Assalamualaikum
Terima kasih admin sekiranya confession ini disiarkan. I’m a mother of 5. Stay at home mom. Anak kedua menduduki upsr bermula semalam. Sebelum pergi saya amalkan apa yang dibaca di wall fb pakar-pakar motivasi. Peluk dan cium anak. Sebut yang baik-baik dan ingatkan dia supaya banyakkan berselawat.
Balik dari sekolah,nampak muka tak berapa happy. Saya pun tanya,ok ke exam tadi? Dia cakap “ok mama..bole la..” Tapi seriously dia nampak macam tak happy. Jadi saya tanya apa yang buat dia tak happy. Dia pun mula bercerita…
Rupanya di sekolah tadi,tengah exam, dia nampak ada parents yang duduk tunggu anak2 yang ambik exam. Dia tanya boleh ke saya datang esok ke sekolah untuk support dia macam mana parents lain buat. Rasa macam batu besar menghentam dada hahahah.
Oklah..memang saya perasan,tapi tak tau bila trend bermula..bila ada exam besar,parents akan tunggu di sekolah seawal pagi hingga tamat exam. Dengan anak sulung saya tak buat,sebab baru lepas bersalin anak yang kelima. Jadi dia faham. Dan dia tak pernah mengadu hal ini.
Anak kedua saya hero tapi ada syahdu dalam hati,cepat sensitif. Bila dia mengadu hal ni,dengan expression muka dia yang sedih tu saya dah gelabah hahahah.
Saya cuba fahamkan dia dengan ayat-ayat yang terbaik(bagi
sayalah)
So I said…
Mujahid,sorry dear. Mama minta maaf sangat-sangat sebab tak dapat buat macam tu. You know I can’t bring your baby brother to your school. He’s like a time bomb. (Mujahid gelak) Kalau baby brother melalak menangis nanti akan ganggu the whole school. (Mujahid angguk dan muka dah nampak sikit ok)
Mama sambung lagi..
Satu mama nak pesan. Put your trust in Allah. Tawakkal. Percaya yang Allah sentiasa ada dengan Mujahid. Memang mama takde di sekolah. Tapi di rumah mama sentiasa doakan supaya Mujahid tenang dan lancar menjawab. Mama pun minta tolong Allah tolong Mujahid jugak. (Mujahid angguk dan senyum)
Sambung lagi..
Mama percaya Mujahid dah belajar betul2. Dan mama percaya Mujahid dah buat yang terbaik. Jadi sekarang kena tawakkal. Mama bantu dengan doa okay? (Mujahid angguk & senyum)
Apa yang ingin saya sampaikan ialah takde salahnya kalau kita sebagai parents nak tunggu,nak bagi moral support pada anak2 di sekolah. Tahniah kepada parents yang dapat buat macam tu. Saya rasa anak2 anda pun bangga dengan anda. Tetapi,untuk parents yang tak dapat tunggu dan bagi moral support jangan susah hati. Yakinkan anak2 dengan cara tersendiri yang kita sentiasa doakan mereka.
Cuma saya tak sangka,Mujahid saya terkesan dengan hal ni. Saya faham parents yang tunggu di sekolah tu takde niat menyinggung perasaan anak2 lain. Tujuan mereka baik. Tapi iyela..bukan semua perbuatan kita tu melegakan perasaan orang lain. Lain orang lain perspektif mereka. Sungguh demi Allah saya tak salahkan parents yang ada di sekolah. Itu cara anda.
Pagi ni, saya tanya Mujahid. “Ok tak kalau mama tak pegi sekolah?” Dia senyum dan jawab “yes,ok. Mama doakan saya ok?”
Satu kelegaan bila nampak dia senyum.
Untuk semua calon2 didoakan semoga tenang menghadapi exam. Semoga dipermudahkan segala urusan.
~mama~
– Mama
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit