Assalamualaikum semua. Terima kasih admin IIUM kerana menyiarkn/approve confession aku. Aku E dan aku ni seorang perempuan. Straight to the point. aku nak confess pasal dugaan aku masa bertunang dan sekarang aku still jadi tunang orang . InshaAllah aku akan kahwin, doakan aku.
Semua orang pernah melaluinya kan? Ya Allah betapa besar dugaan ni. Kita dilanda macam2 perasaan. Macam2 dugaan kita masa kita jadi tunang orang, salah satunya ada orang lain hadir dalam hidup kita tanpa kita duga. Ya ni masalah aku sekarang. Makin lama makin ramai datang dalam hidup aku ni, makin berbelah bahagi hati aku dan kadang2 aku dah macam tak ada perasaan kat tunang aku yg aku dah kenal lama. Allah… semua persiapan dah 50% tapi hati aku masih berbelah bahagi. Macam mana? Betul kata orang, masa kita sorang2 tak ada pun kita kena tegur la, kena mengorat la tapi bila dah tunang ada orang lain nak kenal kita.
Aku dengan tunang aku dah kenal 2 tahun, masa aku kawan dengan dia tak ada sorang yg approach kecuali dia seorang. Dah lama kenal dia dan keluarga dia ambil keputusan nak merisik aku sekali bertunang. Sekarang aku dah tunang 7 bulan, dalam masa 7 bulan ni juga ada je yg nak approach aku. Kenapa dulu tak ada? Ya ni dugaan Allah bagi untuk buktikan aku boleh jaga hubungan ini sampai kahwin. Buat pengetahuan korang , aku dan tunang aku jauh beratus kilometer, selama aku jadi tunang orang aku selalu gaduh dengan tunang aku, padahal benda tu kecil je pun dan boleh jadi masalah besar. Masa kawan biasa tak ada nak gaduh besar. Sejak jadi tunang dia jumpa aku pun baru 3kali.
Kat tempat kerja aku(kilang), sebelum btunang aku selalu la tengok lelaki ni dari jauh, masa tu aku attract dengan dia. Aku namakan dia R. Dari first time aku nampak R,aku selalu cari dia walaupun terserempak sebab aku suka tengok dia walaupun dari jauh asalkan dapat tengok. Hati aku rasa happy tengok si R ni. R ni kerja shift and aku ni office hour. Masa kena shift dia pada hari aku kerja aku selalu masuk production settle down mesin. Banyak kali juga terserempak dengan dia tapi aku sedar dia tak ada perasaan dgn aku, aku still sedar siapa diri aku. Lagipun dia ada rupa, kulit kuning langsat berbanding aku ni tak seberapa sangat. Makin lama aku usha dia dari jauh, makin aku boleh nama dapat fb dia,no loker dia,and aku dapat tahu nama penuh dia kecuali no tel. Kat situ dah tahu betapa minatnya aku dengan R.
Aku hari2 masuk settle down mesin, ada abg S(tech) ni selalu jugak duduk area aku settle down sebab dia ditugaskan kat situ dan R selalu datang area aku kerja tu aku nak cari abg S. Memang aku ada chance usha dia tapi aku sedar siapa la diri aku ni, tak ada orang suka kat aku punya. Jenis aku, aku tak tergedik-gedik sampai dia tahu aku suka dia, itu bukan diri aku. Kalau aku suka sesorang, aku jenis minat dalam diam. Baru2 ni dia add aku kat FB, aku pun approve dia sebab aku tau mungkin nak tambah kawan je. Tup tup dalam seminggu, dia messager aku bagi salam. Aku tak reply tapi lepas dalam beberapa hari dia hantar mesegger tu dia tegur aku kat production. Aku pun sembang2 biasa dengan dia walaupun dulu aku minat dengan dia. Lama2 aku macam dah suka kat dia, jatuh cinta dengan dia. Dia ada sembang dengan aku kat kilang, dia tahu aku dah bertunang dari kawan sekerja dia dan dia cakap dia tak terlambat lagi untuk jadikan aku isteri dia. Ya dia ada hasrat untuk jadikan aku isteri dia. Dia cakap dia taknak kawan lama, dia nak terus kahwin je. Dia juga cakap yang dia tak minat mana2 perempuan selain aku. Dia terus mencuba untuk dapatkan aku. Masa ni hati aku dah berbelah bahagi. Dalam hati aku siap bermonolog , “kalau la dari dulu dia tegur aku, aku tak akan bertunang sekarang”. Aku banyak dengar cerita dari orang yang dia ni tak ada gf sampai sekarang. Bila dah sembang2 ni baru aku tahu yang dia ada hati dengan aku masa aku mula2 nampak aku kali pertama. Dia cakap selalu nampak aku lalu lalang dalam production, selalu nampak aku makan kat cafe. Aku memang ada perasan dia tengok aku bila aku lalu lalang dalam production. Aku pulak suka cari dia ada modul mana untuk memastikan dia ada ke tak. Dia cakap aku sombong sebab tak ada perasan tengok dia. Aku sebenarnya tak sombong tapi aku taknak dia perasan yang aku ni selalu usha2 dia dalam production. Kalau dia perasan memang aku yang malu. Baru aku tahu yang dia selalu datang bahagian belakang tu untuk usha aku. Ya Allah, sekarang aku tak sangka dia pun ada hati dengan aku. Dia pun sebenarnya segan nak tegur aku sebab takut aku buat tak tahu dengan dia.nKalau la dulu aku yg mulakan dulu macam kirim salam dengan dia melalui orang tengah, mungkin aku dengan dia. Mungkin ! Mungkin ada jodoh aku dengan dia tapi Allah dah atur cantik2 sebenarnya. Kita sendiri tak tahu kan.
So sekarang aku dilema. Mak aku cakap ni semua dugaan. Macam mana dengan pendapat korang kalau korang ada ditempat aku sekarang ni?
– Cik E
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit