Assalamualaikum. Aku mula mengenali IIUM confession ni melalui share kawan2 di facebook. Aku enjoy baca artikel2 dalam ruangan ni sebab bagi aku banyak pengajaran dan pengalaman hidup orang lain yang dapat aku belajar melalui pembacaan ni. Sampai satu masa ada sorang kawan aku suggest why not aku pula yang tulis pengalaman hidup aku dalam ni. Terdetik kat hati untuk menulis tentang kehidupan. Kita manusia jarang bersyukur dengan apa yang kita ada dan selalu nak apa yang kita tak ada atau apa yang orang lain ada. Pernah tak kita terfikir sebenarnya apa yang seseorang tu dapat kadang tu dia taknak sangat pon benda tu, tapi yang nak sangat benda tu ialah kita.
Contoh, kita yang nak sangat kahwin tapi masih tak jumpa jodoh hairan dengan orang yang dah tunang tapi putus, yang dah couple tapi tak kahwin2, yang dah kahwin tapi cerai pula. Kita tak tahu apa kekangan, halangan dan sejarah silam yang dah dia alami sebelum ni sampaikan dia decide untuk buat keputusan macam tu. Apa yang kita nampak kenapa dia dah jumpa calon tapi taknak kahwin, yang dah ada suami atau isteri tapi tak hargai, cerai pula. Sebab yang memang nak kahwin sangat sekarang tu kita, bukan dia. Sama macam bila kita nak sangat lelaki atau perempuan tu tapi takdapat, dan kita mula la rasa untung nya orang yang dapat dia tu, padahal orang yang dapat dia tu tak rasa apa pon sangat, biasa je.
Ada juga yang Allah bagi satu nikmat, Allah tarik satu lagi nikmat and vice versa. Contohnya: Seorang Hamba Allah ni berhasrat nak sambong pelajaran dalam bidang perubatan. Keluar result SPM cemerlang sekaligus dapat sambong bidang yang dia nak di satu IPTA ni. Tahun pertama pengajian, Allah duga, mak dia kena ‘stroke’ iaitu lumpuh separoh badan. Sejak dari tu, mak dia dah tak dapat nak urus diri atau rumah macam dulu lagi, perlu bantuan dan perhatian dari orang sekeliling.
Lain pula cerita yang berlaku kat seorang hamba Allah ni. Hidup senang, rumah banglow mewah tersergam indah kat tengah kota, tapi Allah tak bagi kat dia & family nikmat beraya di kampung bersama datuk & nenek dengan saudara mara yang ramai berkumpul. Riuhnya malam raya di kampung, seronoknya konvoi raya ke rumah saudara mara, dia tak dapat rasa semua tu sebab sejak kecik lagi grandparents belah mak & ayah dah meninggal dan anak2 mula membawa haluan diri masing2. Kalaupon berkumpul, hanyalah di kota.
Tu tak kira lagi kisah seorang hamba Allah sejak umur 2tahun lebih, dibesarkan tanpa kasih sayang dan perhatian seorang ayah. Hanya dibesarkan dengan mak, kakak2, abang2 dan adik2. Alhamdulillah berkat kesabaran, bila dah besar, Allah kurniakan dia jodoh dengan suami yang baik, bertanggungjawab, dan menjaga agama.
Ada pula yang Allah kurniakan kesenangan hidup sekian lama hasil daripada perniagaan yang maju, namun sekali Allah tarik nikmat menjadi muflis sekelip mata.
Tak kurang juga yang dah kaya dengan harta dan anak2 namun Allah duga dengan masalah mental pada akhirnya.
Inilah dia kehidupan, lain orang lain jalan cerita nya. Banyak pengajaran yang dapat kita belajar dari kehidupan itu sendiri. Nak tak nak je. Nampak tak nampak je. Untuk nak selalu tenang dan bersyukur, hitung nikmat yang Allah dah bagi kat kita, jangan banyak sangat hitung nikmat yang orang lain dapat tapi kita tak dapat. Sebab kita tak tahu apa yang Allah dah ambil dari dia sebelom dia dapat nikmat tu. Sebab tu ada ayat dalam Al Quran menyebut, boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu, boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagimu. Sungguh kamu tidak mengetahui, sedang Allah swt Maha Mengetahui atas segalanya. Dan Allah swt tidak akan membebani hambaNya luar pada kemampuannya.
Akhir kalam, coretan ini terutamanya buat diri, juga sekadar perkongsian untuk rakan2 yang lain. Semoga ianya memberi manfaat untuk kita sama2 muhasabah dan memperbaiki diri ini. Segala yang baik semua nya dari Allah, mana yang kurang adalah dari kelemahan diri ini sendiri. Sekian.
– DD
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit