Topik yang aku ingin kongsikan ini mungkin pernah terjadi kepada anda semua. Baru-baru ini suami aku dapat whatapp mengenai kawan dia yang hendak pinjam duit,tahu tak jam berapa dia whatapp?jam 5 pagi ye kawan-kawan.Selepas tiada jawapan dia hubungi pulak suami aku.Aku dah faham dah,masuk kali ini dah berapa kali dia minta pinjam duit,alasan dia kali ini sebab bapa dia nazak.Yang aku tak faham kenapa mesti meminjam?kenapa tak simpan duit?kenapa suka berjoli?Hidup macam tiada masa depan.
Anda semua aku nasihat kan cuba lah simpan duit untuk masa kecemasan.Kadang-kadang tak fahamlah orang-orang macam ini. Topik lagi satu ni pula, mengenai kawan aku. Dia ingin melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun ni tetapi selalu merungut tiada duit. Kemudian suka meminta orang belanja dan buat ayat kesian. Aku paling menyampah spesies macam ni. Aku dulu pernah hidup bujang juga dan kumpul duit kahwin tetapi tak pernah sekalipun aku mengeluh tiada duit. Memang aku akui semasa bujang gaji masih kecil dan cukup-cukup makan sahaja tetapi aku tak pernah menyusahkan mak dan ayah aku.Aku tak pernah pinjam duit orang dan setiap kali gaji aku pasti akan buat bajet bulanan.Memang aku akan ikut sebiji dengan bajet tu, yang mana tidak penting aku ketepikan.
Selepas dua tahun aku bekerja tetap baharulah aku berjaya membeli kereta dengan downpayment lapan ribu hasil titik peluh sendiri. Selepas telah beli kereta dan berjumpa pasangan sesuai ,aku cuba kumpul duit untuk kahwin.Semasa ingi kahwin memang susah sedikit sebab banyak juga perlu keluarkan duit,tetapi aku kahwin di kampong dan aku tidak buat mewah-mewah pun,ikut kemampuan sahaja. Disebabkan aku ni anak bongsu, jadi mak ayah dan adik beradik juga ada membantu kerana aku yang terakhir kahwin.
Nasihat aku ialah anda semua janganlah hidup ingin berjoli sahaja.Jika sesuatu berlaku seperti mak ayah sakit ke, atau anak sakit ke, takkan anda ingin kejut orang jam 3 atau 4 pagi?Aku tidak minat dengan spesies begini. Semasa hayat mereka,meraka buat apa? Anda kerja untuk apa?Tidak perlu kejut orang jam 3 atau 4 pagi untuk minta sedekah! Kami juga simpan duit untuk keluarga kami, makan luar juga sebulan sekali,aku juga hari-hari balik kerja perlu masak. Dunia sekarang ini mati juga perlukan duit. Renung-renungkan dan selamat beramal.
– Nana Klang
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit