Assalamualaikum. Aku sangat berterima kasih kepada admin sekiranya confession ini di publish kan. Apa yg aku nak cerita pasti akan dpt both positive and negative comments. Tak apa, aku dah bersedia. *Maaf jika tulisanku tidak berapa baik, aku akui bahasa melayu ku agak lemah*.
Semasa aku sekolah menengah, aku bukanlah pelajar pintar mahupun pelajar yang disayangi cikgu2. Aku merupakan pelajar yg bermasalah dan sering ponteng sekolah. Namun rezeki Allah beri, results spm aku dpt 4A walaupun hari-hari aku banyak dihabiskan melepak dengan kawan2 dan menolong ibuku di kedai serta tidak pergi ke sekolah.
Aku diterima masuk ke Matrikulasi. Walaupun sebagai pelajar PDT, aku sangat bersyukur kerana Allah masih beri aku peluang untuk further study. Ketika di matrix, diri aku mengalami perubahan 180 darjah bilamana aku mulai menjaga solat dan auratku. Semangat belajar ku berkobar-kobar. Aku bukan kaki study namun cara aku belajar ialah aku fokus dalam kelas dan aku tidak malu bertanya. Aku akan buat latihan, siapkan kerja on time dan ajar kawan2. Aku boleh dikatakan antara pelajar cemerlang bilamana aku mendapat 4 flat utk 3 sem sepanjang 4 sem aku berada di matriks. Alhamdulilah, results matriks aku 3.98. Aku sering menjadi contoh dan “guru” buat rakan2.
Ketika results UPU keluar, aku mendapat 2 tawaran daripada 2 buah U yg berbeza. Kedua-duanya menawarkan kos pilihan aku yg pertama ; Sains Tulen dan Sains Gunaan. Aku memilih Sains Gunaan. Masuk U, aku mendapat pula 2 tawaran biasiswa ; JPA dan sebuah syarikat swasta Betapa murahnya rezeki aku. Betapa aku sentiasa bernasib baik. Aku memilih JPA.
Namun, hidup ini bagaikan roda, langit tidak selalunya cerah. Aku mengalami kejatuhan yg amat teruk dalam pelajaranku. Mgkn juga kerana cara pembelajaran yg berbeza membuatkan aku terkapai-kapai seorang diri di U. Yela, ketika PDT , guru2 spoonfeed, di U aku harus buat semua sendiri. Minat ku terhadap kos itu mulai berkurang. Aku tidak berapa faham dan tidak ada kawan utk dirujuk. Kawan2 ku duduk di hostel yg berlainan. Aku ada meminta mereka mengajarkan aku namun aku tidak dpt memahami apa yg mereka ajarkan kerana aku bukan lah jenis yg cepat pick-up.
Kadang kala aku tidak hadir ke kelas kerana aku tidak faham apa yg lecturer smpikan dan aku mengambil inisatif dgn cuba utk belajar sendiri. Results ku semakin menurun semester demi semester. Sudah beberapa kali sejak tahun pertama aku melahirkan hasrat utk berhenti atau menukar kos kepada keluargaku tetapi ditolak.
Kesihatan ku juga mulai terjejas. Aku tidak pasti kenapa, tapi setiap hari aku rasa lebih demotivated dan penat yg amat sangat. Aku tidak bermaya dan lemah badan sehinggakan aku jarang dtg ke kelas. Kawan sekelas ku ada yg memerli aku dengan mengatakan aku sengaja mencari alasan utk tidak hadir ke kelas sedangkan aku sebenarnya sihat.
Ya, secara luaran, aku tidak ada luka, aku masih boleh berjalan. Tapi aku betul-betul selalu penat dan aku rasa sangat down utk teruskan kos ini. Dia tidak faham apa itu erti “Demotivated”. Dia tidak faham apa itu erti “Fatigue”. Aku disahkan menghidapi penyakit di mana salah satu simptom nya adalah sakit kepala. Ya, aku sering sakit kepala. Bukan itu sahaja, aku juga baru tahu yg aku ada thyroid di mana pesakit yg mempunyai thyroid akan mengalami severe fatigue sepertimana aku.
Aku terkesan kerana kawan sekelasku itu selalu memerli aku. Tapi dia tidak berada di tempatku. Dia tidak tahu bagaimana rasanya hilang semangat dalam pelajaran.
Skrg aku dalam dilema, sama ada nak meneruskan atau nak beralih ke kos yg lain, di tempat lain ; bermakna aku akan breach perjanjian dgn JPA yang memperuntukkan bayaran sbnyak 110K sebagai gantirugi. Aku perlu buat keputusan yang tidak ada “toleh ke belakang” lagi. Sekarang aku di Tahun 3.
Berikan aku nasihat please. Terima kasih sangat2.
– Isabelle
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit