

Sekarang ni Mak Cik Pak Cik A aku ni makin tua, makin sakit. Last Ramadhan mak cik aku ni masuk hospital. Kami melawat dia. Allah, azab weyh tengok dia. Memang rasanya ni hukuman Allah.Yang kelakarnya dia cakap dia percaya ada orang ‘buat’ dia. Siapa musuh dia aku pun tak tahu lah.

Keluarga Mak Cik Pak Cik A aku ni huru hara.Perceraian, hutang keliling pinggang aku pun garu kepala je tengok. Harta pusaka yang Mak Su aku bagi Mak Cik A tu telah digadai sebab nak bayar hutang.

Akhir kata aku nasihatkan korang semua tak perlulah belajar ilmu sihir atau jumpa bomoh ni. Mungkin akan okay utk 10,20 tahun tapi takkan selamat.Hidup korang memang tidak akan tenang.

– Sarah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit