Nasib Pelajar OKU

Assalamualaikum.

Lama dah aku nak try confess kat sini tapi salu busy dengan anak je. Tapi kali ni aku nekad untuk luahkan pada kau orang semua kisah benar yang aku alami masa zaman aku study diploma di salah sebuah ipta di pasir gudang, JB 7 tahun lepas.

Aku seorang perempuan yang agak peramah dan aku suka berkawan. Sewaktu aku belajar di ipta dulu, aku mempunyai ramai kawan. Kebetulan ipta yang aku belajar tu ada kursus untuk pelajar2 OKU macam lembam, pekak dan bisu. Biasanya pelajar2 OKU ni dia tak bergaul sangat dengan orang normal macam kita ni. Sebab susah untuk dia orang nak berkomunikasi dengan kita. Dan kursus dia orang pun memang khas untuk pelajar OKU sahaja tak campur dengan pelajar normal. Tapi bukan itu yang aku nak cerita kat sini.

Jadi, nak dipendekkan cerita, aku ni suka la nak belajar bahasa isyarat sebab aku nak berkawan dengan bebudak OKU ni. Jadi, tiap2 hari aku balik kelas aku mesti pergi lepak2 bilik bebudak OKU ni untuk belajar bahasa isyarat. Lama kelamaan aku pun pandai lah basic2 bahasa isyarat ni.

Suatu hari, hostel aku tu gempar yang bilik2 bebudak OKU ni asyik kena pecah masuk je. Dah la pecah masuk curi pulak HP dia orang. Allah, kesiannya lahai. Korang bayangkan. Dia orang kebanyakkannya bisu and pekak. Kalau dia orang call family dia orang biasanya dia orang akan 3G (videocall) untuk berbahasa isyarat sebab OKU kan. Masa tu, HP 3G bukan murah. Mahal woi! Hari berganti hari ada sahaja bilik bebudak OKU yang dipecah masuk.

Disebabkan blok dia orang satu blok dengan blok aku cuma lain aras je, aku rasa terpanggil untuk buat siasatan berkaitan dengan kes pecah masuk ni. Masalahnya aras bebudak OKU ni bawah sekali dan aras dia orang sahaja yang dipecah masuk aras lain alhamdulillah okay sahaja. Satu petang tu, ak baru balik kelas dan aku terserempak dengan kawan aku jugak pelajar OKU. Dia bisu. Jadi aku pun bertanya akan kes pecah masuk bilik kt hostel tu. Dia cakap dia ada syak seseorang ni tapi dia belum cukup bukti. Aku terus berpakat dengan dia untuk mengintip dan dalam masa seminggu kami berjaya mengesan pencuri tersebut!

Tahukah anda siapakah pencuri tersebut? Seorang budak OKU jugak cuma beliau merupakan seorang yang LEMBAM! Aduhai, kenapalah kau aniaya kawan2 kau ni cik kak oi. Kesian tahu tak! Kalau korang nak tahu budak lembam ni ketua untuk budak2 OKU kat blok aku ni sebab dia boleh berkomunikasi macam orang normal cuma dia lembam jela sikit dan disebabkan dia ketu bebudak OKU so dia boleh la berbahasa isyarat jugak sikit2. Adoi! Kau bayangkan budak lembam kat bilik dia macam2 perkakas bengkel dia ada screw driver lah dan sebagainya sedangkan dia punya kursus hotel & katering.

Disebabkan dia pelajar OKU warden hanya mampu menasihatinya sahaja tiada tindakan tatatertib diambil.

Moral of the story, orang OKU ke normal ke zaman sekarang memang semua orang kita tak boleh nak mudah2 percaya.

Sekian. Wassalam

– Joyah sport

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit