Kos Lelong

Kos Lelong

Assalamualaikum warga IIUM Confession, aku yakin ada diantara pembaca yang baru je memulakan hidup sebagai siswa/siswazah.
Tahniah diucapkan moga kalian perolehi apa yang dicita-citakan & bila keluar nanti berbaktilah pada masyarakat. Namun ada juga yang sedih sebab
tak dapat kos/program ijazah yang digemari. Ini cerita aku yang dapat kos lelong masa degree. Buat yang tak tahu apa itu kos lelong,
kos lelong ni bila keluar keputusan UPU tu, dapat kos yang takde dalam senarai permohonan UPU.

Dulu aku memilih untuk sambung pelajaran ke matrik lepas SPM, dan seperti yang korang sedia maklum matrik memang mencabar (masa ni matrik masih setahun tempoh pembelajaran), bagi aku
bukan sebab silibus yang susah, cabaran paling besar adalah semua sebaya & satu kepala. siapa yang pernah masuk matrik tahu la benda ni.
Di matrik aku dimasukkan ke aliran hayat, memang aku tak berapa suka sains hayat, minat aku lebih kepada sains fizik. masa call mak aku nak mintak restu tukar aliran tu, mak aku marah sebab dia kata
stay je dengan hayat. nak ada anak jadi doktor, aku turuti sebab masa tu aku xpikir sangat nak kerja apa. lagi satu aku nak amik berkat mak tu, jadi aku tawakal je la.

Walaupun aku kuliah hayat, aku rapat dengan budak2 sains fizikal, memang hanyut betul aku dengan budak2 ni, masa aku banyak habis di Cybercafe(masa tu game Counterstrike popular),
study week pergi fly jalan-jalan overnight pergi Cybercafe, aku masih pergi ke kelas tapi tutorial aku jarang buat jadi carry marks aku xsetinggi mana.
jadi hasilnya korang paham-paham je la, nasib baik masa tu repeat sem dihapuskan, kalo tak aku kena repeat semester 2. hahaha..adoi.

Bila mohon UPU tu,mohon mesti nak up padahal result barai, lagipun aku tahu susah aku nak dapat apa yang aku mohon, lagi-lagi ada khabar angin bertiup kencang mengatakan budak2 tahun lepas 3.0 pointer pon kena lelong kos,
aku pun pasrah je la. lepas beberapa bulan result pun keluar, aku ditawarkan Ijazah Teknologi Maklumat(of course xde dalam pilihan aku), masa dapat ni mak aku macam malu la dengan jiran-jiran dia sebab diorang tahu aku aliran sains tapi apsal tercampak amik
kos IT. Masa tu memang kecoh kos IT ni ramai penganggur, kalo pergi kenduri jumpa saudara mara memang ada la yang keluar ayat-ayat sinis & memerli kata keluar Uni nanti nak kerja apa. Masa tu memang tertekan jugak sampai
aku ada salahkan mak aku jugak sebab sibuk suruh aku amik hayat, aku nak sains fizikal(sebab aku pikir sains fizikal xpayah nak struggle sangat belajar macam sains hayat).
tapi bila tengok air muka mak aku sedih, aku berhenti terus ungkit benda ni & move on.

Peperangan dan zaman kejahilan aku diteruskan masa masuk ke Uni, haha. tapi aku xde la bergaul bebas, cuma kurang perform mcm budak2 lain tapi satu kelebihan aku ni, aku bijak dalam bab programming. walaupon pointer aku bawah
2.5 masa kat Uni, alhamdulillah setakat ni aku xsusah nak dapat kerja. sebelum graduate pon aku dah start kerja walaupun gaji xbesar mana. dan rezeki budak2 lepasan IT, zaman sekarang peluang pekerjaan IT memang banyak. kalau aku jobstreet tu,mmg beratus opening job yang sesuai dengan level,lokasi & gaji yang aku mintak.
sekarang gaji aku dah cecah rm7k sebelum umur 30 tahun(kira ok la sebab aku tahu budak2 engineer dapat gaji lagi kencang).
aku rasa ni berkat aku ikut cakap mak aku & tanpa doa dia aku xrasa aku dapat apa yang aku ada sekarang.

so kepada yang dapat kos lelong @ kos pilihan korang sendiri tu ada keluar berita banyak pengangguran, bersabarlah dan fokus je dengan pengajian sebab rezeki tu milik Allah.
kalo tak dapat kerja yang korang nak, korang akan dapat kerja yang sesuai dengan diri korang. sebab Allah tahu apa yang terbaik buat hamba-Nya dan ingat doa & restu ibu bapa tu memang penting.

– Shah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit